Nuffnang Ads


Monday, March 4, 2013

UPDATE : Perang keatas pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu






Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.

Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

9.00 pagi: Jalan-jalan utama ke Felda Sahabat tidak ditutup dan masih boleh dilalui oleh orang ramai..

9.45 pagi: Serangan masih lagi keatas kawasan penceroboh masih lagi berlangsung..


Update selanjutnya selepas ini.

1 comment:

Unknown said...

if ada lg perkembangan, update la cpt2 ea. mmg tgh tunggu perkembangan kat sana.