Nuffnang Ads


Tuesday, December 20, 2011

'insiden bendera' antara pengecut dan bacul..




Insiden menurunkan bendera Perdana Menteri di perkarangan PWTC oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerekan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) menjadi perbualan hangat minggu ini, tindakan segelintir pelajar yang bertindak seberani munkin itu dapat membuka mata banyak orang tentang akan apa yang terpendam di dalam hati pelajar di negara ini.

Akan tetapi adakah tindakan sedemikian menguntungkan pelajar itu..?? apa pelajar yang berani mati itu benar-benar berani untuk menerima apa juga tindakan susulan apa yang telah dilakukan..?? pandangan aku secara peribadi tindakan yang dilakukan oleh golongan yang terpelajar itu sememangnya sesuatu yang sangat bodoh.

Apa faedahnya dengan menarik perhatian untuk satu pekara yang belum pasti..?? apa kehidupan mereka sudah terjamin untuk terjebak pula dengan bidang-bidang yang tiada kena mengena dengan apa yang mereka belajar di universiti..??

Adakah kita sudah cukup yakin kalau berpolitik dari dalam kampus akan membawa kita ke puncak..?? jangan campur adukan pekara-pekara yang boleh merugikan apa yang telah terhidang.. jangan persiakan peluang untuk menimba ilmu itu untuk kepuasan yang belum pasti cerah malapnya itu.




Adam Adli Abd Halim Pelajar Universiti Pengajian Sultan Idris yang menjadi super hero buat mahasiswa melayu Malaysia..





Akan tetapi superhero tak gagah sampai bila-bila.. kejap jerk..









ILmu Itu Ibarat Lilin.. Terang cahAYAnya jika tidak dItiUp Angin..

No comments: