Nuffnang Ads


Friday, August 13, 2010

Empangan Bakun : Realiti dan Fantasi

Sejak aku kecik kot aku dah taw akan projek empangan hidro yang paling besar pernah dibina manusia nie dilakukan di Sarawak. empangan bakun adalah sebuah empangan hidroelektrik yang  merentasi sungai balui di sarawak. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang tertinggi di dunia pada masa permulaan pembinaanya. Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri China. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun penghujung tahun depan.



Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30% dari janaan di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi Laut Cina Selatan.

Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. selain itu tenaga yang dihasilkan oleh empangan nie boleh membekalkan tenaga elektrik sehingga ke thailand jauhnya.. perghh!! gilerr lah!!

Untuk maklumat korang projek mega tahap gaban yang menelan belanja berbillion ringgit nie bukan takat setahun dua jagung jerk perancangan dia.. tapi ia sudah dirancang sejak tahun 1960an lagi.. so.. bayangkan berapa ramai orang menghabiskan usia dek nak bina empangan sebesar gaban nie..?? setakat nie saja ada lebih kurang 6 ribu pekerja yang sedang bekerja untuk menyiapkan empangan bakun nie.



berpuluh tahun dihabiskan bukan satu syarikat jerk yang menjadi tenaga projek nie.. berpuluh syarikat jatuh bangun dek nak siapkan empangan nie.. so jgn besok bile siap sime darby yang dapat name udah lew haha.. ingat lah orang-orang yang terdahulu same..

Jom lah tengok fakta-fakta menari tentang empangan gaban nie yang sempat aku rembat kat wikipedia.

  • Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis CFRD yang tertinggi didunia dengan tinggi 205 m.
  • Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).
  • Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.
  • Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.
Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
  • Empangan utama


    • Tinggi 205 m dari tapak ke puncak. Panjang 750 m dari hujung ke hujung. Isipadu 16.71 juta meter padu.
    • Aras puncak ialah 235 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 232 m. Aras operasi adalah 228 m maksima dan 195 m minima.
    • Takungan : luas permukaan ialah 695 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi. Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.
  • Tandop – 8 petak dengan 2 pintu tandop setiap petak.
  • Alur limpah – luahan 15,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 8 terowong dengan 8.5 m bukaan rentang, dan panjang 760 m setiap satu.


    • Di atas tanah, 4 tingkat berukuran 250 m panjang x 48 m lebar x 48 m tinggi.
    • 8 set janakuasa merangkumi 8 turbin jenis Francis dengan bersaiz 300 MW sebuah, 8 janakuasa bersaiz 360 MVA sebuah dan 8 pembolehubah bersaiz 360 MVA sebuah.



                                      * nie empangan Three Gorges~!!!  empangan paling besar dalam plenet bumi ketika nie.. kalo korang nak taw.. baru2 nie pihak berkuasa china terpaksa melepaskan air dari empangan nie sebab terlampau penuh.. ia menyebabkan bencana banjir dibeberapa buah wilayah dichina dan mengorbankan beribu orang disana.. korang bayangkan kalo semua atau empangan nie pecah.. ..?? tsunami dari daratan tu..

sila periksa murtabak anda..

 nie murtabak ehsan dari google..ahaks~!!


semangat gile aku nak update blog aku nie.. aku baru balik dari bazar tadi.. jadi menu aku hari nie tak seperti yang semalam-semalam sampai penuh meja kan.. jadi ari nie aku kurangkan sket perbelanjaan berbuka untuk hari nie... korang plak cam mana..??


Murtabak ~!! murtabak~!! memang benda alah yang paling laris time bulan pose nie.. sape yang berniaga murtabak~!! murtabak~!! pasti kaya sekejap.. haha tadi aku sempat gak rembat dua keping murtabak dari bazar ramadhan seksyen 6... dan cerita aku pasal tajuk diatas ialah.. korang pernah pikir atau selidik akan apa disebalik murtabak~!! murtabak~!!..?? bahan-bahan nya sudah tentunya telur, ayam @ daging dan bawang selain penebar nya...

 nie telur itek okeh.. wana dia putih..

  
Dalam dok tunggu murtabak aku siap.. aku sempat gak la perhatikan sekeliling tempat mamat nie berniaga.. yerla mata aku mana leh dok diam kan.. hahaha.. terpaku jap tgk budak tu wat murtabak pakai telur itek~!! haiyoo... hilang sekejap selera aku.. memang aku tak suke itek kot!! tapi dan order.. berserah jerk lah... 

Aku cadangkan kat sini supaya korang periksa habis2 pasal murtabak yang korang beli tu.. 

  • Telur ayam atau telur itek ... tapi belum ada lagi org pakai telur puyuh buat murtabak.
  • Pastikan telur itu dicuci.. yerla.. telurkan.. dari mana datangnya telur tu kalau tak keluar   dari.*@^!@... so .?? lu pikir lah sendiri..
  • Si penebar roti juga korang kena check betul2.. ader sesetengah tu.. selekeh nak mampos.. adeh.. berpeluh bagai nak rak~!! ini harus diambil tindakan nie..~!! tindakan jgn beli haha..
  • kuah..!! aku jarang la makan murtabak pakai kuah.. tapi kalau kuahnya sedap sudah tentula makan dengan kuahnya skali kan... tak kan pakai tangan kot... eh merepek plak..~!!
 *kalau penebarnya awek.. tak per.. dikecualikan wakakaka...

so~! diingatkan disini supaya korang periksa murtabak korang sebelum order okeh~!! bila dah order nak cancel kurang pahala.. buruk siku plak nanti hahaa... selamat berbuka~~!!

Thursday, August 12, 2010

penutup segala persoalan....

apa yang korang akan rasa bila berdepan dengan soalan-soalan yang sememangnya tak boleh bla... stress..?? tension..?? suke..?? happy tak terkata..??

aku teringat akan satu cerita yang memang tak boleh bla.. 

nie persolan yang timbul bila si kawan bertemu...

si madura : kenapa telur ayam aku kecik jerk..
si jawa : ia memangla cuba bayangkan kalo telur ayam tu besar, rosak la punggung dia..


jawap si jawa.. dengan si madura diam seribu bahasa...

kisah kedua yang boleh korang ambik pengajaran...

kisah penjual buah disebuah pasar...

pembeli : kenapa saya beli rambutan hari tu kurang manis yer..

penjual : awak beli berapa banyak..??

pembeli : sekilo jerk..

penjual : saya masih ada sebakul lagi...

kadang-kadang kita berhadapan dengan macam-macam orang dan tak semua orang akan bertanyakan soalan itu dengan harapan tiada soalan lain lagi sebab ader sesetengah makhluk yang banyak soal nie tanpa rasa penat akan terus menyoal.. dah macam polis pon ader.. tapi bagaimana pula bila berdepan dengan soalan maut yang ada dua jawapan saja..??


kisah berikutnya :

seorang makcik yang bertanyakan pasal akademi anak buahnya..

makcik : kat sekolah belajar pandai ke bodo..??

anak buah : .........

memang si anak buah akan mengambil masa yang lama untuk jawap soalan dari makciknya tadik.. siap2 dia akan diam sampai bila.. hahaha... apa pun pelbagai soalan tu boleh diberi dengan pelbagai jawapan sama ada ia betul atau tidak terpulang pada kreativiti orang itu sendiri.. hahaha...


stress kot kalo hari-hari..hahaha..


bila pahala solat habis dek maki kereta yang tak berdosa...

Korang terawikh tak semalam..?? Semalam hari pertama aku solat terawikh untuk tahun nie.. awal-awal pose nie memang masjid penuh gak la.. tapi kelihatanya semalam agak luar biasa... mengalahkan orang solat jumaat pun ader.. semua ruang besar solat dipenuhi jemaah.. ingat kan keluar rumah last minit selalunya sempat lagi solat.. semlm nak cari parking pun dekat setgh jam dah.. best gak rasanya bila tgk ramai orang pergi solat.. 

Alhamdulilah.. 8 rakaat jerk kot yang mampu.. haha korang berape..?? ade..?? hahaha janji ader kan.. permulaan yang baik 4 rakaat pertama semua cepat jerk bangun bile habis tu.. masuk rakaat 5,6 dah mula ader yg menarik nafas panjang nak bangun kembali solat.. hhehe.. hari nie pasti pergi lagi masjid shah alam sebab tok bilal dah cakap smlm ari nie solat akan di imam kan oleh imam jemputan dari madinah mesti best..

Dah habis 8 rakaat semalam.. nak balik kereta tersekat dek orang depan yang masih stay solat.. myb dia solat sampai solat witir kot.. 5 minit tunggu ok lagi.. tapi bila dah nak masuk 15 minit dah ramai yang maki serampah bagai nak rak kat kete depan tu.. siap ader yang nak angkat alihkan lagi pesona tu.. lawok sungguh.. kalo body tu cam malek noor okeh la gak.. nie dah cam osman kering.. haha opss pose kot.. habis pahala aku..!!!

Apa pun dibulan puasa nie banyak dugaan-dugaan yang korang akan alami terpulang pada korang nak atasainya macam mana.. bersabar itu lebih baik dari yang tak sabar.. haa boleh.. boleh la tu.. hahaha

Tuesday, August 10, 2010

10 sebab yang korang jangan lakukan pada esok hari..



aku ingatkan disini supaya bila korang baca dan korang tak kan lakukanya pada esok hari..

1. Bangun pagi-pagi seperti biasa bukak peti ais teguk air dalam peti sampai ke usus perut terakhir. tanpa memperdulikan sebarang makhluk yang hadir disekeliling anda.

2. Dengan penuh kasih sayangnya mengorek hidung dalam kete dalam perjalanan ke office..

3. Bila nak kuar gie keje korang pergi ke tempat yang selalu korang beli nasi lemak.. tapi bila tengok makcik tu tak berniaga.. sambil berkata dalam hati.. asal makcik nie bukak lambat ari nie.. sambil menghentak2kan kaki...

4. Pergi ke kedai mamak sambil teriak cam hari2 biasa.. "mamak~!! teh tarik satuu, roti banjir "..

5. Bila setengah jam pertama di office.. kebosanan melanda.. apa lagi.. kuar office dengan agak macho nya isap rokok.. siap hembus2 wat bentuk love lagi asap tu~!!

6. Bila time lunch korang siap ajak member office gie mcd.. nak try GCB~!! burger tu dah kuar berminggu lepas baru hari nie ko nak try..!! 

7. Dengan rasa bangganya makan cekedis yang sememangnya sedia ada dalam laci meja korang.. siap ngan keropok losong n colek cilinya skali...

8. Tabiat mengunyah gula2 getah sambil membuat belon sebesar penampar pastu meletupkanya.. dan dengan asyiknya melakukanya berulang kali..

9. Petang menjelma.. time beli goreng pisang seperti biasa korang akan rasa dulu kuih2 lain yg dijual makcik tu sementara goreng pisang dalam kuali tu masak..

10. Balik dari membeli belah dibazar ramadhan sampai dirumah dengan pantasnya ambil mangkuk tuang kuah laksa dan makan sambil tgk senetron sampai kenyang..