Nuffnang Ads


Sunday, November 20, 2011

Sea Games 26 : Final.. Malaysia vs Indonesia.. Peluang sama rata..





Tinggal kurang 5 jam sahaja lagi misi Malaysia mengekalkan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea akan bermula.. rata-rata penyokong bola sepak Malaysia sudah bersedia untuk menerima sebarang keputusan yang akan diberi di dalam Stadium Glora Bung Karno.

Lawan Malaysia adalah Indonesia.. pada perlawanan pernentuan juara kumpulan Malaysia telah mengalahkan Indonesia dengan 1-0 disaksikan lebih 90 ribu penonton tuan rumah.. dijangka malam ini perlawanan pada situasi yang sama akan diberikan.

Kehadiran penyokong tuan rumah yang sudah lama mengimpikan pingat emas acara bola sepak ini sungguh tidak boleh dikawal lagi. kali terakhir Indonesia memenangi emas bola sepak Sukan Sea adalah pada tahun 1990.







Menginkut sejarah pertemuan kedua pasukan..


- 64 kali kedua Negara bertemu.
- 28 Indonesia Menang.
- 20 Malaysia Menang.
- 15 Seri.

 * Peluang pasukan adalah sama rata...





 
Indonesia



Dengan sokongan penonton di Stadium selain bermain di halaman sendiri dijangka memberi kelebihan kepada Team Indonesia. mempunyai barisan pemain berbakat dari seluruh Indonesia sudah pasti Indonesia akan memberikan serangan yang terbaik malam ini.. akan tetapi keadaan padang di Stadium munkin akan menimbulkan banyak masalah kepada corak permainan.






Malaysia

Datang sebagai status pasukan no.1 Asia Tenggara dan diletakan didalam kumpulan maut bersama Thailand dan Singapura sedikit pun tidak mematahkan semangat Harimau Muda ini untuk bersaing mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu itu.. sorakan penonton tuan rumah bukan masalah besar buat kesebelasan pemain Malaysia ini telah dibuktikan pada aksi penentuan juara kumpulan menentang tuan rumah.



Kenshiro said..


Tidak mustahil untuk Malaysia lakukan kejutan kali ke dua bertemu Indonesia jika kesemua pemain fokus dan memberi sepenuh perhatian kepada serangan dari pihak lawan..



Ultras Malaya - Selamanya..




No comments: