Nuffnang Ads


Tuesday, December 18, 2012

News : Amukan di Kedah.. Kenyataan Rasmi Bukit Aman..





STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih.

 

News : Amukan di Kedah.. 2 org dipercayai maut..


Salah seorang mangsa amukan yang dibawa ke hospital.. dikatakan kini berada dalam keadaan kritikal.. 

Ada berita mengatakan 2 orang telah meninggal dunia akibat pergaduhan ini.. apa pun masih belum mendapat berita rasmi..

ini antara cerita kes lagi..



Apa nak jadi lah Malaysiaku ini...


Update...







News : Amukan di Kedah.. India vs Melayu




Sedang hangat kini situasi diutara tanah air dikatakan tercetusnya pergaduhan antara kaum india dan melayu disana, sehingga malam ini terdapat beberapa orang yang tercedera dek pergaduhan ini, masih kurang jelas akan punca pergaduhan ini..

ada yang sudah sebarkan berita-berita panik ini..



Saya akan update dari masa ke semasa..

Wajah - Wajah 2012



Banyak peristiwa yang berlaku pada tahun ini maka dicoretkan part 1 wajah-wajah manusia yang mendapat perhatian seluruh penduduk dunia sepanjang tahun ini.

Felix Baumgartner - menjadi manusia pertama yang memecahkan kelajuan bunyi dengan terjun dari paras ketinggian 39 kilometer dari paras bumi.

PSY - Fenomena Oppa Gangnam Style membuatkan nama beliau popular diseluruh dunia dalam masa beberapa minggu sahaja, beliau menjadi rakyat korea selatan paling popular didunia hari ini.

Malala Yousafzai - remaja perempuan ini mendapat perhatian dunia setelah usaha beliau mempertabatkan persekolahan kaum wanita ditentang tentera taliban di Afghanistan.

Mark Zuckerberg - Perkahwinan beliau bersama Priscilla Chan mendapat perhatian peminat beliau seluruh dunia selain kejayaan Facebook disenaraikan di bursa saham New York dengan bon yang tertinggi didunia.



Aung San Suu Kyi - Setelah sekian lama hidup dalam kurungan tokoh kebebasan Myanmar ini akhirnya hidup seperti manusia normal lain. kejayaan beliau dalam pilihanraya negara itu juga membuka satu lembara baru bagi era demokrasi di Myanmar.

Mohamed Morsy - Revolusi rakyat Mesir akhirnya menjadikan Morsy president Mesir yang baru.. 

SPB Tuanku Abdul Halim menjadi Agong buat kali keduanya..


aff suzuki cup 2012 : Malaysia hanya sekadar dipinggiran..




Malaysia menamatkan saingan Piala AFF Suzuki 2012 hanya ditempat separuh akhir setelah ditunjukan jalan keluar oleh skuad Gajah Perang Thailand..

berikut gambar-gambar menarik sekitar AFF Suzuki 2012..!!

Kekecewaan skuad harimau malaya..

Dibangkok juga sudah ada ultras..

Saya kenal pemain saya...

















Jumpa lagi 2 tahun..!!

Wednesday, December 12, 2012

AFF Suzuki 2012 : Singapura ke final.. Peluang Malaysia balas dendam..




Singapura mara ke final Piala AFF Suzuki 2012 menewaskan Filipina di gelanggang sendiri semalam, kejayaan 1-0 keatas skuad serigala asia tenggara bakal menyaksikan pertembungan menarik dipentas final nanti.



Hari nie skuad Harimau Malaya dan Gajah Putih akan turun ke gelanggang untuk merebut satu slot lagi ke pentas akhir bertemu dengan skuad sea lions.



Malaysia punya banyak misi untuk balas dendam keatas Singapura, bergitu juga Thailand setelah skuad gajah memberi layanan yang kurang memuaskan untuk perlawanan separuh akhir kedua ini, misi thailand sudah tentu untuk mengukuhkan lagi tahta sebagai antara jaguh bola sepak asia tenggara.

semuanya akan terjawab malam ini, teruskan sokongan anda terhadap skuad Harimau Malaya..!!






Tuesday, December 11, 2012

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.. Al-Fatihah..



Negara kehilangan seorang yang cukup sinonim dengan pengumuman bulan puasa, raya puasa dan haji, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah bekas penyimpan mohor besar raja-raja melayu pergi buat selama-lamanya semalam akibat sakit tua.

Saban tahun menjelang bulan ramadhan dan syawal kehidupan kanak-kanak sehinggalah dewasa wajah beliau sering dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia bagi mengetahui tarikh berpuasa dan hari raya, sejak beliau bersara terasa kehilangan yang amat sangat bagi kita semua.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.


al-fatihah buat arwah


 


Monday, December 10, 2012

Tok Guru Nik Aziz nikahkan Khairul Fahmi Che Mat



Tinggal beberapa hari saja lagi Majlis Perkahwinan Penjaga Gol no satu Negara, Khairul Fahmi Che Mat bakal berlangsung tanggal 28 Dec bakal menjadi sejarah buat Apek dan Leuniey.

Berita ini telah disahkan ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.



"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan.
Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.




Sementara itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.




Kelas Kau Jah!!!
 

Saturday, December 8, 2012

Sungai Buih di Singapura


Akibat dari terbakarnya sebuah gudang menyimpan barangan pencucian.. beberapa batang sungai di singapura dipenuhi dengan buih sabun yang sangat awesome.. ape pun apa yg akan terjadi kepada habiatan didalam sungai dan longkang berkenaan masih belum dapat dipastikan.









Friday, December 7, 2012

MAHARAJALAWAK MEGA 2012 MINGGU PENYINGKIRAN



Setelah 3 minggu Program Maharajalawak Mega keudara.. semalam adalah minggu ke empat dan menjadikan minggu penyingkiran buat peserta, kejutan yg jarang sekali berlaku 3 peserta terkeluar untuk minggu itu, DaDiDu, Pimai dan Balas menjadi mangsa.


Melihatkan persembahan kesemua peserta bagi minggu ini dilihat kurang menyengat berbanding minggu lepas, munkin kerana tema minggu ini kurang menarik, apa pun perkembangan beberapa peserta dalam membuat penonton ketawa menampakan kemajuan terutamanya kumpulan Saywho dari Indonesia, saban minggu mereka selalu mengeluarkan idea-idea yang terkini dengan disulami isu-isu semasa yang berlaku.





DaDiDu yang dibarisi pelawak Singapura dan A.R Badul sejak dari awal minggu program lagi menampakan tidak lawaknya, lawak yang disampaikan agak ketinggalan dan menyukarkan penonton untuk gelak walaupun ianya lawak, bergitu juga dengan kumpulan Pimai diarisi pelakon komedi yang sungguh awesome dari sitcom pimai pi mai tang tu nampaknya untuk tahun kedua tidak mendapat sambutan penonton masa kini.



Kumpulan Balas munkin terkeluar dek kerana lawak lucah mereka.. setiap minggu juri sering memperatikan lawak mereka. teguran bertali arus sehinggalah mereka terkeluar. ia munkin peringatan buat peserta yang lain.