Nuffnang Ads


Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012..!! Sambutan dari Seluruh Dunia

I-City Shah Alam


Bangkok, Thailand


Tokyo, Japan


Sydney, Australia













Times Square, Hong Kong


Times Square shopping mall, Hong Kong


Sambutan di dataran Merdeka, kuala Lumpur


Sambutan di sebuah sekolah di india









Happy New Year !!


Friday, December 30, 2011

Bersemadinya Kim Jong-il legasi diteruskan Kim Jong-un



Berikut adalah gambar dihari pengkebumian pemimpin tertinggi korea utara Kim Jong-il. anak kepada pemimpin itu iaitu Kim Jong-il ditabal sebagai pemimpin tertinggi angkatan tentera dan negara itu secara rasmi dengan gelaran Pemimpin Terbesar!!



Penghormatan terakhir...



Lebih sejuta rakyat dan tentera berhimpun...


Perginya pemimpin agung...



Mereka yang tidak dapat menerima kenyataan akan pemergian ketua negara mereka...














Penerus legasi..

Debaran Maharajalawak Mega...!!



Adakah peminat Osbon bakal mendominasi Stadium Melawati malam ini..??



Atau peminat Boboi sudah bersedia untuk memberi semangat tak berbelah bahagi kepada Boboi..??


Kalau mengingkut Undian terkini..



BOBOI - 39%
OSBON - 38%
SAEHU - 20%
SYOK - 3%

Peluang terletak kepada Boboi dan Osbon.. apa pun segalanya akan terjawab malam ini..


* Mencari pelawak yang betul-betul Mega..!!!


Wednesday, December 28, 2011

2011 hayat mereka berakhir..



 2011 menyaksikan beberapa orang anak seni pergi mengadap ilahi buat selama-lamanya..



1 Januari 2011 - (Faizal Yusup)
Tahun baru 2011 dibuka dengan berita sedih apabila pelakon Mohd Faizal Yusup,33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), kira-kira pukul 1.45 petang iaitu pada hari Sabtu, akibat serangan jantung.
Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur. Faizal meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, hasil perkahwinan pertamanya bersama penyanyi Siti Nordiana, manakala perkahwinan kedua bersama Rosmunira Rashid dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Raqqim Fyzal.




19 Januari 2011 - (Antonio Vincent)
Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang akibat sakit jantung.
Antonio yang popular dengan lagu “Hatiku Kau Guris Luka” dan “Nak Kahwin Duit Tak Ada” ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.
Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.



21 Februari 2011 - (M.Vasudevan)
Penyanyi rakaman popular Malaysia, M. Vasudevan meninggal dunia di selatan bandar Chennai, India selepas mengalami serangan jantung minggu lepas.
Penyanyi berusia 67 tahun itu berada dalam keadaan kritikal selepas serangan jantung dan meninggal dunia di sebuah hospital swasta semalam.
Lebih dikenali dengan nama "Vasudevan Malaysia" di Kollywood, iaitu Bollywoood versi selatan, mendiang telah menyanyikan 8,000 lagu Tamil.




2 April 2011 - (Seri Bayu)
Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.
Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu. Jenazah beliau dikebumikan di rumah keluarga angkatnya di Port Dickson, Negeri Sembilan.





10 Mei 2011 - (Aimi Jarr)
Pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr atau Omar Puteh, 72, yang juga bekas wartawan hiburan meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa, 10 Mei 2011.
Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.
Ketika hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P.Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P.Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media.
Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Production milik Datuk Yusof Haslam.




 
14 Mei 2011 - (Orchid Abdullah)
Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari Jumaat.
Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau “paraganglioma” sejak tiga tahun lalu.



 
21 Mei 2011 - (Mahyon Ismail)
Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetesnya sahaja.
Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.





19 Jun 2011 - (Zami Ismail)
Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Allahyarham yang popular dengan sitkom “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” (arahan Mamat Khalid) dan “Shh...Dia Datang” (Saiful Apek).
Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem “Mak Som”.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.





1 Ogos 2011 - (Hasnah Haron)
Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru pada pukul 8 pagi Isnin akibat penyakit kanser pangkal rahim.
Allahyarham menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu sehingga merebak ke paru-paru.
Antara lagu-lagu popular beliau ialah “Bersedih”, “Sabar Menanti”, “Aliran Usia”, “Jauh Dariki”, “Mengharap Kasih” dan “Bintang Pujaan.”




5 Oktober 2011 - (Chee Hood Siong)
Pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, “Baba Nyonya”, Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.
Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.
Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.
Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak




11 Oktober 2011 (Datuk Ahmad Jais)
Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.30 pagi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) pada 11 Oktober 2011.
Menurut anak keempat beliau, Maimun, 31, doktor mengesahkan kematian Allahyarham adalah disebabkan komplikasi penyakit paru-paru.
Kata Maimun, Allahyarham meninggal dunia di sisi beliau dan adik bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais, 25.
Sebelum itu Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.
Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu.
Bagaiamanapun pada 15 September lalu beliau terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.
Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.




* Al-Fatihah*

Credit to Mystar Online


Komen Pengurus Bunga Citra Lestari mengenai gambar sosial...




Agak kecoh gak bila gambar Bunga Citra Lestari bersosial di pub tersebar baru-baru ini, sedia maklum yang beliau baru sahaja melahirkan seorang bayi hasil perkahwinan beliau bersama pelakon kelahiran Malaysia Ashraf Sinclair.



 
 Hari ini manager penyanyi itu memberi ulasan mengenai gambar yang tersebar itu ialah gambar yang diambil 5 tahun lalu lagi.

"Itu foto lima tahun lalu, lihat aja rambutnya masih bob gitu," ujarnya..

Kalau benar apa yang dikata.. rasanya BCL sudah berubah..?? munkin...  sama-sama kita doakan...

Tuesday, December 27, 2011

Blog Wanita Terbaik 2011



2011 bakal melabuhkan tirainya kurang seminggu lagi jadi sepanjang tahun 2011 menyaksikan industri blogger negara terus berkembang dengan pesatnya.. saban hari ada saja blog-blog baru yang muncul. jadi hari ini aku senaraikan blog wanita terbaik pilihan aku untuk tahun 2011!!





* Cik Epal memang habis hebat untuk tahun nie.. hampir setiap kali dia update aku akan lawat blog dia.. tapi bukanya aku baca pon!! sebab aku nie jenis nak baca kalo cerita tu panjang2 hahha.. kadang2 baca gak la sampai habis.. ape pun cerita yang minah nie bawak memang terbaik sekali huraianya.. leh jadi ahli politik nie..!!


 





* Blog Lyssa Faizureen masih kecil tapi punya sifat kerajinan yang tak semua orang ada.. atas kesungguhan beliau menulis dan kongsi ilmu yang beliau dapat sudah cukup membuatkan orang lain suka padanya.. terbaik!!







* Nisa yang suka menaip.. seorang pelajar yang punya pakej lengkap untuk menjadi artis..?? blog dia aku tengok boleh tahan aktifnya.. pantang refresh ada jerk dia update..!! semoga dunia blogging akan memberi kepuas kepada anda..!!









* Antara blogger wanita yang paling popular tahun ini menurut carian Google.. pakej lengkap dengan chantek.. chun.. dan pandai sudah tentu akan menjadi kegilaan banyak lelaki diluar sana.. bakal doktor ini dilihat sebagai pencabar Hanis Zalikha buat masa sekarang nie..!!









* Ok blog budak comel ini tidak harus diketepikan.. memang rajin update blog.. lepas tu suka jalan-jalan gie blog orang lain.. memang rajin dia nie..






* Blog mak orang yang gojes..!! tutorial dia boleh tahan banyak.. leh jadi penganti red mummy nie!!!








* Pelajar jurusan skrin uitm nie memang bagus cara dia update.. senang nak paham apa yang dia sampaikan.. gambar jgn cerita lah.. punya syok kalau masuk blog dia nie..









* Blog untuk layan perasaan.. kalau hati korang tisu leh la gie blog dia nie.. cerita pasal cinta dan kasih sayang memang korang akan baca sampai terberak!! dah tu jalan ceritanya bukan main pendek lagi.. selagi tak habis ink keyboard selagi tu la gamaknya tak behenti menaip!!






* Blog yg sesuai untuk mereka yang tak cantik dan cuba untuk cantik!! hahaha.. banyak tips berguna dari tuan punya blog kepada korang..!! 




# semoga semuanya sukses selalu..!!! selamat tahun baru 2012 yaww..!!



Monday, December 26, 2011

Colombia Escalator.. Besar dan banyak manfaatnya...



Colombia merupakan antara negara paling miskin di benua amerika latin.. akan tetapi kebajikan terhadap rakyat dari kerajaan negara ini harus diambil pengajaran oleh negara lain. hari ini escalator gergasi pertama didunia dibuka secara rasmi untuk keperluan 13 ribu penduduk disebuah kawasan miskin di negara itu.


Escalator sepanjang 384 meter yang menyamai bangunan 28 tingkat! kos pembinaan tangga bergerak ini ialah USD 6,7 juta. penduduk di kawasan lereng bukit ini tidak perlu mengambil masa yang lama seperti sebelum ini iaitu 35 minit untuk sampai ke atas.