korang pernah terpikir tak akan tema hari kebangsaan kita pada tahun nie..?? agak-agak korang ingat tak tahun nie dah berapa tahun kita merdeka..?? aku rasa korang akan ambil masa untuk mengira tambah tolak untuk mendapatkan jawapan yang betul.. aku pun lupe... hahaha..
serius beb.. tahun nie memang kurang terasa sambutan hari kemerdekaanya dari tahun-tahun yang sebelum nie.. teringat aku time di alam persekolahan dulu memang meriah.. cam nak sambut pesta dibuatnya.. hari nie tiada lagi kereta2 yang bangga meletakan bendera, lori2 mahu pun bas yang memasang bendera pada kenderaan diorg.. kenapa erk..??
adakah disebabkan bulan kemerdekaan tahun nie jatuh sama dengan bulan ramadhan..?? kalo yer pun disebabkan bulan ramadhan.. mana perginya semangat patriotik kaum lain..?? cina, india dan kaum2 bumiputera lain disabah dan sarawak..?? tak kan diorg pun sambutan bulan ramadhan.. atau hanya mengharapkan kaum melayu islam sahaja untuk mengigati sambutan kemerdekaan..??
dah lah tak yah sedih2.. nie aku coret sikit ape yg aku rembat utk korang ketahui.. tu pun kalo korang nak baca...
Al-Kisah Perlembagaan...
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.
Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bedera Yang Korang Patut Banggakan...
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.
Bunga Rasmi Malaysia...
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
Lagu Yang Patut Korang Ingat Sampai Mati...
Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.
SEJARAH LAGU KEBANGSAAN
Mengikut rekod terdapat dua sumber mengenai asal usul Lagu Kebangsaan sebelum lagu Negaraku ini dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia. Lagu tersebut merupakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak dan di samping itu juga lagu yang popular bernama Terang Bulan. Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England.
Rukun Negara Yang Patut Korang Hafal..
Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
•Kepercayaan kepada Tuhan
•Kesetiaan kepada Raja dan Negara
•Keluhuran Perlembagaan
•Kedaulatan Undang-Undang
•Kesopanan dan Kesusilaan
- jangan sampai ada rakyat malaysia sendiri melakukan sebegini..