Nuffnang Ads


Thursday, April 4, 2013

DUN Kelantan bubar.. Pas tolak calon merokok..





Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam Khamis mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuat kuasa Khamis.

Beliau membuat pengumuman itu di kediaman rasminya di sini pada pukul 11.55 malam.
Ia dilakukan setelah Nik Abdul Aziz menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Pembubaran itu dibuat mengikut Fasal 2 Perkara 46 Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Watikah pembubaran DUN kemudiannya akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut.


Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti bebas rokok.

Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.


Wednesday, April 3, 2013

PRU 13 : Hidangan istimewa buat Rakyat Sabah dari PR..




Ini dia hidangan istimewa buat rakyat sabah dari pakatan rakyat.. nampak best bukan.. tapi mampukah dilaksanakan..??

Ingat..


Undi anda penentu segalanya...


sekali anda silap..

5 tahun merana..:D




Negeri Pakatan Rakyat bubar Dun esok..??

Guan Eng menaiki keretanya meninggalkan Seri Mutiara setelah bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, Khamis.


Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dijangka akan membubarkan Dewan Undangan Negeri masing2 esok.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan dijangka mengadap Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong hari ini di Kuala Lumpur untuk memohon perkenan Sultan Kedah untuk dibubarkan DUN Negeri.. 


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun menerima perkenan dari Sultan Selangor untuk berbuat demikian dan satu upacara rasmi akan diadakan pada jam 2.30 petang esok.

Pada waktu berita ini disiarkan, Kelantan masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung pembubaran DUN. Sementara itu, ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau akan menemui Yang Dipertua Negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas pagi esok bagi memohon persetujuan untuk membubarkan DUN.

Lim berkata, beliau telahpun menerima kiriman faksimili dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memohon kerjasamanya untuk membuat pembubaran serentak dengan pembubaran Parlimen hari ini.

“Beliau meminta kerjasama saya untuk membubarkan sererntak. Jika ini berlaku, semua dokumen berkaitan akan dihantar. Exco negeri tiada masalah untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan  Parlimen.
 


Kerusi untuk Nizar Jamaluddin belum pasti..??



Bekas menteri besar perak Nizar Jamaluddin dilihat masih belum dapat kerusi yang sesuai untuk dia tandingi untuk pilihanraya ini.. sepanjang dia menjadi MB sehingga meninggalkan kerusi menteri besar tidak banyak yang boleh dibanggakan oleh parti pimpinannya di perak.. walaupun beliau merupakan pesuruhjaya pas negeri akan tetapi tiada apa yang boleh dibanggakan PAS oleh beliau di perak melainkan isu-isu sampah yang cuba dia bangkitkan.

Kerusi selamat untuk dia menang hanya terletak pada kawasan komuniti penuh melayu.. jika silap langkah.. bungkus..!!


 


Datuk Seri Anwar Ibrahim sah tinggalkan Permatang Pauh



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang menerima bantahan daripada penyokongnya.

Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai.

Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan bagi 'memujuk' pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu.

"Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu jelaskan kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak.

"InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan mahu meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.