Jawapan kepada jemputan sidang media khas yang dilakukan oleh Yusri & Lisa di Marriot Putrajaya hari ini menjelaskan teka-teki yang bermain selama ini apabila mereka berdua mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Febuari 2012.
"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami.Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.
Majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.
"Saya tidak begitu memikirkan untuk membuat majlis gilang gemilang tetapi biarlah ia sederhana kerana apa yang penting nanti adalah majlis akad nikah. Yusry menambah, setakat ini mereka berdua masih belum memikirkan sebarang konsep untuk majlis itu nanti tetapi akan berbincang dengan Lisa dan keluarga dalam masa terdekat." Ujarnya.
Tamat sudah penantian lelaki-lelaki diluar sana.. siapa giliran seterusnya...?? hahaha...
1 comment:
semoga berbahagia ler lisa , cm tak caya je , aih ,
Post a Comment