Nuffnang Ads


Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak.. Masa untuk kutip pahala...

http://www.diyanazman.com/blogs/wp-content/uploads/2009/08/salam-ramadhan-al-mubarak.-image-by-razan-graphics.jpg


Salam Ramadhan buat semua.. sahabat.. rakan-rakan seperjuangan sekalian.. semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini kita akan lebih merasai nikmat bersyukur kerana dipanjangkan usia dan rezeki hendaknya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya kedatangan bulan ramadhan sering kali kita dihidangkan aktiviti berbuka puasa dan bersahur diawal pagi.. tidak kurang juga mengira detik untuk meraikan hari raya puasa.. itu yang kita lebih pentingkan.. mengira tarikh untuk raya tetapi kita jarang sekali untuk mengira sudah berapa hari kita berpuasa.

Semoga kita lebih berjimat cermat tahun ini.. menahan lapar itu ibadah yang paling idea datang dari Allah.. dan jangan kita sia-siakan dengan membuat pekara-pekara yang dilarang pada bulan yang mulia ini.



Niat Puasa..



http://mossavi.files.wordpress.com/2008/08/niat-puasa.jpg




Niat buka Puasa..



http://www.kl.fm/Portals/41/doaberbukasmall.JPG


Dibulan ini juga kita dikurnakan dengan pelbagai bentuk pahala yang jarang sekali kita perolehi pada bulan-bulan yang lain. semoga amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan ini akan diberkati olehNya dan diterima sebagai salah satu penebus dosa-dosa kecil kita.. isyallah.. selamat berpuasa...:)

Friday, July 29, 2011

Komen Disebalik : Malaysia vs Singapore

http://lapadeh.com/wp-content/uploads/2011/07/Malaysia-VS-Singapura.jpg



Mood sedih rasanya belum hilang lagi kerana kegagalan Skuad Harimau Malaya meneruskan saingan untuk berada dalam kelompok 20 pasukan terbaik asia untuk mendapat tempat dikalangan 32 pasukan pada World Cup 2014 Brazil.

Apapun yang terjadi itu semua telah terjadi.. tak perlu menoleh kebelakang lagi untuk melihat akan aksi negara pada malam yang dianggap sebagai sesuatu yang menakjubkan di Stadium Nasional Bukit Jalil... bukan aksi pemian yang aku teruja habis.. tetapi semangat penyokong bola sepak negara telah kembali.


http://www.rohaizad.com/wp-content/uploads/2009/07/malaysia-fans.gif



Situasi ini pernah terjadi 15 tahun yang lepas.. sebelum bola sepak negara mengalami kemerosotan akibat penyakit rasuah dikalangan pemain liga tempatan. dan Stadium Bukit Jalil telah terbukti dalam tempoh 2 minggu yang lalu hampir setiap minggu stadium penuh dengan penyokong bola sepak.!!


http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2010/12/PENYOKONG-MALAYSIA.jpg


Buat pemain sila lihat bertapa rakyat malaysia masih cintakan bola sepak.. lihat lah berapa ramai yang turun dengan harapan semalam.. lihatlah berapa ramai yang sanggup melupakan letih bekerja semata-mata untuk memberi sokongan kepada anda.


Corak permainan Malaysia semalam tampak biasa sahaja.. tidak seperti aksi menentang Indonesia di Final Piala Suzuki tahun lepas.. masih ada kekurangan yang ketara dapat dilihat terutama pada bahagian pertahanan. 

Buat Skuad Singapore korang memang bacul!! semalam.. 


Monday, July 25, 2011

Serangan keatas Norway.. Akibat nila setitik...

http://politicons.net/wp-content/uploads/2011/07/NewImage24.png



Anders Behring Breivik munkin menjadi Penganut Kristian paling bangsat dikalangan umat kristian seluruh dunia ketika ini. kesungguhan beliau melakukan serangan ke atas Norway membuka mata seluruh penduduk dunia.

Apa yang lebih mengejutkan beliau seorang kristian.. jika sebelum ini nama Islam sentiasa dikaitkan dengan keganasan dan permusuhan kini tanggapan itu sudah lain setelah Breivik melakukan misi dendam beliau hujung minggu lalu.



http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/01953/norway_oslo_1953268b.jpg


Serangan beliau itu adalah yang terburuk selepas tragedi pengeboman stesen kereta api di Madrid, siri serangan beliau bermula dengan meletupkan Pejabat Perdana Menteri selepas itu melakukan tembakan rambang keatas sekumpulan peserta yang sedang bercuti anjuran parti politik dinegara terbabit. hingga kini 93 mangsa terkorban akibat Breivik.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDgnPyUeYXz6YTw8E7CqCPqflK_rfvpGdoPCPjkykhbMHc2P0cSgpUsGnV2RtogvyDp46XfxXuTW4Bos_Uw_WONX_vcwsp8YXZpxYkB7GheLIc0lLE2h9ytvJSI5p9zKpDx0Ntn0DGY9Mh/s1600/Oslo+Norway+Balst+Toll+Upped+To+87++Anders+Behring+Breivik+Arrested.jpg


Tujuan bangsat ini hanya satu.. beliau cukup tidak senang dengan hidup berbilang kaum.. terutama Islam. beliau cukup benci akan agama islam.. lebih membuatkan beliau dibenci apabila beliau dengan sardin nyer mengaku melakukan rancangan itu.. dan lebih dasyat ianya telah dirancang sejak 3 tahun yang lepas lagi.


 http://protectyourself.cc/wp-content/uploads/2011/07/norway-killings-utoya-island.jpg


Norway adalah antara negara yang paling selamat didunia.. tetapi dengan kejadian ini bakal memburukan lagi negara terbabit dalam rekod jenayah antarabangsa. inilah yang dikatakan "nila setitik rosak susu sebelanga"

Akibat dari serangan itu pusat bandar Oslo kini menjadi tempat larangan dimana Askar dan Polis mengawal setiap penjuru kota. mengalahkan situasi Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur hari tu lagi.



Berikut sedikit Info mengenai si Bangsat..


http://www.currentnewsarticle.com/wp-content/uploads/2011/07/Anders-Behring-Breivik.jpg


Anders Behring Breivik (dilahirkan pada 13 Februari 1979), telah ditangkap di Utoya kerana melakukan tembakan membabi-buta dan dikaitkan dengan pengeboman Oslo.

Stesen televisyen NRK mengesahkan lelaki ini warga Norway, berambut perang ,bermata biru dan bersikap anti-Islam di Internet. 

Motif serangan belum dikenalpasti. Beliau dilaporkan telah menulis komen-komen di laman web anti-Islam.
 
Beliau mengendalikan syarikat ladang pertanian bernama Breivik Geofarm di Rena, timur laut Norway Ladangnya menanam sayur-sayuran dan biasa menggunakan baja dan racun ammonium nitrate yang banyak. 

Bahan ini boleh disalahgunakan menjadi bahan menambah kekuatan letupan. Breivik memiliki senjata api dan menyertai kelab pistol. 

Pakaian seragam polis yang dipakainya menyerupai pakaian seragam polis sebenar . 

Dia menggunakan pistol tangan automatik, senapang patah dan mitralyur ringan.Dia menggunakan senapang patah untuk menembak kepala mangsa.

Anders Behring Breivik belajar di Sekolah Perdagangan Oslo . 

Akhbar Geng Verdens melaporkan dirinya seorang Kristian, konservatif, nasionalis dan ahli Freemason. Dia peminat Winston Churchill dan anti-Nazi Perang Dunia II wira Max Manus , serta ahli falsafah liberal sosial John Stuart Mill.


Anders Behring Breivik telah menulis 1500 halaman manifesto anti Islam di Internet, ditulis dalam bahasa Inggeris.


 http://www.truemuslims.org/resources/islam_peace1.jpg


Serangan Oslo ini telah membuka mata dunia tentang Islam itu bukan seperti yang mereka gambarkan. semoga selepas ini tanggapan penganut agama lain dapat berfikir dan mengubah pandangan mereka tentang keganasan itu bukan hanya untuk dituju kepada Islam.


Malaysia vs Singapore : Stadium Nasional Bukit Jalil penentu segalanya..

http://2.bp.blogspot.com/-tb7iN1JfWbc/TisHRtEhdjI/AAAAAAAAAUg/sr_Rlt3DGG4/s320/malaysia+vs+singapore+28+julai+2011.jpg



Berbekalkan kekalahan 5 - 3 dari Stadium Jalan Besar untuk dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil nampak hanya tinggal bayang-bayang sahaja untuk melihat akan nama Malaysia berada dikalangan 20 pasukan terbaik asia untuk Pusingan Kelayakan Zon Asia ke Piala Dunia 2014 di Brazil.


http://sokernet.com/wp-content/uploads/2011/07/piala-dunia-2014a4.jpg



kuad Harimau Malaya memerlukan sesuatu keajaiban untuk dibuktikan kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia. jika tidak punah lah segala kepercayaan dan semangat penyokong Harimau Malaya yang kini sudah kembali dari lena sejak sekian lama.

Segalanya hanya tinggal di Stadium Bukit Jalil sebagai pintu sama ada untuk meneruskan jalan atau sebagai penutup peluang Malaysia untuk terus beraksi menuju ke Brazil.

Melihatkan akan aksi di Singapura minggu lepas sudah dapat meninggalkan parut kesedihan buat peminat dan penyokong yang hadir ke sana untuk memberi sokongan. bahagian pertahanan Malaysia dilihat sangat lemah dan itu juga penyumbang kepada kemenangan besar 2 Kelab Bola Sepak England yang berkunjung ke Kuala Lumpur minggu lepas.


Gol mudah yang berjaya Singapura dapat sesuangguhnya tidak dapat diterima  oleh otak pemikiran peminat bola Malaysia.. Datuk K. Rajagopal harus melakukan sesuatu sebelum sepak mula khamis ini untuk mengembalikan harapan mengunung rakyat Malaysia.


Singapura boleh dikalahkan.. dengan cara...

Padang rumput original

Sesungguhnya Skuad Singapura lebih hebat bermain di Padang Tiruan. dimana kebanyakan latihan mereka dilakukan di padang tiruan.. selain itu hampir kesemua perlawanan liga s Singapura berlangsung di padang tiruan.

Rumput Asli Stadium Nasional bakal memberi kesan kepada corak permainan skuad Singapura.. jika Chelsea bermati-matian bermain untuk dapatkan 1 gol.. tidak mustahil Singapura juga akan pulang dengan tangan kosong dari bukit jalil.








Shafee Sali

Penyerang kebangsaan yang berkelana di Pelita FC nie boleh dianggap sebagai kemunculan Mokhtar Dahari versi baru dalam kancah bola sepak tanah air.. serangan pantas yang beliau lakukan sering menghasilkan gol..

Selepas ketua pasukan Shafiq Rahim yang dilayangkan kad merah di Singapura.. harapan Malaysia kini terletak dibahu Shafee Sali sebagai penyudah sambil dibantu oleh Amirul Hadi yang nampak menjadi.





Penyokong Malaysia

Sedia maklum jika minggu lepas perlawanan di Singapura hanya boleh dihadiri oleh 6 ribu penonton sahaja.. tetapi Khamis ini Stadium keramat yang boleh memuatkan 100 ribu penonton bakal dihidangkan kepada Skuad Singapura..






Kelebihan anak tempatan..

Singapura yang dibarisi oleh kuda tua kelahiran asing yang menjadi harapan skuad mereka.. Malaysia sudah bersedia dengan 100% buatan Malaysia khamis ini.. daripada penonton di Stadium sampai ke Coach semuanya Buatan Malaysia..Bangga!






Dan...

Jika pemain - pemain negara masih leka dan masih tidak sedar diri.. tidak mustahil Singapura akan gelak satu temasek sebab menang di gelanggang keramat lawan.





Bagi Rakyat Malaysia yang berada di Sekitar Lembah Klang.. Ayuhla turun buat kali terakhir untuk memberi semangat kepada Skuad Bola Sepak Negara..!! Tanah Tumpahnya Darahku... Assalamulaikum..

Friday, July 22, 2011

Malaysia vs Singapore : Rumput tiruan Stadium jalan besar..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixFyb7gyQSrRnRy13FQaSSq7NWaRbKrD3mOEsXu1o1dKLA8evmVbRexFfLqSqKSmr7Tn0NzzhhY0DpRcpR7ywIJuEt6hEkzj0tGDnZR-C26RERGP0cfzNi0QcmCxx5GhnHPnLyFEd37swF/s400/jbs-close-up.jpg


Hari ini akan berlangsung satu lagi perlawanan bola sepak yang melibatkan Skuad Harimau Malaya.. Setelah seminggu diuji dengan kehadiran bintang bola sepak dunia yang singgah di Kuala Lumpur dalam Lawatan Kelab Liga Perdana Inggeris ke Asia. sememangnya Skuad Malaysia bertuah kerana berpeluang untuk menimba pengalaman bersama 3 kelab handalan dunia dalam masa seminggu.


Malaysia dan Singapura akan berentap dalam Perlawanan Pertama Pusingan Kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil. Apabila sudah berada di Pusingan Kedua harapan peminat bola sepak Malaysia sudah tentu tinggi mengunung untuk melihat Skuad Harimau Malaya pergi lebih jauh.. sekurangnya-kurangnya dapat berada di Pusingan Kelayakan Kalah Mati.

Di Asia Tenggara kini Malaysia boleh dikatakan berada di ranking No.1 bola sepak asia tenggara.  banyak kejutan dan peningkatan yang telah berlaku sejak tahun lepas. bermula dengan memenangi pingat emas Sukan Sea sebelum berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki ke Kuala Lumpur.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpMsbLBYInL_ujv0y9NPZ2Q2FVP2j0STg8QFpz_kvqDIFMyyZpTj_LJcTypyUZmChbXhZtbum2go0p8QueXlIoEVv_gVql5GWXV3UFx7EebPruZpYef2w5dkSaGW3os2IFDJnS2hMaQ4kf/s1600/Skuad+Harimau+Malaya+raikan+kejayaan.JPG


Langkah Persekutuan Bola Sepak Malaysia memecahkan 2 kumpulan untuk 2 misi iaitu Skuad Olimpik dan Skuad Piala Dunia nampaknya telah membuahkan hasil. tetapi untuk Malaysia pergi jauh bukan mudah.. masih banyak laluan yang perlu Harimau Malaya lalui.

Dan Petang nanti.. Malaysia akan bertemu dengan musuh tradisi.. Skuad Singapura yang kebanyakan dibarisi oleh pemain-pemain yang bukan dari Rakyat Singapura dan ternyata Singapura bergitu terdesak sehingga memberi kerakyatan kepada barisan pemain import mereka.

Stadium Jalan Besar.. Stadium keramat yang hampir mencecah usia seratus tahun ini adalah satu-satunya Stadium Bola Sepak terbaik yang ada di Singapura selain Stadium Nasional Singapura. . Stadium yang boleh memuatkan 6 ribu penonton ini menjadi tempat latihan skuad pelapis Singapura dan venue perlawanan Liga Singapura. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-Em4RWTMaYLsM2q3oUf3YlTMXSVCXdfTtF4ya1JfqBIqCz5dn7bK-Etr8A1LSYR6JpiA6QV33HNWUrvcMYkUiyqWXi2XfC6_6OqgHIuzFqMb5vNT7X_oE5SOwoz5rnhO-5HiKtPsdUXIH/s400/jbs-new+turf.jpg

Apa yang akan membuatkan perlawanan  hari ini lain  ialah padang! pemain akan beraksi di atas padang tiruan.. tidak seperti Stadium nasional Bukit Jalil yang sememangnya berlopak tetapi ianya bersesuaian untuk perlawanan bola sepak.
 

Cabaran itu perlu dilalui oleh pemain Malaysia hari ini.. aku yakin mereka dapat melakukan sebaik munkin kerana Pemain malaysia bukan tak pernah jumpa rumput tiruan nie.. sebab padang latihan di Komplek Sukan Bukit Jalil pun rumput tiruan. dan di kem latihan FAM di Kelana Jaya pun ada yang berumput tiruan.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimjYV3QTQ05A3KP_aLOL8bAZ2W9U5u7kfz4BXp9LQ8K_G3F8fNA3kqs0pb6oVjAY6CAL6doP8i0QB_s8pJhiKO6f9Fi6l3L90F37k_QL7cfJPBb-2c65cwRaJLQUxkK4JwXoAOQFYL_6Jp/s400/IMAGE_059.jpg



Harapan Rakyat Malaysia sangat tinggi.. walaupun skuad negara membawa misi hanya menyeberangi tembok akan tetapi semangat Rakyat Malaysia kini sudah berada di Brazil. semoga Skuad kedalian Datuk K.Rajagopal akan  memberi sesuatu khabar yang mengembirakan pada seluruh Rakayat Malaysia yang sedia menanti dan terus menanti akan kecemerlangan Skuad Harimau Malaya.



http://i.okezone.com/content/2010/12/15/51/403856/AFYSLZBjgs.jpg


Tanah tumpahnya Darahku...


Rokok haram.. Hanya pada nama...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaH3ZzJinYBnLEwC1s4MXI4vNxm2QsszTprgQacEUspbJJwxUQtCJhYGZJM8CXt_9EkC4BbLFXgM0XnE-N6zjk7TLKROMcqcN6wAP_Wzu4DYLS_wA5cCiaWnNFatimZv2rsRGDmiz00MQ/s1600/rokok.jpg



Rokok adalah haram..?? isu yang tiba-tiba muncul hari ini menyebabkan aku berfikir panjang tentang isu ini.. munkin disebabkan aku seorang perokok. Pihak JAkIm hari bersuara tentang Haramnya Merokok. setelah diseledik JAKIM telah menguatkuasakan Fatwa yang rokok itu haram lebih 17 tahun yang lepas lagi iaitu pada 1995.. tetapi kenapa tiada kesan..??


10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1.  Rokok menjejaskan akal (mental)
2.  Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3.  Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4.  Rokok membahayakan keturunan
5.  Rokok mengganggu manusia lain.
6.  Rokok menimbulkan akhlak buruk
7.  Rokok mensia-siakan waktu hidup
8.  Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9.  Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)


Saban tahun lebih setengah juta manusia mati akibat penyakit yang dibawa dari rokok. dan hari ini JAKIM bersama Kementerian Kesihatan Malaysia berusha untuk menguatkuasakan kembali Fatwa yang sudah sekian lama diluluskan tetapi dilihat ada penghalangnya.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0Z5y9bIYEjCtiJl_hqN7-aD8wmrSLk4LTFTkfSIhSYQ2Pqp932b_YaiX-qnyYFgxMUIBiH4NrNYz0Vc4XmYj2qHe2cV2_sUq_8lmGLvSeRTIa89w_b5c-6pckVF5bHOG5zd0KaDNDONEC/s1600/Rokok-Haram-Buruh-Rokok-Resah.jpg


Apa yang menyebabkan ianya terhalang..?? dan siapa yang menghalang..?? adakah Kerajaan atau si Penghisap Rokok itu sendiri.. dalam hal ini siapa yang patut dipersalahkan..?? 

Kerajaan..??

Sedia maklum yang cukai keatas tembakau atau rokok sangat tinggi dan itu adalah salah satu punca pendapatan kerajaan.. dan pendapatan ini disokong pula oleh rakyat yang merokok..?? di Malaysia terdapat lebih 3 juta perokok tegar dan saban hari angka itu meningkat.



http://anjungweb.com/wp-content/uploads/2010/02/taknak.jpg



Kerajaan telah melakukan langkah untuk mencegah dari orang menghisap rokok dengan melancarkan kempen Tak Nak dan paparan iklan kesan akibat merokok pada kotak rokok. malah disetiap kotak rokok juga telah diberi amaran akan kesan pengambilan rokok dan kandungan bahan bahaya yang terdapat pada rokok itu sendiri.


Perokok..??


Perokok akan terus mengisap rokok jika ia masih dijual berleluasa dikedai-kedai.. bila ia mudah diperolehi jadi semakin mudah untuk orang mengisap rokok.


http://www.klikdokter.com/userfiles/d(12).jpg


Perokok secara peribadi sedar akan tabiat merokok itu memberi kesan buruk pada kesihatanya.. malah perokok itu lebih sedar yang mereka sedang membakar duit.. tetapi mereka masih menghisap rokok.!


Jadi apa cara yang boleh dihalang untuk Rakyat Tidak dan Behenti Merokok.


- Kuatkuasakan undang-undang larangan merokok.

- Sekat penjualan rokok di kedai-kedai dan hadkan kepada pekedai tertentu sahaja yang menjual. sekali gus menyukarkan perokok membeli rokok.

- Naikan cukai tembakau lebih tinggi.. sekali gus kerajaan akan bertambah kaya dan si perokok bertambah miskin dan berfikir banyak kali untuk membeli rokok.. cuba kalau rokok sekotak RM 50 ada orang nak beli..??

- Penalty khas untuk perokok.. seperti sesiapa yang didapati merokok dilarang untuk memandu atau pun cas rawatan kesihatan di hospital bagi perokok dinaikan.. lebih dari orang biasa yang tidak merokok.


Jadi jika kesan diatas masih tidak dapat menyedarkan perokok.. alamatnya memang kecik-kecik tak nak mampos la jawap nyer.. kita perlu sedar sendiri akan apa akibat dari perbuatan yang kita lakukan.



http://1.bp.blogspot.com/_3gXnN88Ju28/S4xORNpeBUI/AAAAAAAAAMQ/Uhb0J_XyRZg/s400/KAMPANYE+ANTI+ROKOK.jpg



Seperti Arak juga.. walaupun ianya haram tetapi orang masih minum.. walau ia mahal tetap orang minum... jangan jadikan ia satu fatwa yang hanya pada nama tapi kita masih leka dan tidak tahu.. ibarat "undang-undang yang dicipta untuk dilanggar"



Wednesday, July 20, 2011

Rebecca Black.. come back!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtaJyeMdQ1IUtX96hRJWO5SDjeuOQnJjQ2pRNuUCb4RQgyHNzm0tITYkIEUTsadoH1L8Kb4rFWNr6kSQi-MRejmFni6wWS-zSFdaaqISq8WK1ED49a7uiEPSFrqPCGyX5LzbRdN375bsc/


Rebecca Black datang lagi dengan single terbaru yang akan menandingi Filem 2 Alam Dr'Rozmey.. baru seminggu Lagu My Moment berada di Youtube sudah dilihat lebih dari 6 juta kali.. 246,339 daripadanya dislikes.!! dasyat kan.. hahaha..



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMsaD2pS24FJUqcuq4EeONzErx1h9xPRljaosRhXUJa1s9BpKuNV9DMGI_MEfKGvcuBYXyXsjYjSc6x_Mb_9b0vuIVvrJs5sPrWlkD4NjHObrg0rh5wk_CQo58GqTa2ytfOg-xV2lsmZk/s1600/tumblr_li8xxlNhbp1qc19fzo1_500.jpg


Siapa yang masih tak kenal dengan penyanyi yang diilhamkan dari Youtube ala ala Justin Bieber versi pempuan nie boleh la godek kat youtube sebab dah berriban video dia disana.. tidak kurang jugak dah berjuta yang dok maki pasal lagu dan suara minah nie hahaha.. korang maki-maki pun dia dah 2 album.. kau ader..??



Hehehe nie lah buah tangan pertama minah nie.. 






Kalau dilihatkan pada suara dia nie memang rasa hempeh santan kelapa muda la.. maklumlah budak baru 14 tahun kowt..!! iras-iras suara Salena Gomez jerk pun ader aku tengok hahaha.. ape pun buat korang yang teringin nak dengar silalah lagu baru yang meletop-letop orang kondem hampir setiap saat kini. seperti dibawah.. hahaha...


Rebecca Black - My Moment

 




Ermm tak best kan..?? bagi aku.. kalo nak cari penyanyi yang hebat kat youtube memang banyak.. berlambak2.. contohnya Chaty Nguyen.. sedap wow sore dia.. dan yang terbaru yang aku gila-gilai adalah.. cristina grimmie! memang layan habis la kalau dengar dia nyanyi.. dah la sore sedap.. comel lak tu.. haaa layan!!!










http://static1.purefans.com/items/2/30/16/62/@/301662-christina-grimmie-fullscreen-1.jpeg

Christina grimmie

Tuesday, July 19, 2011

PERODUA LAGI BEST : Sejauh mana kesetiaan korang pada Perodua..??

http://www.myperodua.com.my/lagibest/img/prizes.gif



Perodua melancarkan satu pertandingan video dimana ianya bagi meraikan kehadiran model upgreat Myvi yang dikeluarkan dahulu.. untuk pengetahuan korang Perodua Myvi adalah kereta yang paling laris dan paling banyak di jalanraya kat Malaysia ketika ini.


 http://4.bp.blogspot.com/-U_vya9Ykg8I/TeAK1Le5USI/AAAAAAAACtY/lh1TW1p_q9U/s1600/perodua+10k.png


Jadi dengan kemunculan model terbaru ini Perodua mensasarkan jumlah jualan yang lebih tinggi dari model-model kopak yang lain.


http://geartinggi.com/wp-content/uploads/2011/06/Perodua-Myvi-2011.06.jpg


Tarikh tutup untuk pertandingan ini adalah 24 Julai dan kini dah ader berdozen2 peryertaan untuk dipilih oleh hakim pertandingan bagi memilih video mana yang layak mendapat Hadiah wang tunai RM 10 ribu ringgit hoh!


Untuk maklumat lanjut korang leh la Layari Facebook Perodua.



Nie Video Pilihan Aku.. hehehe...






Kreatif dan Terbaekk!!!



Anas Tahir tuu...




Cam Iklan Petronas!! 






Ade Harapan..??










Zombie Style hahaha...


Lagi Best..???

Monday, July 18, 2011

Zivilia - Aishiteru ciplak..??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLe1MIRz_eJ0Q9NFtycvGGvRpkAbWjbwCRyCl8GJXYOT7YLpSCgP7J527qajpvIQFnc5Mi1PiBL-KGedZx7mDV8slMMshSXLi-45IU6Bp7aZBis6hxRmCHIP7YL78tH2VdVVW3oFzU51cE/s1600/zivilia.jpg

Sekarang nie kalau yang rajin dengar radio pasti akan tersyok habis dengar lagu dari Band Indonesia Zivilia - Aishiteru lagu yang di adaptasi dari Senetron Cinta Melodi. menjadi-jadi plak Dj Radio memutarkan lagu nie tambah-tambah Suria.FM hampir setiap jam hahaha..

Nie la Lagu yang best nak mati tu kalo korang tak pernah dengar..



Lagu dengan tajuk dalam bahasa melayunya "Aku Cinta Kamu" ini menjadi kegilaan ramai pendengar tidak kira di Indonesia mahupun di Malaysia. sampai dah ader versi dangdut dan remix disco lagi sekarang. sekali gus telah menaikan Band Zivila ini sebaris dengan Band Popular Indonesia ketika ini.


Cer Dengar.. Cer Dengar
Aku baru dapat tahu yang Irama atau Muzik lagu ini sama dengan sebuah lagu asli dari Jepun yang bertajuk "koko ni Iru yo" nyayian Soulja feat Aoyama.. adeh.. curi kah..?? teringat plak aku pada lagu Rossa Ku menunggu yang sama malah sebijik pula muziknya dengan Lagu Ella tu.. hahaha...


Bonus Track versi Dangdut haa Layan...







http://desertheart.files.wordpress.com/2008/03/cd-only-cover.jpg

Thelma Aoyama

Sunday, July 17, 2011

Komen Disebalik : Liverpool vs Malaysia



Demam Liverpool bagi peminat Malaysia berakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil Petang Sabtu lalu dengan menyaksikan kemenangan yang sudah dijangka apabila menentang skuad Harimau Malaya. akan tetapi 3 gol berbalas 6 dari Harimau Malaya sudah cukup melegakan seluruh Rakyat Malaysia. ia adalah kekalahan bermaruah.!


Melihat pada situasi sebelum memasuki Stadium sudah cukup mengambarkan bertapa ramainya peminat Liverpool di Malaysia hahaha.. tidak kecuali pelancong asing yang berada di Kuala Lumpur turut sama tidak ketinggalan untuk melihat sendiri perlawanan yang membabitkan Pasukan Liverpool.


Aku yang datang ke Stadium dengan cara paling selamat park kereta kat Bandar Tun Razak dan naik LRT menuju ke Bukit Jalil.. mula ingat nak park kat Sg Besi.. tapi dah pack dengan manusia berbaju merah disana.. mula perancangan angan2 nak park kat Bukit Jalil terus atau Sri Petaling tapi jangan kau mimpi!! dah la lambat ade hati pulak nak park dekat ngan stadium.. hahaa..




Keadaan luar stadium seperti biasa.. kalau ader game besar-besar nie memang ramai dengan peniaga-peniaga yang menjual pelbagai serba mak nenek barangan yang berkaitan dengan bola.. jadi boleh dikatakan berbelanja di luar stadium lebih banyak habis duit daripada harga tiket hahaha..
Aku beli tiket kelas ke 2 paling mahal.. tapi disebabkan lambat akibat shopping terlampau diluar stadium jadi atas bumbung la tempatnya.. ape nak dikatakan lagi.. terima jerk la.. haha.. asal view boleh nampak satu stadium dah cukup bagus dah.. lama2 usha jugak kat baris bawah.. sekali tgk diorg kena cahaya matahari terlampau la best.. dalam hati hanya ada satu jerk nak cakap.." Padan Muke" haha..




Perlawanan belum bermula.. tetapi santapan untuk menonton bola mengalahakn menonton wayang.. keropok lekor, berbola udang, kuaci, kacang kuda semua sudah terhidang.. kalah menu buka puasa lah.. sampai satu seat memang khas untuk letak makanan..!! 


View untuk perlawanan.. permulaan game nampak Harimau Malaya diperbudak-budak oleh pemain Liverpool sampai terdengar manusia2 sebelah aku nie dok gelak-gelakan aksi buli dipadang.. rasa malu pun ade gak dalam hati nie.. tapi ape boleh buat.. sabar jerk la.. yang gelak plak tu rakyat Malaysia bukan nya orang asing.. aku bangga tengok ader Mat-Mat Saleh yang datang ke Stadium memakai baju Harimau Malaya.. punya la bersorak bila bola ader kat kaki pemain kebangsaan.. huh.. terharu mak nok!


Perlawanan nak kata hebat tak der lah cam tengok EPL kat tv aksi Liverpool tu.. ala-ala training mingguan jerk.. tetapi masuk babak ke dua.. memang nampak kecuakan Liverpool itu ada setelah penyerang Pelita FC Shafie Salleh masuk ke padang.. huih... 2 goal dia sumbat tu memang rasa hebat habis lah.. cam tengok world cup pun ader.. sampai mat salleh sebelah melompat2 dok sokong Harimau Malaya..




Apapun game kemarin boleh dikatakan sempurna.. 80 ribu penonton yang hadir aku boleh dengar dan lihat semangat cintakan pasukan negara.. dikala bola dikaki pemain Malaysia mereka sorak jugak.. memang best rasanya.. apa pun sekalung tahniah jugak buat Harimau Malaya.. walaupun bermain dengan Permain kelas dunia.. diorg dapat buktikan jugak Malaysia mempu sumbat gol untuk perlawanan berkenaan.. 




Minggu ini tumpuan sudah tentu untuk Malaysia vs Chelsea dan juga Malaysia vs Singapore dua misi berbeza.. Chelsea akan datang dengan skuad terbaik mereka.. manakala Singapura menanti kedatangan Harimau Malaya dengan Barisan Permain terbaik mereka untuk ke pusingan seterusnya untuk beraksi di Piala Dunia Brazail 2014.


Gambar-gambar aksi perlawanan untuk santapan..!!!