Salam hari isnin.. lewat nyer update.. hahaha.. sibuk!! pertama sekali update untuk minggu ini sudah semestinya mengenai Perhimpunan Bersih yang telah berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur. apa yang kita tahu dan keputusan apa yang telah dibuat oleh mereka semuanya sudah berlaku. jadi tidak usah diperpanjangkan lagi isu yang sememangnya lebih banyak menyusahkan rakyat malaysia dari menyenangkan.
Bagi penganjur perhimpunan itu sudah tentu matlamat mereka tercapai dek kerana liputan meluas dari media dalam dan luar negara pada hari perhimpunan. walaupun sasaran untuk menghimpunkan 300 ribu rakyat untuk berarak dijalanan tidak tercapai. hasilnya lebih 1500 orang yang ditahan sudah cukup membuatkan mereka berjaya mendapat perhatian rakyat yang menyaksikan kejadian itu dari rumah.
Bagi perniaga yang sememangnya hari sabtu adalah hari mendapatkan jualan yang tinggi terbatut akibat dari perbuatan mereka ini. dan pihak polis yang dilihat telah bersiap sedia lebih awal menambahkan kesensaraan pengguna jalanraya dan perniaga pada hari kejadian.
Walaupun tidak seteruk seperti yang digambarkan.. tapi jika dilihat pada kesan jangka masa panjang perhimpunan itu sudah cukup memeritkan.. beberapa bulan diperlukan untuk menyakinkan kembali pelancong untuk datang ke Kuala Lumpur.. dan ekonomi setempat juga memerlukan masa yang lama untuk pulih akibat dari kerugian yang ditanggung walaupun ianya hanya berlaku sehari.
Sehari selepas perhimpunan.. Perdana Menteri bertempat di PWTC turut mengadakan perhimpunan dengan pihak-pihak parti kerajaan dan badan-badan dibawah kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan menerangkan akan kesan dan niat buruk penganjur perhimpunan bersih itu.
Kelantangan beliau menetang dan bersedia dalam mengahadapi sebarang ancaman untuk meporak perandakan negara ini mendapat pujian.. ini tamparan yang cukup hebat untuk ditelan oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang dianggap bacul pada perhimpunan hari sebelumnya.
Jika perhimpunan Bersih mengakibatkan seluruh toko kedai di Jalan Tungku Abdul Rahman di tutup dan sepi tanpa orang ramai.. petang semalam adalah hari yang sangat bertuah bagi semua perniaga disitu apabila Perdana Menteri turun padang melawat mereka. masa yang diambil lebih sejam disana digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk bertemu dan bertanya khabar pada peniaga disana.
Jadi secara kesimpulanya.. jika Rakyat Bijak dan boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.. kita punya cara dan adap yang tersedia sejak kecil untuk menyelesaikan masalah bukan dengan cara penjajah.
No comments:
Post a Comment