Rokok adalah haram..?? isu yang tiba-tiba muncul hari ini menyebabkan aku berfikir panjang tentang isu ini.. munkin disebabkan aku seorang perokok. Pihak JAkIm hari bersuara tentang Haramnya Merokok. setelah diseledik JAKIM telah menguatkuasakan Fatwa yang rokok itu haram lebih 17 tahun yang lepas lagi iaitu pada 1995.. tetapi kenapa tiada kesan..??
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
Saban tahun lebih setengah juta manusia mati akibat penyakit yang dibawa dari rokok. dan hari ini JAKIM bersama Kementerian Kesihatan Malaysia berusha untuk menguatkuasakan kembali Fatwa yang sudah sekian lama diluluskan tetapi dilihat ada penghalangnya.
Apa yang menyebabkan ianya terhalang..?? dan siapa yang menghalang..?? adakah Kerajaan atau si Penghisap Rokok itu sendiri.. dalam hal ini siapa yang patut dipersalahkan..??
Kerajaan..??
Sedia maklum yang cukai keatas tembakau atau rokok sangat tinggi dan itu adalah salah satu punca pendapatan kerajaan.. dan pendapatan ini disokong pula oleh rakyat yang merokok..?? di Malaysia terdapat lebih 3 juta perokok tegar dan saban hari angka itu meningkat.
Kerajaan telah melakukan langkah untuk mencegah dari orang menghisap rokok dengan melancarkan kempen Tak Nak dan paparan iklan kesan akibat merokok pada kotak rokok. malah disetiap kotak rokok juga telah diberi amaran akan kesan pengambilan rokok dan kandungan bahan bahaya yang terdapat pada rokok itu sendiri.
Perokok..??
Perokok akan terus mengisap rokok jika ia masih dijual berleluasa dikedai-kedai.. bila ia mudah diperolehi jadi semakin mudah untuk orang mengisap rokok.
Perokok secara peribadi sedar akan tabiat merokok itu memberi kesan buruk pada kesihatanya.. malah perokok itu lebih sedar yang mereka sedang membakar duit.. tetapi mereka masih menghisap rokok.!
Jadi apa cara yang boleh dihalang untuk Rakyat Tidak dan Behenti Merokok.
- Kuatkuasakan undang-undang larangan merokok.
- Sekat penjualan rokok di kedai-kedai dan hadkan kepada pekedai tertentu sahaja yang menjual. sekali gus menyukarkan perokok membeli rokok.
- Naikan cukai tembakau lebih tinggi.. sekali gus kerajaan akan bertambah kaya dan si perokok bertambah miskin dan berfikir banyak kali untuk membeli rokok.. cuba kalau rokok sekotak RM 50 ada orang nak beli..??
- Penalty khas untuk perokok.. seperti sesiapa yang didapati merokok dilarang untuk memandu atau pun cas rawatan kesihatan di hospital bagi perokok dinaikan.. lebih dari orang biasa yang tidak merokok.
Jadi jika kesan diatas masih tidak dapat menyedarkan perokok.. alamatnya memang kecik-kecik tak nak mampos la jawap nyer.. kita perlu sedar sendiri akan apa akibat dari perbuatan yang kita lakukan.
Seperti Arak juga.. walaupun ianya haram tetapi orang masih minum.. walau ia mahal tetap orang minum... jangan jadikan ia satu fatwa yang hanya pada nama tapi kita masih leka dan tidak tahu.. ibarat "undang-undang yang dicipta untuk dilanggar"
No comments:
Post a Comment