Nuffnang Ads


Friday, May 3, 2013

PRU 13 : Laporan Terakhir Sebelum Tumbang..




Tinggal kurang 48 jam lagi seluruh rakyat malaysia yang layak mengundi akan memilih kepimpinan yang mereka rasa layak untuk duduk dikerusi Yang Berhormat, PRU 13 yang dikatakan sebagai ibu segala pilihanraya bagi Malaysia menyaksikan persaingan sengit tak kira pada yang bertanding ikut parti atau jalan sendiri menjadi bebas.

Semuanya terletak ditangan rakyat, kuasa mutlak memilih siapa yang dirasakan mampu untuk membawa negara ini untuk satu penggal yang akan datang, menifesto parti yang dijaja oleh parti-parti sudah pasti akan diteliti oleh rakyat tak kira di bandar ataupun kampung perdalaman semuanya akan diambil kira.

Masuk di jam terakhir ini kempen nampaknya lebih panas dengan pelbagai bahan tidak kira yang sahih atau pun tidak dijaja oleh jentera-jentera parti bertanding untuk meraih undi, sehingga belum tibanya jam 11.59 malam 4 Mei 2013 kerja siang malam mereka selama ini akan berakhir.. segala bahan untuk berkempen haruslah dihabiskan secepat munkin.

Adakah Barisan Nasional..??

Untuk rekod 50 tahun yang lalu sememangnya kerajaan BN sudah serasi dengan rakyat malaysia.. membawa malaysia dari sebuah negara miskin yang tidak punya apa-apa hingga kini dikenali oleh seluruh dunia.

Perancangan dan Transfomasi yang cuba dilakukan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi iaitu menjadi negara maju menjelang sasaran tahun 2020 nampaknya tersusun rapi, akan tetapi jika mereka tumbang pada 5 Mei ini.. kemunkinan besar segalanya akan berubah.

Rakyat Malaysia dikatakan cukup muak dengan dombaan YB yang bila sudah menang tak nampak batang hidung.. tak semuanya lalai dalam tugas.. ada yang gitu bersungguh memikul tanggangjawab yang rakyat beri.. apa pun Rakyat berhak memilih.

Adakah Pakatan Pembangkang..??

Barisan pakatan dibentuk untuk mengubah menjadi satu kuasa yang cukup besar kini bukanya datang dengan sendiri.. kerja keras mereka menjadi pembangkang selama ini cukup mencabar. sekatan media dan pelbagai lagi fitnah yang cuba diberi mereka harungi dengan penuh dugaan.

PRU 13 akan menjadi ujian terakhir bagi kerja keras barisan pekatan pembangkang selama ini.. apa yang mereka juangkan akan ditentukan oleh Rakyat Malaysia, pada PRU 12 mereka merampas separuh dari negeri di Semenanjung dan ternyata mereka boleh mentadbir kerajaan, akan tetapi ada beberapa isu yang menimbulkan masalah dengan menifesto yang tidak tertunai barangkali mengoyahkan mereka untuk mencapai cita-cita mentadbir kerajaan persekutuan.

Ada apa dengan Bebas..??

Calon-calon bebas yang bertanding sudah pasti akan membuatkan satu-satu pertandingan itu menjadi sengit.. pecahan undi munkin berlaku, memang Malaysia ini negara demokrasi dan siapa sahaja yang menjadi Rakyat Malaysia berhak untuk bertanding dalam pilihanraya, akan tetapi untuk menarik hati rakyat bukan sesuatu yang mudah, rakyat kini bukan seperti 40-50 tahun lepas yang mudah terikut dengan kata-kata.

Harapan Rakyat Malaysia

Tidak kira siapa yang menang.. Rakyat hanya mahukan kesenangan dan keamanan yang selama ini dikecapi dikekalkan. kini dapat dilihat negara kita sudah mula dimasuki oleh bangsa-bangsa lain, peniaga-peniaga yang menjaja sehinggalah yang menguntip derma semuanya bangsa lain, kehidupan seperti bukan berada dalam negara sendiri cukup tidak menyenangkan.

Tidak kira siapa yang mentadbir kerajaan.. rakyat hanya mahukan sesuatu yang mampu memberi kenikmatan selain hidup yang selesa dan aman. kita negara merdeka dan berbilang bangsa.. boleh hidup aman dan bahagia itu saja sudah cukup untuk kita.. tak perlu kita ikut acuan negara lain untuk menjadi yang lebih perkasa.




Untuk semua Rakyat Malaysia.. Undian ditangan anda penentu masa depan anda di Malaysia.. Lakukan dan buatlah pilihan yang bijak..!!


Selamat Mengundi..!!






























No comments: