Kanak-kanak dikenali Pak Lah meninggal Kanak-kanak lelaki yang
namanya sama seperti PerdanaMenteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal
dunia akibatpenyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini.
Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.
50 pagi selepas
menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.
Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendakAllah yang
lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra denganpanggilan Pak Lah setelah
pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya.
''Alhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk
berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah
kereta kawalan jauh,'' katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya,
Padang Temu di sini hari ini.
Kanak-kanak itu yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik meninggal dunia di sisi
ibu bapa dan adik beradiknya yang juga memiliki nama menyerupai nama pemimpin negara iaitu
kakaknya, Siti Rafidah, 13,dan adiknya Mahathir Mohamad, lima tahun.
Adik beradiknya yang lain ialah Siti Maisara, 24; Mohd. Al Hafiz,22; Siti Nurul Aini, 21; Mohd.
Al Najib, 19; Mohd Al Arif, 18; SitiHajirah, 17; Muhammad Al Bunyamin, 15, Mohd.
Al Azim, 13
dan Azaharem,6.
Menurut Abdul Rahman, anaknya itu mulai sakit teruk awal Februari lalu dan sempat menjalani
rawatan di sebuah hospital swasta di SubangJaya.
''Sebaik saja dia pulang ke sini, dia sempat tinggal dua hari sajadi rumah sebelum diserang demam
dan dimasukkan ke wad di HospitalMelaka selama 16 hari dan meninggal dunia pagi ini," katanya.
Sementara itu, abang Abdullah, Al Azim berkata, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir
pagi ini, adiknya sempat berbisikdi telinganya mengatakan sesuatu.
''Sedang saya duduk di sisinya, tiba-tiba dia tarik saya dan berbisik sambil menunjukkan tangan ke
atas mengatakan dia nampak sesuatu.
Saya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum dia
terdiam dan tersenyum melihat saya," katanya.
Jiran arwah, Mohd.
Husaini Hussin, 16, berkata, dia sedih dengan kehilangan seorang kawan yang
ceria dan suka berkawan semasa arwah masih sihat.
''Kami semua sangat sedih dengan kehilangannya apatah lagi dia merupakan pemain kompang
termuda di taman ini.
Selepas ini kami semua pasti merinduinya terutama apabila berkumpul
bermain kompang setiapkali ada majlis kenduri atau keraian," katanya.
Seorang rakannya, Mohd.
Sazlie Salleh berkata, dia pasti akan terasa sunyi kerana sebelum
ini sering bergurau dengan Abdullah yang pintar kerana pandai bertutur bahasa Cina dan Inggeris
dengan baik.
''Dia juga pandai baca surat khabar dengan lancar walaupun hanya sempat sekolah
setakat darjah satu," katanya.