Nuffnang Ads


Thursday, December 6, 2012

PIALA AFF 2012 : SEPARUH AKHIR PENUH CABARAN


Selamat datang hujung minggu yang penuh debaran buat semua peminat bola sepak benua asia tenggara, Separuh akhir Piala AFF 2012 sampai ke garisan mulanya, 4 Negara yang berbilang style dan cara akan berentap untuk menuju ke pentas Final piala bola sepak paling agung di asia tenggara.

Malaysia vs Thailand

Akan bertemu dengan skuad yang dianggap paling handal di asia tenggara, Thailand lengkap dengan sebaris pemain yang yang penuh profesional, Malaysia turun sebagai bekas juara edisi yang lalu sudah pasti menginginkan sesuatu yang boleh dibanggakan sebagai bekas juara sekurangnya2 beraksi di pentas final. apa pun kecederaan beberapa pemain akan membuatkan Harimau Malaya tempang bertemu dengan skuad gajah perang dari Thailand ahad ini, hanya semangat dari penyokong Malaysia akan mengubah segala-galanya.


Singapura vs Filipina

Singapura yang dibarisi oleh kebanyakan kuda tua yang penuh pengalaman akan bertemu dengan skuad serigala yang dahulunya tidak bertaring, Bola sepak di Filipina dianggap sebagai sukan baru bagi negara ini akan tetapi kelibat mereka di pentas antarabangsa kini menidakan segala-galanya, pertemuan dengan singapura dianggap sengit dengan corak permainan kedua-dua pasukan yang berbeza.





Bagi Penyokong Harimau Malaya.. ayuh! bangkit ke stadium..!!

INFO JUALAN TIKET :
***************************
STADIUM NASIONAL,BUKIT JALIL
Pada 7 dan 8 Disember 2012, dari jam 9 am- 7pm.
Pada 9 Disember 2012, dari jam 9am hingga perlawanan bermula.

STADIUM SHAH ALAM
Pada 7 dan 8 Disember 2012 sahaja, dari jam 9 am- 7pm

HARGA TIKET
Harga tiket adalah RM40 bagi dewasa & RM10 Kanak-kanak



No comments: