Sekalung tahniah buat 54 orang sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Somalia yang sanggup mengetepikan hari raya di tanah air sendiri untuk memberi bantuan kepada saudara islam yang memerlukan bantuan di Somalia.
Somalia sebuah negara dipinggir timur benua Afrika dianggap sebagai negara paling miskin didunia.. keadaan disana diibaratkan sebagai neraka dunia.. dan menurut perangkaan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu.. jika hujan tidak turun dalam tempoh 2,3 bulan ini keadaan akan menjadi lebih teruk.
Pertubuhan Kesihatan Dunia pula menganggarkan lebih 2 atau 3 juta akan mati akibat kelaparan dan pelbagai lagi jenis penyakit jika hujan tidak turun dalam tempoh terdekat ini.. dengan Misi bantuan dari Malaysia ini sekurang-kurangnya dapat membuka mata negara-negara lain didunia untuk meneruskan usaha yang telah dimulakan oleh Kelab Putera 1 Malaysia ini.
Pasukan Pengaman Afrika Selatan yang sentiasa disaluti peluru..
Jurukamera Bernama TV : Noramfaizul Mohd. Nor
Apa pun misi yang berjaya ini berakhir dengan tragedi tembakan curi yang telah membunuh Jurukamera Bernama TV Noramfaizul dan menyebabkan jurukamera TV3 cedera. semoga kisah sedih ini akan membuka mata kita rakyat Malaysia dan seluruh dunia akan setiap percaturan yang dirancang itu kadang-kala tidak semuanya menjadi.
Rakan Media
Semoga Misi Bantuan Kemanusiaan ini dapat mengurangkan penderitaan Rakyat Somalia yang sedang bertarung dengan kematian.
Sekalung Tahniah juga buat semua Wartawan dan Media yang turut serta dalam menjayakan Misi ini sehingga akhir.!
Credit Picture to Bro Minaq Jinggo
Untuk Lihat lebih aksi boleh ke FotoPages Bro Minaq Jinggo yang mengikuti Misi Bantuan Kemanusia ke Somalia.
No comments:
Post a Comment