Nuffnang Ads


Monday, December 20, 2010

5 belog indonesia pilihan kenshiro

Dikala kita membaca blog-blog rakyat malaysia yang best dan kreatif tiba aku coretkan 5 blog rakyat Indonesia yang aku rasa terbaik untuk korang terjah atau lihat..





Pemilik blog adalah wanita.. berciri-ciri ceria tak ingat.. blog dia berada ditangga no satu di Indonesia. buat masa ini.. banyak becerita tentang life hidup beliau... dan kalau korang suka kan fesyen boleh la mintak atau tiru jerk cara dia berfesyen mesti gempak habis.. hehe...




Pemilik blog benablog atau nama penuh dia benazio rizki putra memiliki rambut afro gerbang macam mee meggi goreng asli indonesia nie adalah pemenang blog remaja terbaik indonesia tahun 2009.. blog dia nie cantek dan sedap mata memandang.. kalau tgk icon2 dia wat tu rasa memang trademark gila glemer habis la hahaha...




Pelakon dan model cantik.. glemer.. nak mati nie punya blog yang tersendiri untuk menceritakan tentang diari kehidupan beliau kepada peminat-peminat beliau.. jangan nak cari beliau kat facebook atau pun twitter sebab beliau hanya cerita kat blog dia jerk.. 






Bernama Bella Francisca berumur 15 tahun.. amat meminati fesyen macam jepun2 gitu.. agak baru dalam blog tapi punya peminat yang tersendiri.. paling best tengok gambar2 yang dia nie ambik.. best!!




Wanita berusia 30 tahun ini banyak menceritakan apa yang terlintas dalam fikiranya terus kepada blog..  agak low profile.. tapi bila bercerita jangan main2 dari preview movie sampai botol kicap dia boleh cerita...






   



Berakhirnya "cinta kirana"



Setelah beratus-ratus episode diselangi dengan rasa menyampah dan muak untuk menontonya.. tiba hari terakhir untuk kisah "cinta kirana".. secara topikalnya aku memang layan cerita2 senetron nie.. ader 2 buah drama lagi yang aku menantikan episode penamatnya.. iaitu "alisa" dan "cinta dan anugerah" tak taw plak bila tarikh penamatnya..

Apa yang buat aku terpanggil untuk mengikuti senetron "cinta kirana" nie..?? pertama sekali bila Nia Ramadhani yang belakon..  aku boleh katakan aku minat gak kat dia nie.. sejak dari senetron "bawang merah bawang putih" lagi.. lakonan dia boleh dikatakan mantap gak.. boleh pegang macam-macam watak..

Dalam "cinta kirana" beliau memang watak kirana pada asalnya seorang wanita yang agak tomboi dan ganas sehinggalah menjadi seorang wanita yang tabah dan penuh dengan naluri seorang wanita yang memang teguh pada cintanya.

Tak senetron lah kalau tak cerita tu disulami dengan cerita-cerita sampingan yang boleh membuatkan korang rasa menyampah dan muak untuk menonton.. tapi korang akan tetap nak taw jugak perkembangan cerita tu sampai habis kan.. itu lah kelebihan drama indonesia..










Sapa yang terlepas menonton ending "cinta kirana" boleh lah menonton ulanganya pada jam 11 malam nie di Astro Ria..

Sunday, December 19, 2010

Hanis Zalikha.. Drift.. Dan Analoque..

Marilah becerita pasal hari minggu yang sungguh padat dan sedat semalam untuk semua... bermula dari pagi hari sampai tengah malam.. jadual aku sungguh sendat.. kalah fasha sendat punya jadual.. dari suatu tempat ke satu tempat..


Kisah dipagi hari dimulakan dengan Hanis Zalikha!! semalam menjadi hari paling bertuah untuk Harian Metro sebab sebelum nie tak pernah2 aku beli Metro ahad.. semalam aku beli gak.. sebab ape aku tak beli Metro ahad..?? korang tengok jerk lah iklan dalam tu lebih banyak dari berita yang hendak disampaikan.. tapi semalam aku kena beli sebab gambar Hanis Zalikha dok depan2.. tapi bile balik umah tengok cerita pasal Hanis Zalikha tu sikit jerk pun.. apepun tahniah buat Hanis Zalikha kerana menjadi ikon untuk blogger2 di Malaysia nie.. sekurang-kurangnya blogger2 dapat perhatian kepada masyarakat hari nie.




Hari Minggu diteruskan dengan Aktivity di Dataran Merdeka.. Formula Drift Malaysia anjuran myeg dan espn dan banyak lagi penaja yang gempak2.. memang macam litar sepang dah Dataran Merdeka semalam.. Kehadiran drifter terkemuka asia menambahkan kehangatan acara itu.. tapi paling aku suke bile ramai sungguh gadis litar disitu hahaha.. dan lebih ramai yang tengok gadis litar dari kereta.. 

Bila peluh sudah keluar.. meninggalkan Dataran merdeka untuk mencari sesuatu yang belum pasti.. Mid Valley sasaran setersunya.. tapi malangnya setelah setengah jam mencari parking akhirnya aku beredar meninggalkan RM 3 untuk bayar parking saje-saje di sana..

Putrajaya!! memang tidak dijangka untuk kesana.. tapi sampai juga.. disana ada 2 aktivity berlangsung.. pertamanya pemeran batu-batu pelik.. bertambah pelik bila ramai yang pergi tengok batu pelik-pelik tu.. hahaha.. Kejohanan Futsal Belia 1 Malaysia juga berakhir semalam.. pertandingan futsal terbesar di Malaysia anjuran kosmo berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18..


* keindahan di dalam Pavillion sangat syahdu!!!

abaikan!!


Habis sudah di Putrajaya.. meneruskan lokasi hari minggu di Pavillion..!! apa yang aku cari di Pavillion..?? yeah.. hanya untuk pariking kereta!! sebab lokasi sebenarnya Old Town Kopitiam Sungai Wang!!.. char kueh tiaw kat Old Town tak sedap.. lain kali tak leh order dah..!! selesai makan.. mencari kedai untuk gunting rambut..setelah 2 minggu tertangguh akhirnya rambut aku berjaya di potong di michael & guys salon.. agak best kedai tu.. layanan.. dan tahap professional si tukang gunting memang tidak perlu disangkal lagi.. terbaek!! tak rugi kuar duit potong rambut kat situ..




Selesai potong rambut.. wah!! mendapat jemputan ke konsert "analoque" ana rafalli bersama monoloque.. disebabkan tak pernah menjejakan kaki di istana budaya jadi aku tak taw la akan peraturan-peraturan masuk istana.. tshirt tak boleh!! haa.. selipar ape tah lagi.. tapi bile tiket sudah ditangan.. apa-apa boleh jadi.. so.. dah boleh masuk tgk ana rafalli!!  mendengar sambil menghayati persembahan sampai kol 12.. sampai di rumah kol 1 pagi!! oh penat sey!!

Dan dalam banyak-banyak lagu dalam konsert analoque tu aku sangat suka akan lagu nie..




Friday, December 17, 2010

Game For Fun - Favorite Photo Contest

Klik Banner Untuk Join..

Tarikh Tutup:
31 Disember 2010

Nur Ardilla Najwa  dengan bangganya mempersembahkan Contest Gambar-Gambar Anda Suka Gila di blog beliau.. http://jannatul-ardilla.blogspot.com.. saya terpanggil untuk menyertainya.. dan dengan itu saya telah menyelongkar kelapan2 hardisk yang ada untuk mencari gambar yang saya suka.. nampak sgt gambar yang tak suke.. kalo suke ko mesti simpan kat desktop sengal!! haha.. tak per.. saya sudah save kat desktop!!



Berikut adalah Biodata Syarat Pertandingan
Full Name : Mohd Sofi

Nick Name : Kenshiro @ Shiro

Date/ Place of Birth : 16 / 10 / 1985

Blog Tittle : Game For Fun - Favorite Photo Contest


Favorite Photo's :



Ini kisah sebenarnya:
Yeah!! ini bukan sebahagian daripada klip video memori daun pisang ya.. atau pun sebahagian zombi-zombi kampung pisang... ianya tidak sama sekali ada kena mengena.. nie gambar dikala senja kami beramai2 ronda-ronda di Pulau Besar, Melaka.. agak menyeramkan sebenarnya tapi jgn pecayakan muke-muke cover model indonesia tu semua.. dikala kesuntukan masa untuk mengejar trip feri yang terakhir berlari jugak lah dalam hujan.. pokok pisang tah sape punya pun tak taw.. janji daun nya besar!! hahaha... budget pandai habis la pakai daun pisang cover dari kena hujan.. last2 basah kuyup jugak semua..!!

* Tak Best sebenarnya pulau tu.. korang jangan pergi ok!!

Saya mewasiatkan Contest ini pada kawan-kawan saya..

Persilalalah join yer!!

Eila
Qistina
Yuyun Marcello
Si Telur Satu

kehilangan seorang lagi calon isteri.. good bye Marion rose caunter..



* Baca lah ikut mood kowang.. nak pantun kew puisi kew.. versi remix pon bleh..

Tahniah buat jejaka tiba-tiba kaya.. kerana telah mendapat isteri secantik Marion..
SM Nasarudin nama diberi.. pewaris ducati dan juga ferarri..

Buat lelaki diluar sana.. jangan sedih.. jangan iri hati..
Kerana banyak lagi yang menanti anda.. Lisa Surihani kan ada..

Apakan daya itu suratan takdir.. tepuk dada tanya selera..
Makan roti pun dengan kaya.. dia makan di medan selera..

Mukanya cantik bak puteri... sapa nak memang berlari..
Kan aku dah cakap dia nak Ferarri.. bukan lori..!!

Apa lah nasib ku ini.. hanya terima berita terkini..
Tiada bini apatah isteri.. Duduk tersimpul disini..

Tak payah kau nanges benda dah jadi..
Jom lah test pula si Nora Danish..

Kehulur kehilir.. apa nak nak jadi..
Dengar cerita dia solo kembali..

ahaks!!!