Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri
Muhammad Ridzwan Sulaiman mengumumkan untuk bertanding sebagai calon
Bebas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai pada Pilihan Raya
Umum ke-13 ini.
Beliau yang baru dibebaskan dari tahanan mengikut Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung pencerobohan
bersenjata di Lahad Datu itu berkata, keputusannya untuk bertanding
adalah satu cita-cita yang telah lama terpendam.
Muhammad Ridzwan berkata, sebagai anak tempatan di Perai, beliau
kecewa dengan bekas wakil rakyatnya Dr P.Ramasamy yang mengabaikan
pembangunan dan masyarakat di kawasan itu.
Katanya, beliau berpendapat telah tiba masanya pemilih kawasan DUN
Perai mempunyai seorang wakil rakyat bebas yang dapat membela dan
memperjuangkan nasib mereka.
"Yang ada (di Perai) hanya dua pusat beli belah Giant. Selain itu
banyak lot kedai dibiar kosong.
Perkembangan ekonomi setempat juga
sangat perlahan mungkin kerana wakil rakyat di situ (Dr Ramasamy) sibuk
dengan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Menteri II," katanya kepada
pemberita ketika ditemui di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang malam
Khamis.
Muhammad Ridzwan, 47 yang ditahan selama 17 hari di bawah SOSMA
dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tanpa bicara selepas
didapati tidak bersalah petang Khamis.
No comments:
Post a Comment