Nuffnang Ads


Monday, January 10, 2011

Rahsia disebalik lukisan Mona Lisa terbongkar..

http://www.anaesthetist.com/mnm/html/Mona_Lisa.jpg

Siapa tak yang tak kenal dengan gambar wanita terhebat didunia nie korang leh terjun bangunan sekarang.. Mona Lisa lukisan agung  Leonardo da Vinci yang berusia ratusan tahun kini menjadi sangat popular sejak sekian lamanya. Lukisan gadis senyum yang mengambil masa berbelas tahun untuk siapkan ini mempunyai pelbagai misteri yang masih belum terungkai.. siapa wanita dalam lukisan ini yang sebenarnya..?


http://blog.fineproart.com/wp-content/uploads/2010/11/Mona-Lisa.jpg
* Dari pada senyuman.. mata.. kulit dan suara orang kaji semata2 nak tahu sape sebenarnya kau nie Mona Lisa.

Banyak teori yang telah dikeluarkan oleh pakar-pakar lukisan sejak berkurun lagi banyak pakar masih mencari siapakah wanita yang dilukis oleh Leonardo da Vinci ini.. ada yang menyatakan yang Mona Lisa adalah anak perempuan Da Vinci.. tidak kurang jugak ada yang menyatakan Mona Lisa adalah isteri beliau.. yang paling sedih ada jugak pakar-pakar yang menyatakan wanita di dalam lukisan itu adalah jelmaan Da Vinci sendiri!.. andaian-andaian itu telah menambahkan misteri bagi lukisan ini.


* Cuba korang cari jambatan yang dimaksudkan..


Penemuan terbaru mengenai lukisan ini telah pun dibongkar oleh pengkaji berkenaan latarbelakang lukisan itu sendiri.. berpandukan sebuah jambatan batu yang berada dibelakang Mona Lisa yang tertera nombor 72... Da Vinci memang terkenal dengan kod-kod rahsia yang telah membuatkan manusia hari ini pening kepala.. ada kemunkinan ia adalah jambatan yang melintasi sungai Trebbia di Bobbio di utara Itali.. dan menurut seorang ahli sejarah seni itali Carla Glori wanita dalam lukisan itu adalah Bianca Giovanna Sforza anak perempuan kepada Luvico il Moro yang merupakan seorang bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun yang lampau..!!

* Lukisan ini tersimpan rapi di muzium negara Perancis iaitu Louvre.. setiap hari hanya 200 ke 300 orang sahaja yang boleh melihat lukisan ini secara live.. pada jarang 20 kaki!! dan pada tahun 2009 nilai lukisan ini sudah mencecah USD 900 Juta!! ko nak beli..??


Da Vinci dikatakan pernah sampai di Bobbio kerana disana terdapat perpustakaan yang terkenal dengan hasil seni lukisan.. itu adalah teori terbaru mengenai siapakah wanita disebalik lukisan Da Vinci.. tapi percayalah persoalan ini akan terus bermain di minda kita mengenai lukisan yang misteri ini.


4 comments:

Awie Omar said...

teringat citer da' vinci code ngan monalisa smile

kenshiro said...

hahaha.. mata mona lisa tu kalo kite pandang lukisan tu dari mana-mana sudut kita akan nampak yang mata dia sentiasa pandang bertentangan dengan kite.. dasyat!!

ABSOLUTE said...

barulah ku tahu, haha. thanks. rajin buat research eh

kenshiro said...

bukan research tapi suke baca benda pelik2 nie.. hehehe..