Nuffnang Ads


Tuesday, January 31, 2012

Ana Raffali nikah 26 Febuari.. Kau ader..??




Bekas penyanyi juara lagu tahun lepas Ana Raffali yang ngetop dengan lagu kalau berpacaran bakal menamatkan zaman bujangnya pada 26 Febuari nanti, Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali 26 tahun akan bersuamikan kawan rapatnya Ahmad Aznaim Abdullah 30 tahun kat Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Pada sidang media petang tadi Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.

Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.

Tambah Ana, dia juga enggan mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana.







"Selama ini saya tidak pernah merasakan diri ini sebagai selebriti dan seperti orang biasa juga, kami sekeluarga ingin mengadakan majlis secara sederhana.

"Yang penting, kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, mungkin seramai 1,000 orang tetamu akan hadir," ujarnya.


Ramainya yang akan kawin bulan 2 ngan 3 nanti kan.. yang update blog nie ade..??

- Sumber : rotikaya & mystar

No comments: