Nuffnang Ads


Tuesday, May 31, 2011

Contest Ikut Gaya Jambu.. Khas untuk peminat Kumpulan Jambu!!



Bagi menghangatkan kemuncak Finale Gelanggang Maharajalawak 2011 Team JAMBU dengan sungguh bebesar hati ingin memberi hadiah misteri kepada peminat-peminat setia kumpulan jambu!!

Penyertaanya sangatlah mudah.. semudah korang online facebook jerk!! korang hanya perlu hantarkan gambar terjambu yang ader ciri-ciri kumpulan JAMBU ke fans page Kumpulan Jambu seperti disini atau emailkan gambar korang kepada chechecoleen@yahoo.com

Syarat-syarat lain..!!! 


1) Anda mestilah warganegara Malaysia..

2) Tak kesah anda antar pic sape2..tp mestilah atas nama anda,dan org dlm PIC tu mmg tau motip dia di LIKE..hehe..tp kalo anda MENANG..pandai2 la ekau.. sebab hadiah akan dikasi kepada pemilik gambar!! wakaka.. eh tipu..


3) Setiap org bole antar 1 pic sahaja.. kalau ader lebih.. simpan jerk untuk contest lain!!


4)Tarikh start antar PIC: Ari ni jugakkkkkk (24/5) smpai 1 June... jika perdana menteri kata lanjut.. kite lanjut!!


5)Tarikh LIKE : 1-17 June 2011. <-- menyuruh kaum kerabat like digalakan sebab bukan nyer diorg taw pakcik korang yang LIKE!!



Dan Hadiah yang bakal menanti pemenang..!!!


Tempat Pertama: Misteri
Tempat Kedua: Misteri jugak 
Tempat Ketiga: Misteri Misteri


* Kepada peminat JAMBU di Penang.. Jangan lupa temui JAMBU di PISA Jumaat ini.. kerana tiada JAMBU PALING LAWAK selain  JAMBU MAHARAJALAWAK !!!



Monday, May 30, 2011

TERKINI! 300 PENYOKONG KELUAR MUFC SERTAI KELAB PENYOKONG ARSENAL

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzgG6SFnv7H3zLqvw1iI8Aycpz9QjhUg77rzPlRsdI5RDU347tn3oAj41ADMahp0HS5cduOdzyINKKZ7x1RByo2-N9RvvPGr3GILD0hozMKPHeAKWhHoTs7lIVt5lLbpgvYp37GfbcO07F/s1600/mu+fans.jpg


TERKINI! 300 PENYOKONG KELUAR MUFC SERTAI KELAB PENYOKONG ARSENAL 

London 30 Mei- Kira-kira 300 penyokong kelab bolasepak Manchester United telah keluar dan menyertai Arsenal di sini, pagi tadi. Sewaktu ditanya adakah mereka keluar kerana tidak berpuas hat...i dengan pengurusan kelab, pencapaian pasukan atau dengan Alex Ferguson, mereka menafikan dan menolak juga dakwaan kerana disogok pihak tertentu. "Kami keluar setelah mendengar di Hot FM, Najib meminati MU. Kami tak mahu dikaitkan dengan beliau." kata John Sewon, salah seorang daripada mereka yang merayu agar namanya disiarkan. Majlis penyerahan borang akan dilakukan 9.00 malam ini di markas Arsenal cawangan Taman Manchester. Penyokong Arsenal diminta hadir kerana majlis ini khabarnya mendapat permit polis. 

Berita oleh : Ronasina Kartunis

http://farm3.static.flickr.com/2658/3740884937_37b5152740.jpg



Elektrik naik harga.. TNB kasi tips jimat elektrik.. sila ikut kalau anda pengguna bijak!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTpfuEoRiQgAHn-aajxvtBZOnLoIxKlZY_U_1lwvb8f3pKyMEcMtdA8XCkW8lJRrefXDli3UTgJzXg7NmuqZzZRFFSThUNxDfmALreetbZ_8YFaFHn0QWJx48nF9rNYm19iMIP179w5SU/s320/psbanner238x189jimat-letrik.png

Bermula esok kadar tarif elektrik pengguna di negara ini akan mengikut kadar baru yang telah diluluskan oleh kerajaan.. jadi bermula esok juga korang-korang perlulah berhati-hati mengunakan tenaga elektrik. bagi menyejukan hati rakyat negara ini TNB berbesar hati memberi tips-tips yang boleh korang ikuti supaya bil elektrik korang tidak seperti merasai kenaikan harga elektrik.. hahaha...

Berikut adalah tips-tipsnya..

Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup. Jika anda tiada dirumah padam semua lampu yang ada.. supaya senang perompak atau pencuri memasuki rumah.


http://litarelektrik09.files.wordpress.com/2009/08/bulb_on.gif?w=550&h=400

Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'. Kalau boleh tanggalkan semua suis yang ada dengan wayar-wayarnya sekali..



Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara. Kalau rasa kipas korang gunakan elektrik yang kuat.. gunakan kipas lipas!!



Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya. Lebih jimat kalau guna pelita atau lilin.. mudah terbakar!!


Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang. Jangan lupa suruh mak korang giling cili kering untuk wat sambal.. sebab blender juga guna banyak elektrik!!



Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri. Kalau boleh satu keluarga duduk diluar rumah sahaja.. boleh gunakan lampu jalan yang sedia ada...


Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. Dan lebih molek jika setiap minggu pergi bawa kain basuhan itu ke sungai-sungai berdekatan basuh lah dengan mengajak jiran2 terdekat.. ala-ala filem melayu lama tu!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgtalkrbgCzwl5n3wgDJmVdUZLwBR4-CWfGPaY3-tQyQ1Jc8enoWiLYxuHIMToz2iDlbmMvrt9n_n7oEMrtFZOc3vk7rhEfaCneDPgxVqAJYfKtXK5il9wFOM32B9MNfCzbzMuibPv8g/s1600/laundry11.jpg


Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan. Apa kaitan pintu peti ais dengan elektrik../??


Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda. Apa kaitan peti ais dengan TNB..??


Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja. Dan jika tiada apa-apa lagi yang perlu dimasukan ke dalam peti.. apa kata korang saja yang duduk dalam peti tu..


Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.. Dan memasak di dalam peti ais..


* Yang wana merah jangan la ikut!! hahaha...


Bila eletrik naik harga.. TNB pula kena babi..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg04XRp9yCfGSLN9Ur7caj2wZZRO6AXgxH755hRzVJW_BYhSfxsiLYUKeIaoAS_dWwh2omytt1dz-B9nhBaI2FY3lr6vFsG07VTUTywr6QM1DOeZ1LYyRlJ-JctTCN0Nua0frrztwBwK8mT/s200/tnb-logo_centre.jpg

Semalam kita rakyat Malaysia mendapat satu lagi khabar gembira.. iaitu kenaikan harga eletrik!! kegembiraan tidak terkata itu disambut bagai mendapat cahaya mata yang baru.. tidak mampu berbuat apa-apa kecuali terdiam dan mengeluh..

Sudah mula menconggak-conggak akan bil api yang akan datang bulan depan berapa agaknya jumlahnya..

http://beritadaily.com/wp-content/uploads/2011/05/tarif-elektrik-naik.jpg

Berikut petikan khabar gembira dari Putrajaya :-

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memutuskan untuk menaikkan kadar purata tarif elektrik sebanyak RM2.23 senkWj  (7.12 peratus) berkuatkuasa 1 Jun depan.
Ini berikutan peningkatan harga gas bagi sektor elektrik dan industri sebanyak RM3 yang juga berkuatkuasa lusa.
 
Sehubungan itu, tarif elektrik akan dinaikkan daripada kadar purata semasa RM31.31senkWj kepada 33.54senkWj, satu kadar baru selepas kali terakhir ditetapkan pada tahun 2006.

Perkara ini dimumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui dipejabatnya di sini hari ini.

Namun begitu, kerajaan memutuskan kenaikan ini tidak akan melibatkan 1.1 juta pengguna domestik (19.1 peratus) yang menggunakan elektrik antara 201 hingga 300kWj sebulan (kekal pada kadar unit 33.40sen/kWj).

“Ini bermakna 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300kWj (kira-kira RM77) sebulan atau kurang.

“Manakala penggunaan antara 301 sehingga 1000kWj sebulan yang melibatkan 1.39 juta pengguna atau 23.5 peratus daripada pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik di antara RM0.07 hingga RM30.30 (0.1 peratus hingga 10 peratus),” katanya dalam sidang media petang tadi.

Hebat kerajaan kita nie.. disejukan hati kita dengan tidak menaikan harga petrol RON 95.. dalam masa beberapa hari saja.. buat hati kita panas kembali.. hehehe.. apa lagi..?? TNB pula kena babi...


http://mynewshub.my/bm/files/2011/05/electrical-discharge-in-multiple-sparks-from-prongs-pins-of-UK-electric-mains-plug-3-prong-fuse-carrier-in-base-rescan-rescan-rescan-AJHD-565x420.jpg

Sunday, May 29, 2011

Perhimpunan sejuta belia capai matlamat..

http://blog.mohdisa.com/media/hari-belia-negara-2011.jpg

Matlamat Kementerian Belia dan Sukan untuk menhimpun sejuta belia pada hari belia pada tahun ini menjadi kenyataan.. 200 aktiviti yang dirancang berbulan-bulan akhirnya terlaksana sudah. sambutan hari belia negara tahun ini yang diadakan di Putrajaya telah mengubah sama sekali Pusat pemerintahan kerajaan persekutuan itu menjadi sebagai tapak pertemuan para belia dari seluruh negara.


Satu langkah yang bijak untuk mendekati para belia yang ternyata sampai kepada golongan belia.. kemuncak sambutan hari belia yang diadakan pada sabtu ialah amanat dari perdana menteri kepada belia dengan pengumuman 6 inisiatif belia negara.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/367/22d04bf40db1b3dab9645f3580a1d3ac.JPG
Berikut adalah inisiatif yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri :

- Menwujudkan taman belia di Putrajaya selaras dengan Putrajaya sebagai pusat pemerintahan kerajaan persekutuan.. ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan mendekati belia.

- Menwujudkan parlimen belia yang serupa dengan sistem parlimen yang sedia ada.. dengan terlaksananya parlimen belia ini.. suara dan pendapat para belia dapat kerajaan dengar dengan wakil parlimen belia dari seluruh kawasan di negara ini.

- Menwujudkan portal belia untuk mengemaskini kegiatan belia dinegara ini.

- Memperkenalkan ikon belia sebagai tanda penghargaan dan contoh kepada belia-belia yang ada.

- Program My Corps bagi memupuk semangat sukarelawan dikalangan belia untuk semua kegiatan.

- Program The Leader iaitu mentor mentee iaitu dengan memberi galakan kearah menwujudkan belia yang berjaya dalam bidang keusahawanan, aktiviti sosial, pentadbiran dan profesional.


Apapun masih ada yang ingin diperkatakan... walaupun matlamat menghimpunkan sejuta belia itu tercapai tapi jika dilihat pada penyertaan adalah kurang dan masih banyak belia yang kurang untuk mendekati dan menamati akan hari belia ini.
Lokasi iaitu Putrajaya yang menjadi lokasi kali ini sedikit sebanyak menjadi sebab kurangnya belia untuk hadir menyertainya.. dengan sistem kemudahan awam yang kurang dan keadaan tempat penganjuran yang boleh dikatakan tidak teratur. 

Apapun usaha kementerian belia dan sukan  dilihat berjaya untuk menyampaikan mesej kepada belia dan ianya tidak diharap terhenti disini.. semoga pada tahun depan acara sebegini akan dilakukan lagi.

Salam hari belia.. :)

Eh.. jom layan gambar sekitar hari belia...






 

http://www.haribelianegara.org.my/wp-content/uploads/2011/02/250220111621.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeGi_A-cuDFt9cIj16_ChNGUGmet9eAwvexduJgdfeq6fJ5cPzrz16bu43M82_7V0hdA5-wIG7NPzz3-IxReMR4AAl-JUVXyYyFCDOVOywXzbFakq3pqCjJx0GpHrklhb4viEZRQ5iN2iZ/s520/perlancaran+hari+belia+negara.jpg 

http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/ptj23_280511_belia.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdSlqxwCOwSI5F-TwaW2JrWqFQ0zYrQqlGivRdOX6vqUwZwFFKiIvVYfMvcPyK-asoNyWhGw-Z4iKl6UvCwSNIPg1kspqQAQiKMR2gaDtwU5RqU-fUBYOsrMbFZjMstTxOW8K-6HfMIVw/s640/IMG_0646.JPG 




Keangkuhan Machester United diperbudakan Barcalona

http://i259.photobucket.com/albums/hh296/vampis06/BarcelonaFCChampionLeague2011Winner6.jpg


Manchester United tidak dinafikan sebagai kelab bola sepak paling popular didunia.. jenama MU itu sendiri hampir setanding dengan Coca-Cola atau KFC.. dan selang beberapa hari dinobat sebagai juara liga england buat kali ke 19.. MU diuji lagi kehandalanya.. kali ini bertemu dengan juara liga Spanyol.. Barcalona.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhP48_Fp3JgVauB58iY3j1FRrjkPOUqGzEZ01p_DiEf-8m6w3aLVoNNmJiS8m0OUCOhpbT1vP-Vwbulr-cTPBmUo8nzJ0oxoxE-_EVvaKCXiBqfavzAB1SecHH2ZQLmnljRlGXXEpdzUtgw/s640/UEFA+Champions+League+Winner+2011+FC+Barcelona+Pedor.jpg

Dan pagi semalam adalah harinya.. perlawanan akhir bagi merebut trofi liga juara-juara eropah.. trofi yang menjadi idaman kelab-kelab bola sepak seluruh eropah.. ia juga menjadi kayu pengukur akan reputasi kelab mana yang terhandal dan terbaik buat masa ini.

Diseluruh dunia peminat bola sepak menantikan akan aksi pertembungan 2 kelab terhebat ini. tidak kira di restoran, dataran mahupun kawasan-kawasan lapang.. semua menjadi tempat untuk berkumpul untuk menyaksikan perlawanan dua kelab ini.. 

Diatas kertas MU dilihat punya kelebihan dengan lokasi perlawanan yang berlangsung di Wembley Stadium.. merupakan stadium kebangsaan bagi england... kelebihan bermain di tempat sendiri nampaknya telah dipermalukan dengan mudah oleh pihak lawan. Barca membawa pulang trofi ke Spanyol buat kali ke 2 untuk tempoh 3 tahun..


Ini adalah satu pencapaian terbaik.. dan sekali gus menjadikan Barcalona lubuk untuk syarikat-syarikat besar menabur wang penajaan. untuk musim akan depan  Qatar Foundation akan menjadi penaja rasmi untuk kelab Barcalona dan dianggarkan nilai penajaanya mencecah beratus juta ringgit!! 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirBX9bx-yM3imOEHpoJeh10d_zONi9PRVxqmWwvZRlw0PQDDHlrbclUnoKuo43lX5eIxyIRFOXb7aCBgzxn9jey3vgTIlttvsDvZ6CP0oqwTcHVCzcs0YaweXUA-0U0hN5EqyyJMlOxgm2/s320/barcelona-fc_000431_MainPicture.jpg

Keangkuhan MU dimalukan dengan mudah oleh Barcalona.. dengan reputasi kelab terbaik dan popular didunia tidak cukup untuk MU mendabik dada.. kalau dilihat pada colak permainan semalam adalah jauh bezanya dengan apa yang dipersembahkan oleh skuad Barca...


Dan sebagai gambar peransang kepada peminat Manchester United...


 

Wahahahahahahaa... selamat bangun dari mimpi...

Friday, May 27, 2011

Untuk Final Skuad Barcelona dibekalkan dengan jersi dari Sampah

http://www.sportro.org/wp-content/uploads/2011/05/Barcelona-Launched-a-New-Costume-for-the-2011-2012-Season-185x185.jpg

Besok adalah penentu bagi 2 kelab gergasi eropah untuk menjulang trofi liga bola sepak terulung benua itu.. pertembungan kelab Manchester United dari England dan Juara Liga Spanyol Barcalona bakal disaksikan oleh jutaan peminat diseluruh dunia secara langsung.

Apa yang lebih menarik besok adalah munculnya jersi baru Skuad Barca untuk musim depan akan mula dipertontonkan di Stadium Wembley buat kali pertamanya esok. dan lebih menarik jersi terbaru ini diperbuat dari barang terpakai atau lebih mudah disebut dari sampah.

http://www.bestourism.com/img/items/big/1380/Wembley-Stadium-in-UK_Great-architecture_5496.jpg

Wembley Stadium yang boleh memuatkan 90 ribu penonton
Dijangka esok skuad Barca akan mengunakan jersi ditempat lawan berwarna hitam pekat.. dan untuk setiap jersi pemain sebanyak 13 biji botol digunakan untuk menghasilkan sehelai jersi berkenaan.idea kreatif dari Nike ini ternyata untuk memberi kesedaran pada dunia berkenaan lambakan sisa terbuang yang makin tidak terurus didunia hari ini.




Jersi terbaru ini dikatakan 13 peratus lebih ringan seperti jersi sebelum ini dan mula dijual disemua butik Nike bermula semalam.. wow!!

http://www.asiaplate.com/photo/barcelona_jersey12.jpg 


Kemuncak Maharajalawak : Jambu terbaik!!!


Minggu penyinkiran berakhir hari ini dengan Kumpulan Balas menjadi peserta terakhir terkeluar dari gelanggang maharajalawak untuk beraksi di pentas final 26 Jun nanti. jadi hari ini secara rasminya Jozan, R2, Sepah, Nabil dan Jambu akan beraksi dalam pentas final.

Bagi menghargai peminat di luar dari Lembah Klang.. Gelanggang final akan bermula dengan Mahrajalawak Tour yang akan bermula di Pulau Pinang minggu depan diikuti dengan Kuantan dan Johor sebelum kemuncak Maharajalawak di Kuala Lumpur. 

Bercakap pasal gelanggang minggu ini.. dengan tema artis jemputan.. JAMBU dan AChong telah memberikan persembahan yang terbaik dari kalangan semua peserta.. komedi yang jarang dilihat dipentas ternyata membuka mata para juri untuk menepuk meja!! go Jambu!!

Tidak kurang hebat juga untuk Kumpulan Sepah n R2 yang telah memberikan satu komedi yang membuatkan semua penonton ketawa tanpa henti.. dan buat Kumpulan Balas sekaluh tahniah buat korang kerana sampai di peringkat separuh akhir.. semoga diluar nanti akan muncul fenomena Makcik Karipap tu dimana-mana.. 

Wednesday, May 25, 2011

Bila kerajaan mengeluh pasal subsidi.. apa sudah jadi..??

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKyozSIu78cTnP9U7ySLcGbBDGPK-wIsL8ybeT_jden2TG92dAtOauFqYTnlPuv8MsDALCUSqfSTsnLucXy5EfoxhQTUUb9DN0zk2XG9OrpnTA2yTnsW5dtUhG9gBGXo-w_HE3wBniaPc/s1600/kurang-subsidi.jpg

Subsidi Minyak, gula, minyak masak, tepung gandum dan lain-lain sering kita dengar.. tapi rakyat pasti marah bila kerajaan naikan harga barang seperti petrol dengan alasan tanggungan subsidi kerajaan yang tinggi. persoalanya adakah masalah dalam pentadbiran kerajaan dibawa kepada rakyat..??

Sejak akhir-akhir ini sering kedengaran pasal subsidi.. selalunya rakyat yang bising pasal subsidi nie.. tapi kini sudah tukar.. kerajaan pula yang dok sibuk pasal subsidi.. terpanggil juga aku untuk bersuara pasal hal ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEit_Ksn_mrXWg4Rzv8cDdsME76qz8ZZuilcWTDIhpJToL5zhoV5N31XXgx_5uWfSGnEbIamPTHMxKoJ982bcynjmXgHpx-WoJlyqCeTr2P0hsM9tEdnGg16loOiWaGoS1KtvJSo4vsSeks/s1600/minyak.gif

Kerajaan menyatakan yang mereka terpaksa menanggung kos subsidi yang makin meningkat sejak akhir-akhir ini.. terutama sekali subsidi yang diberi pada petrol ron 95 dan juga gas NGV... kerajaan terpaksa menanggung kos puluhan billion ringgit untuk subsidi bekenaan.

Persoalan aku kini.. ini kah kerajaan yang bijak..?? sampai mengeluh pasal tanggunggan subsidi kepada rakyat..?? apa kerajaan sudah hilang punca untuk menyelesaikan masalah sehingga kongsi masalah itu dengan rakyat atau dengan cara menaikan harga terbabit kerajaan dapat menyelesaikan masalah.

Pokok pangkal ungkapan "Rakyat Didahulukan" kini tidak lagi menjadi kata semangat.. hanya sekadar laungan dikala perlu.. apa kerajaan masih mengharapkan duit rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka..?? apa guna rakyat memilih kerajaan yang ada sekarang jika tidak mampu menyelesaikan masalah ini.

Kerajaan kita miskin kah..??

Setahu aku perolehan kerajaan dalam setahun cukup banyak dan kalau nak dikira memang banyak.. kalau nak ikutkan cukai sahaja dah boleh cecah puluhan billion!! itu hanya cukai.. belum masuk lagi dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan yang sememangnya besar gedabak perolehanya..

http://stat.k.kidsklik.com/data/photo/2008/03/18/2695161p.jpg

Persoalan aku lagi pasal petrol.. negara kita nie merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak didunia.. dan Petronas merupakan antara syarikat petroluem terbesar didunia yang dimiliki oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.. kenapa harus berkira pasal subsidi..?? Petronas untung berbillion ringgit setiap tahun..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1v8uJ_L9Ef9q9RXwIllFG1GEVW9ACmwIp0qlj7CBMl_tSFh7Iru2a2OHK9eNvNW2kVQzexl1DiqEHzivIZcipO93TsPTabP15TlPAm04T_jCHW4wK2HHpqIvpzeOJuQBvcLAb_lwmtTw/s400/gula.jpg

Persoalan aku pasal gula.. Malaysia juga antara pengeluar gula terbesar didunia.. kenapa harus dibangkitkan isu subsidi harga gula berkenaan.. adakah kerana rakyat negara ini suka makan manis2 kerajaan naikan harga demi menjaga kesihatan rakyatnya..?? apa punya cara..??

Persoalan aku pasal beras.. kerajaan mengambil tindakan yang agak kejam dengan menarik balik subsidi harga beras sehingga kini harga beras cukup mahal dipasaran.. dan bagi menjaga hati rakyat hanya beras keluaran nasional yang dah macam beras kasi makanan ayam diberi subsidi.. itu pun terhad!!

http://4.bp.blogspot.com/_klLOq0epYVs/SvF8M5IRGfI/AAAAAAAADZ8/sVkuUFbcV5A/s400/beras.jpg

Persoalan aku pasal minyak masak..  Sime Darby merupakan sebuah syarikat perladangan kelapa sawit terbesar didunia.. keluasan ladangnya berlipat kali ganda dari keluasan Malaysia.. dan jangan dikira pula hasil pendapatan tahunan syarikat ini.. apa kerajaan perlu mengeluh juga pasal subsidi harga minyak masak..?


Bukan melayu yang mengeluh pasal ini.. rintihan kaum cina juga amat kuat untuk menolak kerajaan yang sedia ada kini.. aku amat takut mendengarnya.. mereka tidak kisah kalau pimpinan tertinggi ambil rasuah.. tapi mereka akan risau jika ekonomi pada masa sekarang menyusahkan mereka.


Monday, May 23, 2011

Gambar terakhir anak-anak yatim Al-Taqwa sebelum tragedi..



Inilah gambar terakhir yang dapat diambil sebelum musibah menimpa mereka.. sayu hati ini melihat akan keceriaan mereka bersama.. menanti suatu majlis yang sungguh bermakna untuk mereka.. kegembiraan mereka berakhir disini bila Allah menguji mereka.. 

Khemah yang terdiri cantik menunggu para tamu yang hadir memberi sumbangan buat Rumah anak-anak yatim dan anak-anak hidayah Al- Taqwa Hulu Langat. lenyap sama sekali ditelan tanah dan batu.. ujian Mu sangat besar yang Allah.. 

Buat yang pergi.. Allah lebih menyayangi mereka.. semoga gambaran terakhir ini dapat kita insafi bersama.. semoga kita sentiasa ingat akan adanya Allah disisi kita.

Al-Fatihah


CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


Korang tengok gambar bawah ini.. sepi tanpa suara.. kelihatan pantas tanpa bunyi..

 
Sekarang aku bawakan korang masuk ke alam halimunan yang memang korang tak pernah bayangkan bila sekumpulan blogger tegar berada didalam satu gambar..!! ini sebuah drama sebabak yang munkin korang tak akan bayangkan bila ia menjadi kenyataan.. 
 
 
korang perbesarkan gambar tu kalau memang tak boleh nak baca... sebab ini satu-satunya didunia drama 3D dibumi..
Lihatla apa yang mereka katakan.. semuanya ada motif tersendiri.. kalau tak caye pergi jerk blog diorang satu-satu.. hehehe...
 
 
 

 



* Cerita ini tiada kena mengena dengan korang atau nama-nama pelakon diatas adalah khayalan semata-mata jika ianya benar itu hanya sekadar kebetulan.


Meatball Ikea yang haram.. Babi dapat nama...

http://3.bp.blogspot.com/_aXSMcD-UtcM/S8xUpGdoLZI/AAAAAAAAAGk/-Eb5rXztfd4/s1600/meatball+IKEA.jpg

Kecoh satu Lembah Klang tambah-tambah lagi peminat setia berbola daging terbaik dari ladang di IKEA dikatakan haram.. menguncap panjang dibuatnya mana tak nya.. bukan sekali dua pergi melantak kat sana.. kadang-kadang sampai yang dah siapkan jadual setiap minggu harus melantak sepinggan dua untuk puaskan hati.



Jadi apa benar yang diperkatakan bahawa ia haram dan ader unsur babi dalam menu berkenaan..?? agak cetek pemikiran orang yang hanya anggap bila sesuatu makanan itu ditarik balik atau duharamkan mesti ader hubung kaitnya dengan babi.. kenapa babi yang dipersalahkan.. kenapa kita tak salahkan pihak yang menyediakan makanan itu..??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH9xDozGyDan5jbnQPktYmWv3PXrjy5RUF-jB8OFirrIENhE2lxjEAAzlS0BQ7iX6Epxkzi3Dm7fxYC1NvGPzgODy91TP8D_9oE9gtTpU2TdPyKYAUrNsWbopB4vRpnMK5DCx-Q_OZkY6q/s400/HALAL_MALAYSIA_16162018.jpg

Ada beberapa sebab untuk pihak yang bertanggungjawap dalam mengeluarkan sijil halal berhak menarik balik sijil halal.. tidak hanya kerana babi.. banyak sebab yang boleh menyebabkan status atau pensijilan halal itu ditarik balik.. standard pensijilan yang diguna pakai oleh Jakim adalah seperti berikut.

STANDARD MALAYSIA
BEKENAAN MAKANAN HALAL
(MS 1500:2009)
Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2009) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal.

Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasuk JAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISC I di dalam sistem ini.

Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.

Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama.

Pada masa hadapan, adalah diharapkan agar Standard Malaysia (dokumen rasmi Kerajaan) akan dipromosikan di luar negara dan diiktiraf oleh negara-negara lain atau blok seperti Amerika, Eropah, China dan negara-negara ASEAN, dll.

Munkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan food court di IKEA itu ditutup.. jadi pada mereka yang sering buat spekulasi tak tentu pasal tu diharap berfikir panjang sebab setiap apa yang kita kata dan cakap itu boleh mendapatkan dosa-dosa kecil yang lama-lama akan menjadi besar jika tidak dikawal. 

Aku bukan nak backup Babi tapi cuma inginkan kepastian yang benar-benar supaya kita semua tidak menjadi mangsa pembohongan orang lain. lupakah kita pada ubat gigi Colgate yang pernah dikaitkan dengan babi..?? sosej bersarungkan babi..?? 
Best sangat kah babi..?? setahu aku harga daging Babi pun bukanya murah.. kalau nak dibandingkan dengan daging batang pinang keluaran lembu. jadi hanya peniaga yang bodoh tahap gaban sahaja yang akan merosakan minda orang islam dengan mencampurkan babi dalam menu makanan.

Hikmah disebalik kejadian tanah runtuh...

http://cache.daylife.com/imageserve/0a0v0y32VI36J/610x.jpg

Terlebih dahulu aku menyusun sepuluh jari al-fatihah untuk adik-adik yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang terjadi di Rumah anak-anak yatim dan anak-anak hidayah Al- Taqwa Hulu Langat. semoga Allah meletakan mereka dikalangan orang-orang yang tidak berdosa dan diampunkan dosanya.

Aku mendengar berita ini dari seorang sahabat pada Sabtu malam akan kejadian yang tidak diduga ini.. jika kejadian seperti Taman Hill View dahulu lot-lot banglo menjadi mangsa kali ini rumah anak yatim dan asrama bagi anak-anak yang susah menjadi mangsa.. sedih hati ini mendengarnya.

http://lh6.ggpht.com/_qdUQIatdkMk/TdfYCnJMpgI/AAAAAAAAF0E/nq0c0aM3Zu4/tanah%20runtuh2_thumb%5B5%5D.jpg?imgmax=800

Peristiwa pada hari kejadian.. dikala anak-anak yatim yang berada di asrama sedang bersiap sedia menyelesaikan satu raptai untuk satu majlis penyampaian sumbangan oleh sesebuah persatuan pada sebelah petang.. semangat mereka melakukan persiapan untuk menantikan ketibaan tetamu yang ingin menghulurkan sumbangan buat mereka terhenti apa bila sebahagian lereng bukit runtuh menyembah bumi.

Aku pernah alami peristiwa tanah runtuh yang mengakibatkan rumah aku sendiri.. memang sesuatu yang amat mengerikan bila mendengar akan runtuhan batu dan tanah dari bukit pada sekala besar menuruni lereng.. bunyinya kuat umpama kiamat.. kelajuan ibarat tsunami dilaut.. apa sahala yang menhalang laluan pasti diredahi..

http://cdn.yanmieonline.com/wp-content/uploads/2011/05/tanah-runtuh-rumah-anak-yatim1.jpg

Itu juga yang terjadi pada rumah anak yatim ini.. keseluruhan khemah yang dipasang untuk Majlis hilang sama skali.. anak-anak yatim yang berada didalam khemah turun ditelan oleh tanah dan batu yang runtuh dari bukit.


Apa yang kita kesali..?? 

- Bila sudah terjadi baru terlihat Rumah anak yatim ini tidak berdaftar.
- Bila sudah terjadi baru semua orang buka mata.. pemimpin.. orang kampung pun turut serta..
- Bila sudah terjadi baru kita ingat nilai anak-anak itu sendiri..

Apa hikmah yang kita pelajari..??  semuanya sudah terjadi.. 

- Apa harus anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa untuk kita buka mata..??
- Apa perlu kita tangisi permergian mereka dikala hayat mereka ada kita tidak pedulikan mereka..??
- Apa sudah jadi begini sumbangan jutaan ringgit boleh diganti dengan nyawa..??

http://www.shakirshafiee.com/v1/wp-content/uploads/2011/05/tanah.jpg


Semoga roh mereka-mereka yang tidak berdosa berada aman disana.. semoga kita yang masih bertenaga mengambil pelajaran kejadian yang ada.. berubah tidak semestinya perlu mengorbankan nyawa.. jika kita bijak mengunakan akal dan ilmu.. isyallah Allah bantu..

Sekali lagi Al- Fatihah buat adik-adik yang pergi...

http://www.saaid.org.my/v2/images/al-fatihah.jpg



Friday, May 20, 2011

Maharjalawak Minggu 8 : Kurang ajar punya Nabil

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHjLPrv_06TNzwcGzow-9uZ-1EMoEjTMF9XuQlp-tjLkwsnPOk8UwpIaK6cfbwrS6JIMenSdoW7cs4-Bulbbma3uCYeDbLxbQCtFe5BfYmFOUYwgGp8Q1C2Q3dvnvoDksAy12e0CH2kI4/s400/nabil.jpg

Selamat Tinggal buat Juara Raja Lawak musim ke 5 Man yang meninggalkan gelanggang Maharajalawak minggu ini. aku dapat rasakan tekanan yang beliau hadapi untuk membuat persembahan untuk hiburkan penonton bila minggu demi minggu yang tinggal bukan calang-calang.


Buat R2 yang kembali beraksi memperlihatkan kekuatan mereka pada hari ini.. tapi apa yang aku boleh cakap.. persembahan mereka masih biasa-biasa seperti dahulu walaupun ada perubahan tapi ianya tidak ketara dan sudah boleh dijangka.

Malam ini aku rasa persembahan yang paling best dan menghiburkan pun datangnya dari Kumpulan Sepah dan Nabil selain R2 yang juga tidak kurang hebatnya.. kehebatan Sepah dalam membuat lawak yang lain daripada yang lain sangat ditunggu-tunggu oleh penonton. kerjasama antara ketiga2 mereka membuahkan hasil dan dapat dilihat pada persembahan yang mereka buat.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/188038_195375423833255_4819672_n.jpg

Buat Nabil aku memang tak leh nak cakap apa.. memang dia punya keistimewaan dan punya bakat yang tersendiri dalam menghasilkan lawak berilmu dan terpelajar.. tapi aku cukup kurang senang dengan perangai beliau malam ini.. ibarat belum menang.. riak sudah nampak.. aku boleh cakap yang Nabil agak kurang ajar malam ini..

Apa perasan Amir dan keluarga bila Nabil terbahak-bahak ketawa dipermulaan persembahan..?? memang ia satu lawak yang sememangnya jenaka tetapi ianya ada hadnya.. jika diperlakukan berulang kali ianya boleh mendatangkan kebosanan dan kebencian pada orang.. harus diingat yang menonton bukan sahaja penyokong Nabil.

Kebiadapan Nabil diserlahkan lagi diakhir gelanggang.. disaat penyikiran apa perlu berlawak dan menunjukan yang dia seorang yang Happy Good Lucky tahap gaban..?? aku lihat Mamat Khalid cukup tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Nabil di saat waktu pengumuman penyingkiran peserta.

Diharap Nabil dapat tengok balik gelagat yang beliau telah lakukan malam ini dan nilai kembali yang mana perlu dan tidak perlu dilakukan untuk hiburkan hati orang. kita kena ingat yang kita berlawak untuk orang minat pada bakat bukan pada perangai yang tidak senonoh..


http://farm3.static.flickr.com/2711/4362097394_0700991171.jpg 

PEACE YAW!!!