Hari nie skuad senior harimau malaya akan turun ke padang sekali lagi untuk perlawanan persahabatan menentang skuad piala dunia Australia di bumi kangaroo. walaupun ianya hanyalah perlawanan persahabatan akan tetapi ia merupakan satu penghormatan yang tinggi diberi oleh skuad Australia menjemput pasukan negara untuk menetang mereka.
Harus di ingat Australia kini berada ditangga ke 19 dunia untuk rangking FIFA manakala skuad Harimau Malaya berada jauh dibawah tangga FIFA.. kedudukan Malaysia ketika ini ialah 140.!
Apa pun dengan kehadiran penyerang kebangsaan seperti Safee Sali dan Khairul Idlan Talaha sedikit sebanyak memberi harapan buat pasukan negara melakukan sesuatu yang munkin mengejutkan pasukan kangaroo.
Apek sekali lagi akan menjadi harapan terakhir negara di pintu gol!!
Kali terakhir pasukan negara menentang skuad Australia adalah pada Final Piala Kemerdekaan Indonesia iaitu 20 tahun yang lalu dimana Malaysia menang 1-0 ke atas Australia. tetapi rekod pertemuan kedua-dua pasukan memihak kepada Australia dimana dalam 6 perlawanan mereka menang 5 perlawanan iaitu 0-1 (1965), 0-3 (1965), 0-1 (1967), 0-4 (1967) dan 0-5 (1982).
Jadi petang nanti ramai-ramailah duduk depan tv untuk menyaksikan pertembungan Harimau menentang Kangaroo nie secara live di Astro Arena pada pukul 5.00 petang! harapan dari rakyat Malaysia sudah pasti kemenangan akan tetapi kalah janganlah dengan jaringan yang besar.. Go Harimau~!!
Canberra Stadium yang boleh memuatkan lebih 30 ribu penonton akan menjadi gelanggang pertemuan malaysia vs australia
Senarai Pemain Negara yang akan diturunkan :-
- Khairul Fahmi Che Mat
- Mahalli Jasuli
- Mohd Farisham
- Asraruddin Putra
- Norhafiz Zamani
- Joseph Kalang
- Shahrul Idlan Talaha
- Safee Sali
- Zubir Mohd Azmi
- Amar Rohidan
- Khyril Muhymeen
- Gurusamy
- Kunalan
- Wan Zaharul Nizam
- K. Reuben
- Faizal Muhammad
- Izzaq Faris
- Yong Kuong Yong
- Farizal Marlias
- Baddrol Bakhtiar
- Muslim Ahmad
- ShahrizalSaad
No comments:
Post a Comment