Nuffnang Ads


Thursday, September 2, 2010

Bila Setan Pandai Menyanyi...



                ___________________________________________________________________

Sapa yang tak kenal Lady Gaga anda masih bernasib baik dan bagi mereka yang dah ahli fan club beliau bawak-bawaklah bertaubat.. kerana Lady Gaga secara rasminya boleh digelarkan sebagai syaitan yang paling popular kat bumi skang nie.. jika sebelum nie korang akan takut bile dengar cerita pasal kewujudan syaitan tapi skang setan dah pandai.. setan plak boleh menyanyi.. pening gak kepala kalo nak kaji cam mana cara setan nak rasuk manusia yang sememangnya kepala otak berakal nie kan.. tapi tak setan lah kalo tak dapat musnahkan manusiakan.. macam2 cara diorg buat.. dan skang giliran lady gaga plak muncul dengan lagu yang sedap didengar tapi dalam pada yg sama kite pun leh join sekaki jadi setan.. 
 
 







Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
 
“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore,
Alejandro .”




Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can’t be with you like this anymore , Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak . Alejandro bukan seorang lelaki . Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?
 
 
 
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .
 




Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .
 
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “ Alejandro ” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .


“She hides true love

En su bolsillo.

She’s got a halo ’round her finger,

Around you.”


Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger (cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .
S elepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?
 
(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)


Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yangdiminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .
 
“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.” - Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .


Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)


Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .



Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islamsendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..




I’m not your babe I’m not your babe , Fernando . Waktu menyebut perkataan Fernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :


" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "
 
Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

 * Jangan sampai aku bikin dodol plak dah la...

Wednesday, August 25, 2010

Masih ada orang yang tak bertamadun...


Aku nak luahkan sedikit kekesalan berkenaan dengan ape yang terjadi di kedutaan besar malaysia di jakarta 2 hari lepas, aku rasa tajuk diatas sesuai untuk mereka yang melempar najis dan membakar bendera dihadapan kedutaan, kolot!! dan memang tak bertamadun!! kalo beruk tengok pun, beruk hairan.. sebab ape..?? beruk pun belum tentu sanggup calit taik sendiri gie lempar tak tentu tempat..



kalau dilihatkan aksi mereka org..  boleh nampak dah bertapa bonggoknya bangsa diorg.. tapi aku tak leh nak marah kan semua org indonesia sebab aku banyak kenalan dari sana yang cukup2 hormat pada malaysia.. malah sepanjang pekenalan aku dengan member2 aku.. memang diorg tak henti2 memuji malaysia.. puak2 yang sakit hati dengan malaysia nie kebanyakan budak2 muda yang masih study disana.. dan tidak tahu akan dunia luar..


* bakarlah mercun ker.. bunga api ker baru la best sket..

kalau mereka datang ke sini diorg akan sedar diri mereka ditahap mana...aku rasa perbuatan mereka tu semua akan merugikan negara mereka sendiri.. rakyat malaysia tak mati pun kalo tak berkawan dengan indonesia.. malaysia tak jahanam pun kalo indonesia tak mau bekerjasama dengan malaysia.. malah akan bertambah jahanam plak skang nie...



* gue gak ngomong apa-apa sih mas..


* pesanan untuk rakyat malaysia yang dikasihi.. kita memang marah tapi kita jangan tiru cara diorg.. kalo berkawan dengan orang pakai cawat.. jgn sesekali kita pun pakai cawat okeh!!!

* kalau boleh kencing berdiri kenapa masih pakai cawat..




* biar aku tak der gigi.. asal tiada hasrat dengki...

Tuesday, August 24, 2010

Jambatan ke Langkawi : Kisah Dongeng Kembali



Dua tiga hari lepas kecoh betul pasal ada syarikat yang bersedia melabur untuk pembinaan jambatan yang akan menghubungkan tanah besar semenanjung ke pulau langkawi. tapi ianya dibantah oleh bekas perdana menteri tun dr' mahadir kerana dengan adanya jambatan itu kelak akan menjejaskan kesucian pulau lagenda berkenaan. tk per skang korang tolak tepi apa yang diperkatakan berkenaan dengan apa yang dicakap oleh tun.. korang mesti teruja bagaimana sebuah jambatan sepanjang 48 kilometer merentasi laut..?? memang gile kan..??


okeh.. gambar wang diatas adalah sebanyak USD 6.3 billion bersamaan RM 20.16 billion duit malaysia.. kalo korang rajin.. cuba bayangkan banyak mana duit kalo RM 150 bilion..??

aku rasa orang gila pun tak kan pikir benda-benda gila macam nie.. tapi benda yang mustahil tidak munkin tak jadi kan.. tapi harus diingatkan kos untuk membina jambatan berkenaan bukan seposen dua.. tapi hampir RM 150 billion... <-- bukan RM 150 juta okeh!! berapa banyak nombor kosong kalo RM 150 billion..??  nie dia.. RM 150, 000, 000, 000, 00 <-- banyak kan..??


Jambatan Donghai, Panjang 32.500 M, Jembatan terpanjang di Asia dan juga jambatan terpanjang yang melintasi lautan, terletak di Shanghai China.




tolak tepi berkenaan duit yang banyak kosongnya tu.. skang korng pikir plak rupa bentuk jambatan tu nanti.. ader stesen minyak ke tak sepanjang 50 KM tu..?? R&R dia plak.. pastu kadar tol nya plak untuk lalu kat jambatan tu nanti..?? boleh botak gak kepala bila pikir..


* baik aku pikir baju raya tahun nie warna ape erk..??

secara rumusanya adakah ia akan menjadi realiti..?? macam jambatan pulau pinang..?? atau hanya kisah dongeng yang kembali seperti projek jambatan dari dumai, indonesia ke melaka..?? aku hanya boleh membayangkan dan gelak..!!











Monday, August 23, 2010

Cendol.. Cedap~!!



Hola guy's - pagi yang sungguh tak best.. gigi aku sakit... tiba2 aku teringat akan cendol di bangunan merah kat melaka nie pepagi buta.. haha.. pastu terbaca plak si yuyun tanye citer pasal cendol yang aku janjikan.. hehehe.. jgn harap aku nak cerita kalo tak jumpe face to face hahaha...



Korang semua mesti taw kan rupa paras dan kesedapan sesemangkuk cendol macam mana kan.. bagi yang tak kenal cendol, korang kini berada dikelas mengenali makanan haha.. cendol adalah makan yang paling banyak boleh didapati di asia tenggara nie..tapi aku masih tak taw dari mana dtangnya cendol nie..

Dalam aku dok mencari2 makumat tentang cendol aku pun jumpe la atikel sejarah berkenaan cendol nie.. haaa ape lagi jom baca!!! Sejarah!!!

Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.


Cendol Jam Besar!!

tajuk diatas merujuk kepada sebuah store cendol yang paling best pernah aku rasa... memang terbaekk lah!! belum pernah ada lagi cendol yang aku hadamkan dalam perut nie sesedap cendol berkenaan <-- ayat nie serius wonderpets..!! tak tipu..!!!

Lokasi ..?? depan bangunan merah.. tempat air pancut.. tapi aku tak nampak plak menara jam.. kenapa dia diberi nama cendol jam besar!! jgn dipikirkan akan nama itu.. yg pasti sedap!!



Apa yang korang akan dapat dalam semangkuk cendol jam besar ialah cendol.. haah cendol lah tak kan bihun plak kan.. yg bestnya cendol dia nie lembut.. aku rasa dia proses sendiri..lepas tu ader jagung <-- same jerk ngan cendol lain haha.. pastu kacang merah yg comel.. memang sedap... sebab sebelum nie banyak2 cendol diorg buh kacang merah yg gaban besar!! kat sini kacang merah dia comel..!!



berkenaan harga .. murah jerk rm1.20 untuk semangkuk cendol yg normal.. dan Rm 1.80 untuk cendol yang dimix pulut.. soo korang try lah kalo ke melaka yeh!!



Sunday, August 22, 2010

Bila nyawa tak boleh beli..



assalamulaikum.. gile baik bagi salam kan.. haha.. seminggu aku kat melaka nie aku dok kat hotel jerk.. tak der jalan kemana pun.. kalo keluar pun petang2 sket cr juadah berbuka..90% kehidupan sehari2 dimelaka dimusnahkan dihotel.. jadi keje aku ape lagi cit cat lah ngan penghuni2 hotel yang lain..



* nie muke aku time boring... aku hensem sket!!!

dibulan puasa yang berkat nie memang tak der pun orang tempatan yang nak melancong kemalaka nie.. jadi yg menginap di hotel aku nie 99% orang indonesia yang datang berubat.. 1% tu aku la haha... tu pun diorg datang sini sebab sakit kalo tak sakit mesti kosong jerk hotel..

kemarin ada seorang bapak datang check in hotel.. dengan selekeh dan cam tak terurus masuk.. bila time bayar bil tu yg waa punya jantung behenti kejap la.. dlm beg isteri dia penuh kot dgn not 50 hengget.. hahaha bling!! bling!! bila dah agak malam si bapak nie pun sembang2 lah ngan aku... dia cakap isteri dia ngidap kanser payudara dah tahap 4.. tu kire tahap teruk la.. dia dah gie banyak hospital kat indon tapi semua kena tipu jerk..



dann bila dipagi hari dia gie periksa doktor kat mahkota medical centre tu.. doktor cakap kenser isteri bapak nie dah teruk dan hanya ada 1 pilihan jerk utk diselamatkan.. iaitu membuang sebelah payudara isteri bapak tu.. huyooo!!! ngeriii kot dengar...payudara kena buang okeh!! kalo bulu ketiak kowang buang leh tumbuh balik.. cuba bayangkan payudara... mau tumbuh..?? tidak la yeo!!!

semalaman kedua suami isteri nie berfikir panjang.. bapak tu siap cakap bini dia menangis sampai pagi dok mengenang payudara akan hilang sebelah mulai esok.. kos nya plak RM 15 ribu.. perghh!! patut la beg makcik tu penuh duit ari tu.. haha..


* akak nanges sebab duit akak banyak habis.. akak tak kisah ilang payudara sebelah sebab sebelah lagi ader..

dan sehingga aku tulis coretan nie.. bapak dan si ibu tadi masih menginap dihotel nie.. ader depan aku nie ha ngah usha aku taip mende la depan diorg nie kan.. padahal aku ngah cerita pasal dia org haha... aku respek bapak tu lah.. dia memang seorang yg tabah.. ayat aku suke skali dia cakap.. nyawa bukan boleh beli.. duit boleh cari... korang taw bapak tu keje bawak lori sayur jerk kot berulang 3 hari 3 malam bawak sayur dari medan ke jakarta.. dia pulang kerumah pun sebulan sekali jerk..semata2 mencari rezeki.. sedih plak bila ingat..

dah....aku dah sedih.. end.. huk huk huk...

* waa ngah pikir nie kalo bini gua ader kanser payudara..mana nak nak rembat duit..hurmm