Nuffnang Ads


Saturday, August 21, 2010

Oh Malaysia... Malaysiakah kita..??



korang pernah terpikir tak akan tema hari kebangsaan kita pada tahun nie..?? agak-agak korang ingat tak tahun nie dah berapa tahun kita merdeka..?? aku rasa korang akan ambil masa untuk mengira tambah tolak untuk mendapatkan jawapan yang betul.. aku pun lupe... hahaha..

serius beb.. tahun nie memang kurang terasa sambutan hari kemerdekaanya dari tahun-tahun yang sebelum nie.. teringat aku time di alam persekolahan dulu memang meriah.. cam nak sambut pesta dibuatnya.. hari nie tiada lagi kereta2 yang bangga meletakan bendera, lori2 mahu pun bas yang memasang bendera pada kenderaan diorg.. kenapa erk..??

adakah disebabkan bulan kemerdekaan tahun nie jatuh sama dengan bulan ramadhan..?? kalo yer pun disebabkan bulan ramadhan.. mana perginya semangat patriotik kaum lain..?? cina, india dan kaum2 bumiputera lain disabah dan sarawak..?? tak kan diorg pun sambutan bulan ramadhan.. atau hanya mengharapkan kaum melayu islam sahaja untuk mengigati sambutan kemerdekaan..??

dah lah tak yah sedih2.. nie aku coret sikit ape yg aku rembat utk korang ketahui.. tu pun kalo korang nak baca...



Al-Kisah Perlembagaan...

Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.

Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
 
 
Bedera Yang Korang Patut Banggakan...
 
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.



Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.

Bunga Rasmi Malaysia...
 
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.



Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.



Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
 
Lagu Yang Patut Korang Ingat Sampai Mati...
 
Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.



SEJARAH LAGU KEBANGSAAN



Mengikut rekod terdapat dua sumber mengenai asal usul Lagu Kebangsaan sebelum lagu Negaraku ini dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia. Lagu tersebut merupakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak dan di samping itu juga lagu yang popular bernama Terang Bulan. Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England.
 
 
 
Rukun Negara Yang Patut Korang Hafal..
 
Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:



"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.



Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

•Kepercayaan kepada Tuhan

•Kesetiaan kepada Raja dan Negara

•Keluhuran Perlembagaan

•Kedaulatan Undang-Undang

•Kesopanan dan Kesusilaan



- jangan sampai ada rakyat malaysia sendiri melakukan sebegini..

Tuesday, August 17, 2010

Untung Rugi Buffet Ramadhan...



pada pandangan korang buffet diwaktu berbuka nie menguntungkan korang atau tuan punya kedai..?? bagi aku keuntungan pada tuan kedai jauh lebih hebat dari keuntungan yang korang alami..

setiap hotel atau sesetengah restoran sudah mula melakukan buffet berbuka dibulan ramadhan.. dan harga yang dikenakan ada yang bawah RM 50 dan atas RM 50.. kalo kat hotel2 selalunya boleh mencecah ratusan ringgit satu kepala.. makanan dia jgn cakap la.. serba mak nenek ader.. dari udang goreng tepung sampai ke kambing menari2 semua boleh korang makan.. tapi masalahnya adakah korang dapat memenuhi nafsu makanan kowang pada masa yang singkat..??

buat yang memang kaki melantak pasti ia akan menguntungkan.. tapi buat yang perut kecik.. jawpnya korang akan rugi lew..



buffet ramadhan pertma aku tahun nie bermula di santai cafe.. sebelah tasik permaisuri.. dekat jerk ngan stadium bola sepak cheras. restoran nie boleh la dikatakan sedap.. dan korang hanya perlu bayar RM 15 untuk satu kepala dan makanlah sampai korang kenyang..!! memang berbaloi!!



kena dengan namanya.. suasana restoran nie memang santai.. tenang dan memang sesuai dijadikan tempat makan.. iyer la tak kan tempat main galah panjang plak kan... soo.. korang boleh la try kalo nk makan.. hehe.. aku suke cheese cake dia sedap wok!!!

- fish cake sambal ada, sup daging ada, kangkung goreng ada, ayam goreng pun ada, buah2han pun ada
tu blom tgk cheese cake dia lagi tu haha...

- alhamdulilah.. kenyang dan berbaloi gak la makan kat sini!!!

- dah habis melantak..bayar lew kan..

Sunday, August 15, 2010

bila orang gila...



Hari nie hampir semua muka depan surat khabar menceritakan tentang kes pembuhan kejam yang dilakukan oleh seorang suami ke atas isterinya.. hanya sebab nak bangunkan sahur..?? pelik sungguh bunyinya.. sampai macam tu sekali..?? binatang pun kalo gila susah nak buat pekara-pekara macam tu.. tapi bila orang gila.. dah macam dajjal jadinya..

munkin korang akan tepis cerita nie sebab si suami tadi ada masalah mental.. tapi bagi aku.. munkin ada sebab lain yang munkin menjadikan dia seteruk tu.. bukan gila.. bukan tak betul.. tapi pentingkan diri sendiri.. orang yang pentingkan diri sendiri dia tidak akan pedulikan hal orang lain.. walau keluarga mereka sendiri.. jadi bila orang yang tak betul di tambah dengan sifat pentingkan diri sendiri.. mix plak ngan panas baran.. perghh!! memang dasyat la..

apa dosa si isteri sampai menetak parang ke leher dia..?? si isteri munkin penat berkerja menambah pendapat keluarga.. tak taw la kot si laki nie kalo berkeje atau pun tak.. sedih sungguh bila baca.. kita nie kalo panas baran macam mana pun.. kena ingat juga manusia yang lain.. jangan diikutkan kepala otak sendiri bila bertindak.. bila tak pikir panjang nie lah akibatnya..

akhirnya si suami ditembak mati polis.. aku rasa memang patut dia mati..~!!

lagi satu kisah pasal seorang pemuda yang membunuh 4 ahli keluarganya di negeri sembilan dan kes nie masih berjalan di mahkamah.. tertuduh yang telah mula memberi keterangan pembelaan memang memberikan satu cerita yang memang tak leh masuk akal.. kalo nak dibandingkan cerita dia ngan cerita ultraman.. aku boleh pecaya cerita ultraman lagi.

tertuduh menyatakan ia mendapat maklumat supaya membunuh ayah, atok, nenek dan adik perempuannya sebab ada maklumat dari dinding yang menyatakan atok nya jelmaan syaitan dan neneknya jelmaan dajjal.. pergh!! warak sgt kah..?? pastu untuk menyelamatkan adik perempuanya dari terhasut dek syaitan dan dajjal.. adik pun kena bunuh gak.. nak sedapkan lagi cerita kepala atok yang dipenggal tadi harus ditanam di thailand.. hadoi klakar habis lah.. malas dah aku nak taip ase nyer.. korang kena ikut lah story dia nie memang best!! mengalahkan kes mona fendi dah aku tgk..wahaha...



* waa.. harap lu orang tak gila macam gua.. peace no war~!!

so.. sebelum aku plak yang gila.. baik aku stop.. korang2 semua jangan lah jadi gila.. atau tak waras.. walaupun korang tak waras.. dengan memikirkan ibu dan ayah kita sendiri dari kecik sampai kita besar isyallah kita akan selamat dalam kehidupan kita nie.. walau susah mana sekalipun kehidupan yang kita alami..

al-kisah bazar ramadhan...



hari nie aku nak kongsi pasal bazar ramadhan.. sape di bulan pose nie tak pergi bazar ramadhan memang sah la katak bawah tempurungkan.. pesta makanan yang wajib korang pergi bile bulan puasa nie.. tak kiralah muslim, cina, india dan lain2 bangsa memang akan serbu bazar ramadhan untuk shopping makanan..

diam tak diam dah 5 hari berpuasa..aku dah jelajah ke beberapa buah bazar ramadhan.. ternyata semuanya ada kelebihan masing2 tak kira dari segi makanan ataupun tempat jualan itu sendiri.

hari pertama dan kedua..

- bazar stadium shah alam : boleh aku rumuskan disini dibazar paling besar kat shah alam nie memang menyediakan pelbagai makanan yang akan membuatkan korang ditahap diabetis yang tidak diduga.. daripada kuih muih serba mak nenek sampai lah ke ayam golek semuanya ada. gelai pilihan aku di bazar nie sudah mestinya gerai papa john - roti john yang memang sedap sampai ke usus~!!

- nasi ayam kat sini best gile~!!



hari ketiga..

- bazar ramadhan seksyen 6 : bazar nie kecik jerk pun.. dibuat ditapak yang sama diadakan pasar malam pada hari selasa dan jumaat.. makanan plak tak lah banyak mana... tapi harga makanan kat sini agak mahal sikit la sebab kebanyakan yg membeli belah disini semua org lodet2 <-- kaya gak la kot.. kat sini gak la aku dapatkan murtabak teluk itek!! huih!

- kebab kat sini best!!



hari keempat...

- bazar ramadhan paya jaras, sungai buloh : haa nie lagi satu syurga makanan.. apa yang korang nak semua ada.. lemang, ketupat pun ada.. ape tah lagi rendang..

- tepung pelita & roti john kat sini sedap!!!

hari kelima...

- hari nie aku terjah 2 bazar ramadhan... haha dasyat tak..?? rancangan jalan2 cari makan pun tak pernah lawat 2 lokasi dalam masa sehari.. yang pertama bazar ramadhan jalan masjid india.. apa yang dapat disaksikan tadi.. orang masih belum macam semut.. erti kata lain masih belum ramai orang nak shopping kat jalan TAR la tu.. makanan pun biasa2 jerk.. pastu aku gie bazar ramadhan tasik permaisuri.. pergh!! memang bazar yang paling meriah pernah aku gie.. macam2 adaa... semua besar2 punya.. yang agak terkejut bila tgk kat bazar tu semua murtabak dijual pada harga 2 ringgit.. paling murah la aku jumpe untuk 5 hari nie.. sebab biasa paling murah pun rm2.50.. apa lagi.. aku syorkan korang try murtabak gombak~!! beratur kalah nak beli tiket konsert pussycats doll tu... tapi yang kurang bestnya.. bazar nie hampir 90% berada dalam khemah yang besar.. jadi korang akan shopping dalam khemah.. panas~!! dan berasak-asak.. gilew lah!!

- bazar jalan TAR tiada makanan yg boleh dikatakan best... tapi ditasik permaisuri korang leh try murtabak gombak dan air teh ais perisa vanilla.. tapi bila korang minum rasa milo ais.. tempat lain korang tak kan dapat lah.. wa cakap sama lu..!!!




* hanya ayam percik ngan nasi ambang jerk lagi belum try nie.. hehe tunggu!!!!

Friday, August 13, 2010

Fakta - Fakta Yang Korang Akan Tergolek Bila Baca.

  1. Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua. sebab tu metro driving wat sampai lulus..hahaha..
  2. Kambing
  3. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya. sebab tu kena rajin macam semut bukan macam lembu.
  4. mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.. sebelum korang usha kambing tu pastikan kambing tu buta..
  5. Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap..kesian tingkap.
  6. Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk
    sepenuhnya. patutla kadang2 tak berbunyi..
  7. Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka
    tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua
    belah mata. lelaki gatal boleh buka sebelah mata bila lihat awek cun lalu depan kedua2 mata diorg.
  8. Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.
  9. Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.. tapi tak sepekak manusia yg mempunyai 2 telinge..
  10. Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama. maksud disini belangnya.. 
  11. Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan
    untuk pengeluaran telur... bodohnya si jantan..
  12. Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang
    enam inci setahun, tapi masih pendek kerana penggunaan yang kerap. 
  13. Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidak4
    boleh berbuat demikian. sebab monyet kena ajar makan pisang jerk..
  14. Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga
    sejauh 2.5m(8 kaki). jarakan diri anda sejauh munkin..
  15. Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak.
    Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka. gilew lah..
  16. Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.. atlet lompat jauh boleh belajar dengan belalang..
  17. Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya... Nikon D90 pun kalah kot!!
  18. nyamuk mempunyai 47 btg gigi.
  19. satu satunye makanan yg tak akan basi sampai bila2 ialah madu.. kalau anda dimadu ia munkin sudah basi.. wakakaka...
  20. bersin sambil membuka mata adalah mustahil...korang try la kalo nak mati...
  21. kebiasaannya perempuan perlu bercakap lebih drpd lelaki... tidak dinafikan lagi..
  22. perempuan biasanya lebih cenderung utk memiliki bibir yg besar dan lebar berbanding lelaki...
  23. kos movie titanic lebih besar drpd kos kapal titanic sebenar!
  24. jam loceng pertama hanya berbunyi pukul 4 pagi saja
  25. anda boleh nyalakan api dgn menggunakan ais!!
  26. berlian sebenarnya boleh dicipta drpd peanut butter!aku pown xtaw cmner..
  27. kat holland or belanda..anda boleh disaman jika x guna bakul shopping/troli kat kedai.
  28. Jika anda menjerit selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang boleh memanaskan secawan kopi.
  29. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.
  30. Ikan haruan boleh menghidu 27, 000 bau sekaligus menjadikannya sebagai haiwan yang paling sensitif baunya.
  31. Haiwan yang paling banyak di muka bumi ini ialah semut. Nisbahnya adalah satu juta semut bagi setiap orang.
  32. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  33. Menurut satu kajian, setiap orang dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 6 liter air liur setiap minggu.
  34. Ubat gigi jenama Colgate mula diperkenalkan di Perancis dengan nama Cue, mengambil sempena nama sebuah majalah lucah.
  35. Makanan yg pling digemari oleh lipas ialah gam yg berada di belakang setem..
  36. Otak Burung Unta lebih kecil dari matanya.
  37. Di Amerika Syarikat, purata berlakunya kadar jenayah adalah setiap 22 saat..
  38. Gajah merupakan satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat..
  39. Jika seluruh binaan piramid Giza di Mesir dihamparkan,ia boleh mengelilingi dunia selama 7 kali..
  40. Jika anda menelan gula-gula , ia mengambil masa 7 tahun untuk dihadamkan. Oleh itu , ia biasanya keluar dari badan manusia berupa najis yang tidak dihadam.
  41. Seorang pelajar berbangsa Cina bernama Lew Kim Tu telah berjaya mendapat pangkat Satu dalam matapelajaran Pengajian Ugama Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysianya.