Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 dibubarkan secara rasmi hari ini
mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-udang Tubuh Negeri Perak
selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Sebelum itu, pada jam 2.30 petang tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr
Zambry Abd Kadir mengadap Raja Nazrin Shah di Istana Iskandariah, dekat
Kuala Kangsar untuk menyerahkan warkah perkenan membubarkan Dewan
Undangan Negeri Ke-12.
Pada sidang media khas di kediaman Menteri Besar sebentar tadi,
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu menegaskan pilihan raya negeri
akan dijalankan secara serentak dengan pemilihan Dewan Rakyat.
Zambry berkata, sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak
ke-11 pada 6 Februari 2009, beliau bersama barisan exconya berusaha
segala daya upaya untuk membawa pembaharuan dan pembangunan selaras
dengan gagasan Perak Amanjaya, Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir dan
falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
credit info : PERAK TODAY
No comments:
Post a Comment