Nuffnang Ads


Tuesday, July 12, 2011

Bila Pakcik Depan Sogo Sekolahkan Pengikut Anwar Ibrahim..

http://www.ibnukhusairy.com/wp-content/uploads/DSCN1036.jpg


Memang tak habis-habis lagi cerita pasal perhimpunan haram bersih pada sabtu lepas.. minggu nie sudah pasti berita mengenai kematian seorang peserta perhimpunan menjadi antara isu yang panas.. tapi semalam aku terjumpa satu video di youtube yang munkin memberi seri satu pengajaran buah mereka yang berhimpun pada sabtu lepas.



Video Part 1 





Dengan title "pakcik depan sogo" ucapan tidak sampai 5 minit sudah cukup membuatkan orang yang melihat dan mendengar apa yang keluar dari mulut pakcik ini terdiam seribu bahasa.. kalau tebuan masuk mulut pun dah tak sedar dah.. 



Video Part 2




Berikut antara petikan ayat2 yang keluar dari mulut pakcik ini yang membuatkan aku terdiam :-


TANYA DIRI KAU APA BAKTI KAU KEPADA NEGARA, JANGAN TANYA NEGARA APA BAKTI PADA DIRI KAU

Ayat yang paling menusuk kalbu bila mendengarnya.. korang akan berfikir panjang akan apa yang diperkatakan oleh pakcik ini.. pada yang memang pengikut bangsat habis kepada Ambiga sudah tentu akan memperlekehkan pakcik tua yang terkontang kanting ini.


ITU YANG DIKATAKAN BERSIH..?? KALAU KAU NAK BERSIH KAU PERGI DUDUK KAT MASJID

Motif perhimpunan BERSIH itu munkin tidak sampai pada kita yang berada dirumah yang sentiasa sibuk dengan kerja sehari-harian.. tetapi pakcik ini lebih mengetahui akan baik buruknya perhimpunan yang mereka jalankan.


AKU TAK BOLEH NAMPAK KIBLAT ALLAH ITU DENGAN DUIT.. BIAR AKU DIHINA TAPI MARTABAT AKU MULIA.

Tengok bertapa mulianya pakcik ini.. kita munkin selalu melihat orang yang tinggal ditepi jalan ini gila dan tidak betul.. tapi adakah korang memiliki apa yang pakcik ini katakan..??


ORANG KALAU DIA DUDUK KAT MANA PUN AGAMA TETAP DIA BUAT

Adakah kita masih memiliki dan berpegang pada agama kita..?? dimana jua kita berada adakah kita masih berpegang teguh dengan agama kita..?? diri sendiri boleh jeleskan..


Apapun.. pakcik ini telah membuka pekung didadanya.. pada yang merakam terima kasih kerana sudi sharekan kepada kita semua.. dan dengan itu dapat kita membuka mata kita seluas-luaskan akan siapa diri kita yang sebenarnya. 





1 comment:

mcm ni lah said...

tiap kali saye gi sogo mmg jumpa pakcik ni,. insyaallah jika ada kelapangan lagi saya akan pergi jumpa pakcik ni dan habiskan masa lapang saya dengan bersembang dgn pakcik ni,.