Mood sedih rasanya belum hilang lagi kerana kegagalan Skuad Harimau Malaya meneruskan saingan untuk berada dalam kelompok 20 pasukan terbaik asia untuk mendapat tempat dikalangan 32 pasukan pada World Cup 2014 Brazil.
Apapun yang terjadi itu semua telah terjadi.. tak perlu menoleh kebelakang lagi untuk melihat akan aksi negara pada malam yang dianggap sebagai sesuatu yang menakjubkan di Stadium Nasional Bukit Jalil... bukan aksi pemian yang aku teruja habis.. tetapi semangat penyokong bola sepak negara telah kembali.
Situasi ini pernah terjadi 15 tahun yang lepas.. sebelum bola sepak negara mengalami kemerosotan akibat penyakit rasuah dikalangan pemain liga tempatan. dan Stadium Bukit Jalil telah terbukti dalam tempoh 2 minggu yang lalu hampir setiap minggu stadium penuh dengan penyokong bola sepak.!!
Buat pemain sila lihat bertapa rakyat malaysia masih cintakan bola sepak.. lihat lah berapa ramai yang turun dengan harapan semalam.. lihatlah berapa ramai yang sanggup melupakan letih bekerja semata-mata untuk memberi sokongan kepada anda.
Corak permainan Malaysia semalam tampak biasa sahaja.. tidak seperti aksi menentang Indonesia di Final Piala Suzuki tahun lepas.. masih ada kekurangan yang ketara dapat dilihat terutama pada bahagian pertahanan.
Buat Skuad Singapore korang memang bacul!! semalam..
1 comment:
ape2 pun apex da best...shiro yg x best~
Post a Comment