Anders Behring Breivik munkin menjadi Penganut Kristian paling bangsat dikalangan umat kristian seluruh dunia ketika ini. kesungguhan beliau melakukan serangan ke atas Norway membuka mata seluruh penduduk dunia.
Apa yang lebih mengejutkan beliau seorang kristian.. jika sebelum ini nama Islam sentiasa dikaitkan dengan keganasan dan permusuhan kini tanggapan itu sudah lain setelah Breivik melakukan misi dendam beliau hujung minggu lalu.
Serangan beliau itu adalah yang terburuk selepas tragedi pengeboman stesen kereta api di Madrid, siri serangan beliau bermula dengan meletupkan Pejabat Perdana Menteri selepas itu melakukan tembakan rambang keatas sekumpulan peserta yang sedang bercuti anjuran parti politik dinegara terbabit. hingga kini 93 mangsa terkorban akibat Breivik.
Tujuan bangsat ini hanya satu.. beliau cukup tidak senang dengan hidup berbilang kaum.. terutama Islam. beliau cukup benci akan agama islam.. lebih membuatkan beliau dibenci apabila beliau dengan sardin nyer mengaku melakukan rancangan itu.. dan lebih dasyat ianya telah dirancang sejak 3 tahun yang lepas lagi.
Norway adalah antara negara yang paling selamat didunia.. tetapi dengan kejadian ini bakal memburukan lagi negara terbabit dalam rekod jenayah antarabangsa. inilah yang dikatakan "nila setitik rosak susu sebelanga"
Akibat dari serangan itu pusat bandar Oslo kini menjadi tempat larangan dimana Askar dan Polis mengawal setiap penjuru kota. mengalahkan situasi Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur hari tu lagi.
Berikut sedikit Info mengenai si Bangsat..
Anders Behring Breivik (dilahirkan pada 13 Februari 1979), telah ditangkap di Utoya kerana melakukan tembakan membabi-buta dan dikaitkan dengan pengeboman Oslo.
Stesen televisyen NRK mengesahkan lelaki ini warga Norway, berambut perang ,bermata biru dan bersikap anti-Islam di Internet.
Motif serangan belum dikenalpasti. Beliau dilaporkan telah menulis komen-komen di laman web anti-Islam.
Beliau mengendalikan syarikat ladang pertanian bernama Breivik Geofarm di Rena, timur laut Norway Ladangnya menanam sayur-sayuran dan biasa menggunakan baja dan racun ammonium nitrate yang banyak.
Bahan ini boleh disalahgunakan menjadi bahan menambah kekuatan letupan. Breivik memiliki senjata api dan menyertai kelab pistol.
Pakaian seragam polis yang dipakainya menyerupai pakaian seragam polis sebenar .
Dia menggunakan pistol tangan automatik, senapang patah dan mitralyur ringan.Dia menggunakan senapang patah untuk menembak kepala mangsa.
Anders Behring Breivik belajar di Sekolah Perdagangan Oslo .
Akhbar Geng Verdens melaporkan dirinya seorang Kristian, konservatif, nasionalis dan ahli Freemason. Dia peminat Winston Churchill dan anti-Nazi Perang Dunia II wira Max Manus , serta ahli falsafah liberal sosial John Stuart Mill.
Anders Behring Breivik telah menulis 1500 halaman manifesto anti Islam di Internet, ditulis dalam bahasa Inggeris.
Serangan Oslo ini telah membuka mata dunia tentang Islam itu bukan seperti yang mereka gambarkan. semoga selepas ini tanggapan penganut agama lain dapat berfikir dan mengubah pandangan mereka tentang keganasan itu bukan hanya untuk dituju kepada Islam.
1 comment:
subhanallah....
Post a Comment