Nuffnang Ads


Tuesday, July 5, 2011

Stadium mana pilihan penganjur perhimpunan Bersih 2.0..??

http://undomiel84.files.wordpress.com/2008/12/dsc006141.jpg?w=450&h=337


Pengerusi penganjur perhimpunan Bersih yang juga bekas Majlis Peguam Kebangsaan Datuk S Ambiga hari ini mengesahkan Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan seperti yang dirancangkan setelah menyembah Kebawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Perhimpunan berkenaan akan diadakan di Stadium bukan dijalanan.!

Tawaran Perdana Menteri yang menawarkan Stadium untuk puak-puka ini berhimpun dan menyuarakan rasa demokrasi mereka menampakan kesan yang positif.. maka tidak perlu ada lagi keraguan untuk memasuki Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Jadi Stadium mana yang bakal menjadi lokasi tempat berhimpun pada sabtu ini masih lagi samar-samar.. tak per aku senaraikan calon-calon stadium yang munkin Datuk S Ambiga boleh pilih.. atau ia ketentuan pihak berkuasa.. hehee...



http://www.worldstadiums.com/stadium_pictures/asia/malaysia/kuala_lumpur_jalil1.jpg

Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium terbesar di Malaysia.. boleh memuatkan 100 ribu orang pada satu-satu masa.. tetapi untuk menjadikan tempat ini venue amat tipis disebabkan Stadium ini masih lagi dalam proses pembaikian dan stadium ini jugak akan digunakan untuk perlawanan persahabatan kelab-kelab bola sepak england minggu depan.


http://www.worldstadiums.com/stadium_pictures/asia/malaysia/kuala_lumpur_merdeka1.jpg

Stadium Merdeka

Stadium keramat bagi rakyat Malaysia menyaksikan detik kemerdekaan negara dilaungkan. terletak di tengah kota raya Kuala Lumpur dikatakan stadium yang paling diminati oleh penganjur untuk menganjurkan perhimpunan bersih. walaupun hanya boleh diisi dengan 40 ribu penonton tetapi lokasi yang berdekatan dengan sistem pengangkutan awam, istana negara dan IPPK Kuala Lumpur sudah pasti menyeronokan.!



http://www.worldstadiums.com/stadium_pictures/asia/malaysia/shahalam_stadium1.jpg

Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam.. terletak dibawah  penguasaan pihak pembangkang di Selangor sudah pasti tidak punya masalah untuk menhimpunkan seluruh penyokong Bersih disini. 80 ribu tempat duduk sedia untuk menerima kunjungan si Baju Kuning.


atau stadium tertutup yang menjadi pilihan..? sudah pasti stadium putra bukit jalil.. dah macam konsert akademi fantasia plak nanti...




No comments: