Machang Bubuk akan menyaksikan saingan enam penjuru apabila enam
calon hadir menyerahkan borang pencalonan masing-masing di sini, pada
Sabtu.
Enam calon berkenaan ialah, daripada calon daripada parti Gerakan,
Tan Lok Heah (PKR), Lee Khai Loon, Kita, 'Datuk' Dr Vicky Vikneswaran
dan tiga calon Bebas Datuk Tan Hock Leong, Wan Balkis Wan Abdullah serta
Ooi Suan Hoe.
Hock Leung merupakan bekas timbalan speaker DUN Pulau Pinang yang
telah meletak semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas
namanya digugurkan daripada senarai calon sementara Ooi merupakan
koordinator kepada DUN Machang Bubuk.
Walaupun bertanding sebagai calon Bebas, Ooi masih merupakan ahli parti Gerakan.
Wan Balkis pula merupakan presiden bagi Harem, sebuah perutubuhan bukan kerajaan.
No comments:
Post a Comment