Kecoh hari ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Mak pelakon Liyana Jasmay tentang penyebaran gambar Pra Wedding anaknya yang tersebar meluar di internet dan akhbar.. orang yang disalahkan adalah jurugambar yang ambil..
CandidSyndrome International memang tidak asing lagi bab ambik gambar orang kawen.. dari dalam istana sampai seluruh dunia sudah dijajahi.. kenyataan pantas dari pemilik CadidSydrome kepada mak Liyana Jasmay..
Respon saya : Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak
ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau
makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula
Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran
ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu)
Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang
tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang
semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita
persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah
diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya
bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil
untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi
penerangan ini.
BIAR SAYA CERITA DARI MULA…
Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh
pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ
menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi.
Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu.
Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan
saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk
dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan
meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari
pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada
saya).
Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada
jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana
hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan
Mokhtar kerana “overslept”. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf
terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.
Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto
pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua
pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan
kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya
disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow
dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami
shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah
permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat
pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri
tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba
sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ
dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)
Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang
mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada
kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui
Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di
CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu
dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi
mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu
berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang
mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.
Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan
pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan
berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami
berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak
ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of
Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi)
untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi
beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline.
Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu
dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak
liyana, izuan semuanya dihubungi.
Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh
ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya
sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah.
Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil,
kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada
apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.
Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF
dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami
publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?
Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di
sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan
berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami
bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar,
saya lebih suka pilihan ini.
Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning
Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain
semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang
mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka
dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat
publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana
sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan,
designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami
ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi
dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).
Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan
menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih
berbunyi “Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome
ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”
Lalu saya jawap kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat.
Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan
dalam golongan pelanggan saya”.
Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman
Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18
Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan
“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.
Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu
Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat
Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian
pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya
hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit
dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan
juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan
ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan
sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.
Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya
nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja.
Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi
yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang
berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga
mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF
KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran
tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada
kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.
Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?
Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun
mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka
semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita
ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu
bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi
statement, saya pun bagilah juga statement ni.
Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta
no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni
boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni
lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.
Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam
pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam
newspaper boleh pun.
Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi
ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang
nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana
terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)
Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa
bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana
beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.
Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan
jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh
telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.
SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com
Memang terbaik penjelasan Saiful Nang... !!!
No comments:
Post a Comment