Nuffnang Ads

Wednesday, February 20, 2013

PRU13 : Masa sudah sampai penghujungnya..



Tempoh aktif mandat rakyat kepada pempinan yang sedia ada kini hanya tinggal  tidak sampai 3 bulan lagi.. nampaknya jika Perdana Menteri tidak membuburkan parlimen dalam masa itu.. ianya akan bubar secara sendirinya bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum untuk rakyat memilih kepimpinan baru.

Hari-hari terakhir yang sangat sibuk buat semua parti politik tanah air.. menyiapkan dan melengkapkan semua senarai calon yang hendak dipertandingkan.. bagi Datuk Seri Najib yang kini dikerusi Perdana Menteri sudah pasti lagi sibuk.. dengan hal negara dan parti yang perlu diselesaikan.

Datuk Seri Najib dijangka akan menerima kunjungan Perdana Menteri Thailand sebagai tetamu terakhirnya untuk penggal ini minggu depan.. dan dalam masa yang sama minggu terakhir Feb ini juga dilihat untuk beliau menghabiskan kerja-kerja tertangguh untuk parti dan negara.

Buat parti pembangkang.. modal berkempen yang mereka hidangkan kini hanya menunggu Parlimen dibubarkan saja sebelum angkatan perang mereka bergerak ke seluruh negara untuk berkempen.





Persengketaan Pakatan Rakyat kini dilihat sedikit sebanyak mencacatkan matlamat mereka untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional, manakala Barisan Nasional dilihat lebih bersifat main duit sejak akhir-akhir ini.. banyak sudah wang dilaburkan untuk memuaskan hati rakyat.

PRU13 menjadi satu pilihanraya yang paling sengit untuk dilihat.. kemunkinan ada calon-calon bebas yang bertanding sudah pasti ramai akibat dari tsunami politik yang berlaku pada PRU12.





Semuanya menanti detik pertemuan YAB Perdana Menteri mengadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong saja.


Azlyn Massiela bukan isteri orang.. ujarnya..


Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.
Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).
Menurut Azlyn , Fizz bukan hanya berjumpa dengan keluarganya pada hari pertunangan, tetapi dia telah diperkenalkan oleh Azlyn kepada ayahnya lebih awal memandangkan Azlyn anak bongsu yang rapat dengan ayahnya. Malah, menurut Azlyn, Fizz turut diperkenalkan dengan ibu saudaranya yang tinggal di Australia.


* Peningkan kepala jerk pikir hal diorg.. pikir hal diri sendiri lebih baik hahaha...







Kisah cinta Fizz Fairuz selepas Shila Hamzah



Reda seketika bab cinta yang kononya terhebat dan romantik shanaz ahmad dan shila hamzah minggu ini hangat pula kisah pertunangan Fizz Fairuz dengan isteri orang.. makin hebat cerita cinta artis malaysia nie.. kalah Hollywood.. 

Hari ini melalui Harian Metro, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela.

Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas memutuskan pertunangannya Ahad lalu.
Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan.
Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa Azlyn beberapa kali dalam sebulan.
Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).
Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.
Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz.

Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz.


* Macam-macam cerita ada..

Sunday, February 3, 2013

Mega Ultimate yang bawa PSY ke Malaysia bukan Umno..



Kecoh jugak media maya mempersoalkan kehadiran penyanyi popular korea Psy ke Malaysia untuk membuat persembahan semperna Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Malaysia yang akan diadakan di kedah hujung bulan ini.

Rata-rata mempersoalkan akan bayaran yang bergitu tinggi dikenakan untuk membawa penyanyi yang meletop dengan tarian Gangnam Style itu ke Malaysia.. Bagi orang-orang politik sudah tentu melihatkan itu sebagai satu modal untuk menghentam kerajaan sedia ada kini dengan mengatakan duit rakyat digunakan sewenang-wenangnya dengan pembaziran sedemikian.

Bagi orang seni dalam negara pula sudah mesti akan terasa diri mereka tersisir didalam negara sendiri kerana ada pihak sanggup bayar berganda2 mahalnya untuk artis luar tidak untuk artis dalam negara. hal ini bakal membuatkan dunia seni duduk diam dan mati pucuk sedia kala..

Mega Ultimate Sdn Bhd adalah syarikat yang menaja kehadiran bintang kora selatan itu ke Malaysia bukanya dari wang atau duit kerajaan.. syarikat pengurusan yang besar ini banyak mendapat penajaan dari syarikat-syarikat cina di Malaysia termasuk syarikat Arak dan Judi.. hehehe so tak der duit rakyat digunakan untuk membawa Psy ke Malaysia..




Munkin duit rakyat yang berjudi saja yang akan digunakan... :D