Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sedang
memaklumkan Perdana Menteri menerusi panggilan telefon mengenai
perkembangan operasi berterusan oleh pasukan keselamatan Malaysia..
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
UPDATE..
1 comment:
If de info lagi, cepat2 update ea. sy ikut blog ni dari FB. I'm ppeoc crew
Post a Comment