Laman Web perisian percuma Megaupload secara rasminya ditutup atas arahan Biro Pengawalan Persekutuan FBI Amerika Syarikat hari ini, tindakan penutupan itu adalah atas tuduhan menciplak! selain itu pemilik Megaupload turut dituduh melanggar akta hak cipta.
FBI mengesahkan 50 juta orang mengekses ke Megaupload setiap hari selain memiliki 150 juta pengguna berdaftar kerugian akibat kerja yang dijalankan oleh Megaupload ini menyebabkan kerugian USD 500 juta setahun dalam industri hak cipta.
Kekayaan pemilik Megaupload Kim Schmitz dianggarkan USD 6 Juta.. kereta sahaja!!
Selain memiliki kereta mewah dengam no plat HACKER nie.. Kim juga memiliki sebuah kereta dengan No Plat GOD..!!
Tindakan FBI menahan dan mengarahkan Megaupload ditutup ditentang oleh sebilangan Anonymous yang cuba mengodam web site FBI sejak semalam. dalam pada itu sebuah lagi laman web wikipedia hari ini beroperasi seperti biasa kembali setelah bergelap seharian semalam bagi membantah dasar baru yang cuba dibuat oleh perundangan Amerika Syarikat.
Ramai yang mengeluh semalam akibat tidak boleh mengekses kedalam Wikipedia..
2 comments:
kalau kitorang nak buat esaimen, lecturer tak kasi guna source dari wiki.. sebab orang boleh edit.. haish
fuyo... brape byk kete yg die ade? sungguh kayo...!
Post a Comment