Nuffnang Ads


Monday, April 8, 2013

Disebabkan banyak sangat cerita pasal lembu..


Tak tahu nak cakap lembu nie marah kan PKR atau pengarah strateginya Rafizi Ramli yang sememangnya terkenal dengan cerita lembunya.. sampai lembu pun dah naik angin dengan PKR gamak nyer.. 

Jarang lah pula tgk lembu nak makan kain.. tambah bendera PKR.. hahaha...

Jgn kang dalam Malaysiakini cakap.. Lembu tu upahan Umno sudahla..







Papagomo bertanding di Permatang Pauh.



Penulis blog kontroversi Papa Gomo akan bertanding sebagai calon Bebas yang akan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik pada Isnin.

Mohamad Rafi, yang juga Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas untuk mendedahkan dakwaan salah laku Ketua Pembankang kepada rakyat.

"Selepas menimbang cadangan daripada beberapa kumpulan dan individu, saya percaya dan saya akan mendedahkan semua salah laku yang dilakukannya kepada pengundi di kawasan beliau.

"Kita juga mahu menguburkan karier politik Anwar,” kata Mohamad Rafi yang mewakili blogger berkenaan, kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini.

Pada Jumaat, Anwar mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum kali ini.

Anwar memfailkan saman fitnah berjumlah RM!00 juta terhadap Papa Gomo berhubung penyebaran gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.


Ini baru pertemuan buku dan ruas namanya.. tak sabar nak tunggu hari pencalonan nie..





















Friday, April 5, 2013

Kesian Chua Jui Meng...





Mantan menteri kesihatan yang sebelum ini boleh dibanggakan oleh kaum cina nampaknya kini tidak lagi.. ibarat lalat sahaja kuasa beliau.. suara yang kuat belum tentu akan membuatkan dia pilihan parti pembangkang.. dan sehingga hari ini masih kabur dimana kerusi yang cuba beliau tandingi..

Janji manis yang diberikan oleh PKR nampaknya tinggal janji apabila semua kerusi PKR di johor kini sudah diisi oleh calon yang sesuai.. ibarat menunggu ayam jantan bertelur.. harapan Chua Jui Meng untuk turut serta dlm PRU13 kali ini hanya akan ditentukan atas belas kasihan DAP..


Chua sebelum ini dikatakan merajuk selama 2 minggu tanpa dikesan setelah taiko DAP Lim Kit Siang akan turun bertanding di kawasan pilihan Chua di Gelang Patah..




Hak Hak Hak!!!





Datuk Shafie Abdullah calon pilihan Umno di Wangsa Maju




Kerusi perlimen wangsa maju dilihat antara kerusi pelbagai kaum di Kuala Lumpur.. pembangunan pesat pinggir bandar kini menjadikan Wangsa Maju antara lokasi pilihan golongan melayu untuk tinggal selain Bandar Tun Razak.. Datuk Shafie Abdullah ketua Umno bahagian Wangsa Maju dilihat sebagai calon yang sesuai bertanding mewakili BN disitu..

2,3 tahun lepas kelihatan Datuk Shafie Abdullah banyak turun padang dan mengerakan jentera BN di kawasan itu.. sehingga ia kini menjadi antara kubu kuat Umno di Kuala Lumpur..


Thursday, April 4, 2013

Janji Manismu dari PAS buat Aishah



Penyanyi yang sudah lama mengingkuti PAS, Aishah dijanji satu kerusi untuk dia tandingi pada PRU13 ini.. Jempol kawasan yang ditawarkan oleh Timbalan President PAS, Mohamad Sabu

Dipetik dari portal berita Antarapos pada Khamis, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ mengumumkan perkara tersebut pada ceramah anjuran PAS Bukit Bintang di Gombak.

Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin yang dipetik sebagai berkata, beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding),” katanya kepada Antarapos.

Ada pula berita hari ini yang mengatakan kerusi jempol sudah diisi oleh orang lain.. so macam mane..>?>