Nuffnang Ads


Friday, December 7, 2012

Palestine News : Update from Heliza Helmi..



Assalamualaikum

Alhamdulillah..In sha Allah malam ini berkesempatan utk update cerita terkini live dari Gaza

Ketika berada di Jabaliah di mana rumah pertama iaitu rumah keluarga Yassir di serang selepas serangan ke atas As Syahid Al Ja'bari di mana seramai 26 org berada di dalam rumah. Lebih kurang jam 5 pagi mereka sedang tidur,rumah mereka di BOM!
Dengan kuasa Allah tiada yg syahid..

Namun ket
ika saya sedang merakamkan gambar ditempat kejadian(maaf gambar ada di handphone lain,handphone skrg penuh dan mcm mcm lagi yg berlaku menyebabkan sy belum boleh uplod gambar)
Saya ternampak 4 org adik adik comel yg sgt comel bersama dgn salah seorang dari Aman Palestin. Mata ustaz itu merah kerana tidak dapat menahan air mata dari jatuh menahan sebak betapa hebatnya mujahadah anak anak kecil ini dan menceritakan perbualan mereka.. kebanyakannya mereka berkomunikasi dalam bahasa arab

Apabila tanya ada ibu ayah? Dia kata ayah kat syurga
Kami nak ikut ayah p syurga
Menangis seorang lelaki dari aman palestin..

Allahu Akbar! Anak kecil yg baru berumur 4-5tahun sudah kenal erti jihad dan syahid!

Pagi tadi selepas sarapan kami melihat..

Ada seorang penduduk asal Gaza yang jaga kami ni, bila ada waktu terluang dia baca quran
Maknanya tidak ada istilah waktu lagha bagi mereka

Dan..

Tadi ptg anak anak kecil menari kegembiraan bila nampak kami dtg dan dalam masa yg sama sangat gembira dengan kemenangan hamas
Anak anak kecil menari comel
Tau apa perkataan yg dikeluatkan dari awal sampai akhir
 
Apabila di tanya kepada rakyat Palestin:

Sekiranya Malaysia ajak kamu tinggal di Malaysia dan berikan kamu keselesaan. Adakah kamu akan datang ke Malaysia?

Jawapanya...

TIdak! Tidak sama sekali
Kami akan pertahankan tanah palestin ini. Ini perjuangan kami!

Apabila kita tanya:
Sekiranya kami nak menetap di gaza utk berjihad, adakah kamu mengalu ngalukan kedatangan kami?

Apa kata mereka?
Bumi palestin adalah bumi kamu. Kami sgt mengalu-alukan kedatangan kamu..

Tapi negara kamu sendiri lebih perlukan kamu utk berjihad di negara kamu....


Allahu akbar Allahu akbar Allahu Akbar!
SubhanAllah....
 
 
 
 
 
 
 

Palestine News : Pulangnya pejuang Hamas setelah 45 tahun dibuang..



Sambutan ulangtahun ke 25 revolusi Hamas di semenanjung Gaza tahun ini sudah pasti bermakna dengan kepulangan khaled mashaal salah seorang kuat Hamas yang telah duduk dalam buangan selama lebih 45 tahun..!! dan selama itu jugalah beliau membela nasib rakyat islam palestine walaupun beliau hidup dalam buangan israel.


Pejuang yang lahir pada 28 Mei 1956 ini buat pertama kali menjejakan kaki ke tanah air tercinta semalam dengan penuh syukur.. sebelum ini beliau hidup dalam buangan di Syria, Jordan dan Qatar.

Tiada yang lebih bermakna.. hanya sujud syukur dibumi sendiri..

Kepulangan yang dinantikan..

Apa pun kesedihan tetap ada dibumi palestine.. setiap hari ada saja yang syahid dibumi allah itu.. dibawah gambaran upacara pengebumian seorang syahid, As- Syahid Hatem, di Bandar Ilal



Selamat Ulang tahun HAMAS..!! Jihadmu tanpa kenal erti kalah..



Thursday, December 6, 2012

PIALA AFF 2012 : SEPARUH AKHIR PENUH CABARAN


Selamat datang hujung minggu yang penuh debaran buat semua peminat bola sepak benua asia tenggara, Separuh akhir Piala AFF 2012 sampai ke garisan mulanya, 4 Negara yang berbilang style dan cara akan berentap untuk menuju ke pentas Final piala bola sepak paling agung di asia tenggara.

Malaysia vs Thailand

Akan bertemu dengan skuad yang dianggap paling handal di asia tenggara, Thailand lengkap dengan sebaris pemain yang yang penuh profesional, Malaysia turun sebagai bekas juara edisi yang lalu sudah pasti menginginkan sesuatu yang boleh dibanggakan sebagai bekas juara sekurangnya2 beraksi di pentas final. apa pun kecederaan beberapa pemain akan membuatkan Harimau Malaya tempang bertemu dengan skuad gajah perang dari Thailand ahad ini, hanya semangat dari penyokong Malaysia akan mengubah segala-galanya.


Singapura vs Filipina

Singapura yang dibarisi oleh kebanyakan kuda tua yang penuh pengalaman akan bertemu dengan skuad serigala yang dahulunya tidak bertaring, Bola sepak di Filipina dianggap sebagai sukan baru bagi negara ini akan tetapi kelibat mereka di pentas antarabangsa kini menidakan segala-galanya, pertemuan dengan singapura dianggap sengit dengan corak permainan kedua-dua pasukan yang berbeza.





Bagi Penyokong Harimau Malaya.. ayuh! bangkit ke stadium..!!

INFO JUALAN TIKET :
***************************
STADIUM NASIONAL,BUKIT JALIL
Pada 7 dan 8 Disember 2012, dari jam 9 am- 7pm.
Pada 9 Disember 2012, dari jam 9am hingga perlawanan bermula.

STADIUM SHAH ALAM
Pada 7 dan 8 Disember 2012 sahaja, dari jam 9 am- 7pm

HARGA TIKET
Harga tiket adalah RM40 bagi dewasa & RM10 Kanak-kanak



Berjihad itu tak ternilai harganya..



Apabila pihak Aman Palestine mengeluarkan poster untuk mencari barang sesiapa yang ingin berjihad ke Gaza bersama mereka banyak yang berkobar-kobar RM7500 pakej lengkap untuk berjihad kesana.. tak semua orang dapat merasai dan menjejakan kaki dibumi yang penuh dengan derita dan sensara itu, hanya mereka yang terpilih sahaja dapat pergi kesana.

Coretan Farrah Adeeba yang merupakan salah seorang yang telah pun tiba dibumi gaza berkenaan mengapa beliau sanggup habiskan RM7500 semata-mata untuk ke medan perang..


1) biarlah kita bayar sendiri jika ingin berjihad. Walhal kalau bercuti ke luar negara lebih dpd 7500 kita per
untuk & belanjakan. Jgn diminta NGO yg bayar. Nauzubillah.

2) bantuan utk Palestin bukan sekadar dgn wang ringgit. Tekanan politik antarabangsa adalah salah satu caranya. Biar Israel tahu penuh satu kapal terbang kami datang. Kami adalah suara rakyat Malaysia. The more the louder. Any political science student/graduate can explain further. Please. Silakan perjelaskan dgn terminologi anda. Cth mesir, tunisia, libya. Same concept. Cuma di dlm.konteks ini, ianya kebangkitan suara dunia.

3) terlalu ramai yg pohon hendak pergi. Termasuk pakar spt doktor dll. They have the money. I know some of the participants even donated further, more & beyond rm7500. Allahuakbar.

4) rm7500 termasuk penerbangan, pengangkutan darat, makan& minum & penginapan hotel. Ya kami tidur hotel! Jgn ada yg gatal nak cakap lebih baik tidur dlm khemah. Inilah waktunya hotel hotel di ghaza beroperasi. Sewaktu lawatan bulan April lepas, hanya kami sahaja menghuni. Selepas kami pulang hotel itu kembali ditutup, tidak berpenghuni, sepi berdebu. Tersenyum Israel bila Palestin tiada cara membangunkan ekonomi. Kenapa negara spt Perancis, England, Australia bahkan Malaysia dll (termasuklah negeri melaka) sibuk berbelanja sakan utk mempromosikan negara masing masing? This is a no brainer. Takpelah saya jawab juga. Sebab, pelancongan adalah kaedah menjana ekonomi negara. Ghaza terletak di tepi pantai. Cukup indah. Buka tingkap hotel kami boleh melihat ombak ombak kecil yg menghempas pantai. Orangnya lembut dan baik lebih lebih lagi terhadap org Malaysia. Mereka bukan sahaja sayang malah cintakan kita. Antara bantuan yg tercepat tiba selalunya dari Malaysia. Juadahnya sedap & enak. Bagaikan masakan ibu. Bayangkan majoriti rakyat di sana menghafal al quran. Sungguh berkat masakan air tangan mereka. Jadi yg ke sana, belanjalah sebanyak mungkin. Jgn mintak kurangkan harga. Bayar jer. Gunakan dobi mereka, cuci, seterika. Tutup jer mata. Beli & bawa balik bakhlava/hallawiat mereka. The best in the world. Im NOT kidding. Terbaek. Lets get their economy going & moving. InsyaAllah kita jadi sebuah bata kecil yg menyumbang memesatkan ekonomi negara Palestin.

5) nothing beats the 'human touch'. Saya tak sabar nak bersalaman, berpelukan dgn saudara (saudari) di Palestin. Saya nak katakan sendiri yg orang Malaysia tidak akan biarkan mereka melawan musuh gergasi berseorangan. Walaupun kami kecil (org malaysia kan comel sizenyer cthnya Heliza helmi yg super cute & super bersemangat) tapi InsyaAllah kami bagaikan burung ababil.

GHAZA AKU DATANG. TAKBIR ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
 

Wednesday, December 5, 2012

Photo Afdlin Shauki di Gaza..


Sebelum rombongan jihad Aman Palestine ke Gaza berlepas.. Afdlin Shauki n the geng telah berlepas dahulu ke Gaza untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestine..

berikut gambar yang di update oleh Afdlin ketika dalam perjalananya ke Gaza..








Bront dan zain


Pintu masuk ke Gaza..


Lu orang memang terbaekk!!!

Selamat pergi dan pulang....