Nuffnang Ads


Wednesday, November 23, 2011

Malaysia vs Syria.. Realiti yang harus diteliti..





Skuad Harimau Malaya yang pulang ke tanah air dengan pingat emas Sukan Sea semalam disambut bak wira pulang selepas berperang.. ibarat panas tak sampai ke petang mlm tadi mereka turun berperang lagi sekali.. kali ini dengan misi yang lebih besar.. kelayakan sukan olimpik.!

Dan lawan pada aksi kelayakan pusingan ke tiga bukan calang-calang negara.. Syria antara pasukan dari negara teluk yang cukup mantap untuk di tentang oleh Skuad Malaysia. datang dengan barisan pemain yang banyk beraksi di kelab-kelab ternama arab Syria menampilkn corak permainan yang jauh berbeza dengan apa yang Malaysia ada.






Malaysia tewas 2-0 dihadapan lebih 40 ribu penyokong setia di Stadium Bukit Jalil.. Alasan kepenatan setelah bersaing di Sukan Sea memang tak boleh diterima kerana kalau nak jadi sebuah pasukan yang hebat dan beraksi di Piala Dunia atau Sukan Olimpik.. kepenatan dan rehat tidak cukup itu bukan alasan.

Pemain Malaysia kena bersedia menghadapi sebarang kemunkinan yang datang.. melihatkan permain Syria yang berlari bak Harimau sudah cukup membuatkan Harimau Malaya tak terkejar.. mental pemain Malaysia harus di basuh secukup nya untuk beraksi dengan orang yang bukan sama saiz dengan kita..

* Ibarat masuk telinga kanan.. telinga kiri keluar.. Team Malaysia bukan tidak pernah didedahkan dengan pasukan hebat.. Brazil.. Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Slovakia semua sudah kita lawan dan pelajari.. kenapa masih bergini hasilnya..?? adakah kita sudah cukup bangga dengan Pingat Emas Sukan Sea.??

1 comment:

rozaini said...

ko x pegi ke? patut x jmp ko