Nuffnang Ads

Wednesday, November 23, 2011

KL Gengster pecah rekod kutipan Filem Malaysia..!!





Adakah pembuat-pembuat filem di Malaysia ini mendapat untung dari filem yang mereka hasilkan..?? menurun fakta yang dikeluarkan oleh Finas menunjukan kebanyakan filem yang ditayangkan sejak awal tahun ini banyak yang menunjukan kerugian dari keuntungan.

Walaupun kerajaan telah menyediakan bajet yang besar untuk pengarah-pengarah tempatan aktive menge keluar filem akan tetapi jika ia tidak mendapat sambutan dan mendapat kerugian adakah ini kerja yang berbaloi..?? kerugian ini melibatkan wang rakyat.. 

KL Gangster menjadi satu-satunya filem yang paling berjaya dalam sejarah filem tanah air.. secara keseluruhanya KL Gangster berjaya mengutip RM 11.47 Juta.. berbanding dengan kos pembikinan filem ini yang hanya menelan belanja RM 1.5 juta.

Karipap-Karipap Cinta boleh dianggap sebagai filem yang paling gagal tahun ini.. 2 minggu tayangan wajib yang diberikan Karipap-Karipap Cinta hanya berjaya mengutip RM 280 ribu sahaja berbanding kos pembikinan yang menelan belanja RM 2 juta ringgit!

Selain itu Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studio juga dilihat gagal walaupun mengunakan teknologi canggih dalam pembikinanya. kos pembikinan Hikayat Merong Mahawangsa dikatakan menelan belanja RM 6.82 juta dan setelah tayangan hanya memperolehi RM 6.5 juta sahaja.

Kongsi , Khurafat dan Hantu Bonceng dilihat antara yang mengutipan tertinggi tahun ini.. 


Kos RM 1.5 Juta / Kutipan RM 8.8 Juta


Kos RM 1.82 Juta / Kutipan RM 8.09 Juta


Kos RM 1.5 Juta / Kutipan RM 8.53 Juta



No comments: