F/A-18 Hornet
adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden , sesuai digunakan dalam
semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat .
Ia berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dan di udara .
Direka pada tahun 1970-an untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat F/A-18 Hornet juga digunakan oleh tentera udara di negara-negara sekutu A.S yang lain termasuk Malaysia .
Pesawat ini juga menjadi pesawat demonstrasi udara bagi pasukan Blue Angels milik Tentera Laut A.S sejak tahun 1986. Antara peranan-peranan utamanya adalah sebagai pesawat pejuang pengiring , pertahanan udara angkatan laut , SEAD , menguatkuasakan larangan udara , sokongan udara dekat dan pengawasan .
Ciri serbaguna dan kebolehpercayaan membuktikan Hornet merupakan sebuah pesawat yang berharga pada aset kapal pengangkut pesawat , namun demikian ia telah dikritik disebabkan kekangan jarak operasi dan muatan jika dibandingkan dengan pesawat sezamannya .
Pesawat F/A-18E/F Super Hornet adalah sebuah pesawat yang berlainan , evolusi penambahbaikan pada pesawat F/A-18 Hornet telah direka untuk berganding dan diperanan untuk membantu pesawat F/A-18 Hornet dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S .
Sidang media oleh ketua polis negara.. UPDATE...
No comments:
Post a Comment