Nuffnang Ads


Tuesday, October 4, 2011

Ramalan "Bajet 2012" yang munkin tidak menjadi kenyataan..



Tinggal kurang 3 hari saja lagi kita semua akan mendengar perbentangan Belanjawan Negara untuk tahun 2012,  jika dulu tak ambik kisah pun pasal bajet negara nie tetapi bila dah besar gajah nie baru terasa nikmat nak ambil tahu akan apa yg dibentangkan tu sebenarnya memberi kesan kepada kehidupan kita sehari-harian.


Cakap-cakap kosong rakyat dan janji-janji manis para menteri dan orang tertinggi kerajaan sudah mula kedengaran sejak beberapa minggu lepas lagi mengenai Belanjawan kali ini, macam-macam ramalan timbul sehingga ada yang tidak sabar menantikan petang jumaat ini.


Ramalan-ramalan aku mengenai bajet tahun depan yang tidak munkin menjadi kenyataan tetapi jangan terkejut jika ia berlaku adalah seperti dibawah :-






Cukai Rokok Naik !


- Tiap tahun kenaikan harga rokok antara isu yang tidak pernah tercicir untuk dinaikan pada perbentangan belanjawaan, disebabkan cukai dari perniagaan rokok ini jugak lah menjadi antara sumber paling sedap kerajaan untuk memenuhkan tabung yang ada sudah pasti kenaikan harga rokok juga akan menjadi kenyataan pada kali ini.







Bonus !

- Kerajaan telah memberi bonus hari raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awam menjelang hari raya lalu, walaupun sikit pemberian itu tetapi impaknya besar.. sampai ada yang merungut dan ada juga yang bersyukur.. untuk mendengar akan pemberian bonus kepada kakitangan awam nampaknya tipis.. akan tetapi jika hint pilihanraya yang makin hampir tidak mustahil Bonus akan diberi dan disambut dengan senyuman!..







Harga Minyak !


- Naik turun harga minyak jugak menjadi perhatian setiap tahun.. dan sebab minyak jugaklah rakyat tak suka kerajaan yang ada sekarang.. dan sebab minyak jugaklah rakyat jadi miskin.. itu semua antara keluhan rakyat kita nie. kalau nak diikutkan pada harga minyak dunia pada masa ini yang menurun agak bawah.. tidak mustahil pada perbentangan jumaat ini kita akan mendengar mengenai penurunan harga minyak.. doa la banyak2..



Aku kesuntukan masa.. sempat buh 3 jerk ramalan bangang yang tah jadi atau tidak.. ape pun tunggu jerklah petang jumaat nie hehehe... bubyeee...









     



No comments: