Nuffnang Ads


Tuesday, January 31, 2012

Sebelum ada Ramli kita sudah ada Safee Sali



Tahniah diucapkan kepada Safee Sali diatas penyambungan kontrak bermain bersama Kelab Pelita Jaya untuk tempoh 2 tahun lagi, satu kebanggaan buat arena bola sepak tanah air dimana kini kita sudah boleh berbangga kerana mempunyai seorang pemain yang hebat dan tinggi nilainya.

Selama ini kita asyik di hidangkan dengan pemain-pemain kelab ternama eropah dengan pendapatan yang lumayan, tetapi kini Safee Sali dah membuktikan yang Rakyat Malaysia juga boleh. kontrak 2 tahun bernilai lebih RM 2 juta itu sekali gus meletakan beliau antara pemain bola sepak termahal di Indonesia kini.



Safee bersama kedua orang tuanya..






Safee Sali dah buktikan.. Ramli bila lagi..??


Picture by :  Detik.com




Ayah Ahmad Dhani meninggal dunia...

Pemakaman Tunggu Ahmad Dhani Dari Malaysia


Ayah kepada penyanyi Ahmad Dhani dari Kumpulan Dewa19 meninggal dunia lewat pagi tadi, Ahmad Dhani yang ketika ini berada di Kuala Lumpur bergegas pulang bagi menghadiri Majlis Pengebumian Ayahnya itu.
beliau berada di Malaysia atas beberapa urusan, jenazah Drs. H. Eddy Abdul Manaf bin Rustra Satra Admadja dijangka di kebumikan petang ini.




----Al-Fatihah----

Asteroid 433 Eros kini paling hampir dengan bumi.. apa-apa boleh jadi..




Untuk satu tempoh yang agak lama.. selepas 30 tahun asteroid 433 Eros kini berada bergitu hampir dengan bumi, dan jarak yang aku cakap paling hampir dengan bumi itu ialah 26.7 Juta Kilometer dari bumi dan besar asteroid 433 ini adalah 34 KM persegi atau sama besar dengan keluasan Kuala Lumpur. 
Jika Asteroid ini menghentam bumi.. nescaya bukan Kuala Lumpur sahaja yang akan ranap.. munkin jugak kita semua akan ranap.. apa pun kejadian yang puluhan tahun sekali terjadi ini kita kena ambil tahu kerana jika tidak takut nanti tak sempat ambik tahu kita jalan dulu.. hehehe..





Kali terakhir asteroid ini berada pada kedudukan hari ini iaitu 26.7 Juta Kilometer adalah pada 31 Febuari 1975.. dan dijangka akan berada paling hampir dengan bumi lagi sekali pada tahun 2055 nanti.. kalau umur korang panjang pun belum tentu korang akan ambik tahu pasal batu terbang nie..


Korang kalau ade teropong canggih dah boleh start teropong dah mulai skang tu pun kalau awan tak der dan langit cerah.. akan tetapi di lembah klang skang nie hujan.. batalkan saja niat korang tu hahaha.. kalau langit cerah korang akan lihat cahaya terang bak lampu LED berjalan pada kelajuan yang sgt dasyat ini..



dan kedudukan terkini asteroid adalah seperti dibawah..






Makanya kita perlu ambil tahu,. kot2 la tiba2 ngah tido kang batu sebesar 37 kilometer persegi jatuh tepi rumah.. tak der la korang terkejut...


Ana Raffali nikah 26 Febuari.. Kau ader..??




Bekas penyanyi juara lagu tahun lepas Ana Raffali yang ngetop dengan lagu kalau berpacaran bakal menamatkan zaman bujangnya pada 26 Febuari nanti, Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali 26 tahun akan bersuamikan kawan rapatnya Ahmad Aznaim Abdullah 30 tahun kat Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Pada sidang media petang tadi Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.

Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.

Tambah Ana, dia juga enggan mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana.







"Selama ini saya tidak pernah merasakan diri ini sebagai selebriti dan seperti orang biasa juga, kami sekeluarga ingin mengadakan majlis secara sederhana.

"Yang penting, kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, mungkin seramai 1,000 orang tetamu akan hadir," ujarnya.


Ramainya yang akan kawin bulan 2 ngan 3 nanti kan.. yang update blog nie ade..??

- Sumber : rotikaya & mystar

'JATI' untuk Islam sejati.. President PAS pening kepala...



Bekas Exco dan juga Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali telah menubuhkan sebuah pertubuhan baru yang beliau canangkan sebelum ini sebagai kuasa ketiga dengan nama "Jati" beliau dijangka akan mengepalai jentera "Jati" dalam siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mentabur segala kepincangan yang berlaku didalam pakatan pembangkang.

Tindakan berani beliau dengan mengadakan ceramah dengan rancaknya telah membuatkan bekas parti yang dinaungi beliau sebelum ini mula goyah. dalam diam ada keretakan yang sudah mula dikesan di peringkat tertinggi Parti Islam Se Malaysia (PAS).





Jika diambil kisah dengan apa yang disampaikan oleh Datuk Hasan di setiap ceramahnya nampaknya kita boleh fikir dimana kebenaran yang dapat kita lihat apabila sedikit demi sedikit kerja kotor puak pakatan pembangkang mula dibocorkan.

Agen-agen jahat yang merasuk kepimpinan PAs nampaknya juga sudah diketahui.. apa lagi selepas ini hasrat President PAS yang menyatakan tidak akan bertanding pada pilihanraya umum akan datang sekali gus membuka laluan kepada Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya.. akan tetapi DAP masih kukuh dan kuat untuk Anwar hapuskan.






Apa masih kurang jelas dengan apa yang berlaku ini..?? apa pula terjadi dengan masalah dalaman PAS..?? adakah kita masih ISlam di dalam PAS yang berkongsi naungan dengan komunis..?? JATI tempatnya selain UMNO. hehehe...











* PERKASA BAckup jerk..

The Black Star Tour 2012.. Avril Lavigne datang KL woot..! woot..!




Penyanyi kesukaan aku sejak dia belum kawin sehingga jadi janda Avril Lavigne come to KL yaww!! ini bukan kali pertama minah yang beranak di Canada ini ke Malaysia dulu pun dah 2,3 kali dia datang wat konsert kat sini time sebelum dia kawin.. so skang dia hadir sebagai seorang janda.. hahaha..

Konsert jelajah The Black Star Tour 2012ke 7 kotaraya di 3 buah negara di Asia.. destinasi pertama beliau dijangka ke Tokyo pada 4 Febuari, 16 Febuari di Philipines dan akan berakhir di Stadium Merdeka pada 18 Febuari. huh!!


Kalau korang peminat setia penyanyi ini dapatkan tiket sekarang!!














* Sape nak belanje aku..??

Monday, January 30, 2012

Penulis Lirik Lagu "awan nano" orang PKR.. So what..??



Munkin ramai yang tidak tahu dan munkin hari ini kita baru tahu akan kerjaya seni itu kadang-kadang tak ada sangkut paut atau pun hubung kaitnya sama sekali.. tetapi jika kita mempunyai minda yang kolot sudah tentu kita akan hentam orang yang berada pada pihak yang kita tentang.







Penulis lirik Awan Nano yang diiktiraf sebagai Juara Lagu ke 26 semalam Nasmi Hashim atau popular dengan nama penanya Buddhi Hekayat membuktikan kerjaya seni beliau tidak bercampur dengan urusan politik beliau, beliau merepakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Parit Sulong, Johor berkata  dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.

"Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan.

"Saya berkarya untuk semua orang, saya tak buat lagu untuk satu parti atau mana-mana parti tertentu," katanya.






Justeru katanya, lagu Awan Nano yang bermaksud 'pelindung' dan karya-karyanya yang lain turut mempunyai unsur-unsur kemanusiaan selari dengan prinsip penulisannya.

Lirik lagu tersebut katanya dicipta lebih kurang tiga tahun yang lalu sebelum diserahkan kepada komposer.
Lagu itu dinyanyikan oleh juara Akademi Fantasia Ke-7, Hafiz turut mengungguli dalam kategori vokal terbaik. Melodi lagu tersebut adalah ciptaan komposer terkenal M.Nasir.

Nasmi berkata, beliau sebenarnya sudah terlibat dalam bidang seni dan penulisan bukan baru tetapi kira-kira 15 tahun yang lalu dan tidak menganggap berpolitik sebagai halangan untuk berkarya.

"Kerja seni saya melampaui parti dan saya tak jadikan parti sebagai halangan.

"Parti sebagai wadah untuk saya bergerak, itu sahaja," katanya.

Sebelum Awan Nano, pemuda berusia 36 tahun ini pernah menulis lagu untuk kumpulan Spider berjudul 'Ajaib' dan banyak mempelajari tentang teknik penulisan lirik daripada arwah Loloq.

Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya untuk kumpulan muzik bebas selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com.






Nasmi menambah, berkarya sambil menceburi bidang politik adalah perkara biasa yang turut berlaku di luar negara.

Malah, beliau turut menegaskan nama pena Buddhi Hekayat yang digunakannya sekarang dalam bidang seni juga bukan bertujuan untuk menyembunyikan identitinya sebagai ahli politik daripada diketahui umum.

"Dalam dunia penulisan nama pena adalah perkara biasa. Lima belas tahun saya dalam bidang seni, lima belas tahun jugalah saya guna nama yang sama ini," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut penglibatannya dalam bidang politik, beliau berkata selepas PKR berjaya pada pilihan raya umum 2008 yang lalu yang menyaksikan parti tersebut berjaya menguasai beberapa buah negeri, beliau lebih banyak memberi tumpuan kepada bidang seni.

"Nak kata saya berpolitik sepenuh masa pun tidak juga. Tugas saya agak kurang. Saya sukakan cabaran.
"Banyak yang saya sudah cuba dalam usia muda. Saya menulis, saya ceburi bidang politik. Sama jugalah orang seni yang sudah tua, dan mereka beralih ke politik," jelasnya.

Ditanya adakah beliau bimbang kerjayanya dalam bidang seni akan terganggu selepas masyarakat mengetahui tentang diri dan latar belakang politiknya, beliau menjawab:

"Saya lebih senang orang kenal saya sebagai orang yang mahu beri kesenangan dan kebahagiaan kepada ramai orang dengan karya-karya saya.

"Dalam politik pun pandangan saya lebih kepada manusiawi, bukan matlamat untuk bermusuh atau merebut kuasa."

Dalam pada itu, beliau berkata selepas kemenangan Awan Nano, beliau mula melihat arah yang dicari-cari selama ini dan akan lebih aktif menulis lirik.

"Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya lagi.





* Politik itu hanya permainan duniawi.. bukan bawa kemati...

Sunday, January 29, 2012

Komen disebalik Anugerah Juara Lagu 26



Teka teki mengenai Lagu mana yang bergelar Juara Lagu ke 26 terjawab malam semalam, disaksikan lebih 10 ribu penonton yang hadir memenuhi segenap ruang Stadium Putra, Bukit Jalil mengangkat lagu "awan nano" nyanyi Hafiz dari Akademi Fantasia menjadi Juara dengan membawa pulang wang tunai RM 35 ribu ringgit.

Jika sebelum ini cakap-cakap orang yang meletakan Lagu Terbaik AIM "sedetik lebih" dan lagu dari nyanyian 3 suara menjadi pilihan nampaknya meleset sama sekali, kelebihan lirik dan penceritaan "awan nano" menjadikan lagu ini menjadi pilihan 30 juri yang mengadili anugerah pada kali ini.

Aku yang berkesempatan hadir ke Stadium Putra semalam akan menyenaraikan apa yang best dan apa yang tak best untuk korang.. jadi dibawah sedikit komen dari aku berkenaaan persembahan dari kesemua lagu yang bertanding.


Untuk gambar dari aku rasanya tak payah lah aku upload.. kamera aku yang sangat mahal tu tak mampu plak ambil gambar dengan cantiknya.. walaupun berpeluh dan bersungguh2 dok kat tepi Blue Carpet tu!!


Apa pun ada gambar dari Crew TV3 kali ini.. terbaik!!


Yuna main gitar memang gojes habis!!!..


Ana yang bakal mengakhiri zaman bujangnya minggu ini...


Takut ok!!.. eh mana pinggang ko yuna..??


Kebanggaan org sarawak!!


3 suara yang super power..!!


Persembahan yang hebat!


Cinta muka buku.. tapi asal promot Youtube..??


rare!!




1.Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

- Persembahan lagu ini nampak biasa-biasa sahaja.. malah nampak agak kalam kabut dibuatnya apabila banyak sangat elemen di kedai minum tu, Altimet yang masuk dengan superbike nampaknya menambahkan kekalutan di stage.

2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

- Walaupun pada mulanya Faizal Tahir mengatakan yang tiada kejutan yang beliau ingin sampaikan pada kali ini, tetapi persembahan dengan gaya gothic dan piano terbakar tu sememangnya satu kejutan yang luar biasa.

3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

- Walaupun ramai diluar sana tidak menyukai lagu ini, akan tetapi di dalam stadium hampir semua hafal lagu ini..!! 

4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

- Lagu harapan untuk menangi dibawakan oleh penyanyi yang bersuara hebat Jaclyn Victor nampaknya hanya mampu menang Lagu Paling Popular di Celcom!! apapun Jaclyn buat satu stadium terkhasima dek suara dia..

5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

- Lagu yang lain daripada yang lain.. gubahan muzik pada malam itu sgt luar biasa..!!

6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

- Lagu yang diminati tak kira budak kecik dan orang tua ini semamngnya layak menang! apapun suar sukan dan t-shirt saja telah membuktikan yang persembahan itu no. 2 penting dari suara dan Lagu.!

7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

- Secara keseluruhanya lagu Najwa Latif nie dianggap paling tak best pada malam semalam, tempo yang agak laju dan susunan muzik yang agak terabur memang rasa tengok macam budak tadika menyanyi time anugerah kecemerlangan pelajar.. 

8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

- Beraksi sebagai lagu terakhir menjadikan lagu ini ditunggu-tunggu oleh semua penonton.. kemunculan 3 suara ini membuatkan satu stadium riuk rendah.. persembahan yang simple tapi mantap.!

9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

- Logue mengubah lagu ini menjadi yang sangat luar biasa semalam.. rentak zapin dan pancaragam diseragamkan dengan penuh tersusun.. aku jangkakan lagu ini akan menang persembahan terbaik..

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
- Lagu pembuka tirai.. pertama kasi aku tgk dan dengar lagu nie.. ok.. best jugak.. tapi orang lebih ramai suka dengar bunyi.. "oohooo.." tang lagu nie... hahahaha...

11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

- Aizat membawakan lagu ini dengan cukup best sekali.. lagu yang aku suka ini disampaikan dengan bersahaja sambil disulami dengan gaya gambaran pelukis pasir yang sgt kreatif!!

12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

- Lagu ini juga merupakan calon juara.. apakan daya tak menang.. ape pun persembahan terbaik yang dimenangi Alyah sgt kena pada usaha yang beliau sampaikan.. sesuatu yang sgt unik dan tak tercapai akal ku yang akan ada persembahan cam nie.





Budak cantik dtg ngan pakwe...




Super comel kau nie..!!




Gojes habis baju fauziah gos nie..




Yang paling digilai jurugambar...




memang super chantek!!!




Tasha yang nampak garang.. dalam kepala otak dia munkin Isu menari kat kelab jerk skang nie hehehe..




Baju Mia nie dah same ngan baju bunting kat belakang tu...




Kaer yang diterbangkan khas dari Indonesia...





Dynas mengandung lagi.. comel dowh!.





Fatiha yang paling cantik malam semalam aku rasa...





Sari yanti jugak hot!! semalam...





Geng Datuk Panglima..


Yang nie memang asli cute...











Sekali lagi tahniah buat Hafiz!! dan Datuk M. Nasir...

Ustaz Azhar Idrus pecah rekod Yusuf al-Qaradawi di Masjid Shah Alam !!




Semalam bertempat di Masjid Shah Alam berlangsungnya Kuliah Khas anjuran Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Magrib yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus sebagai penceramah.






Rekod baru telah dicipta semalam dimana lebih 30 ribu jemaah hadir bagi mendengar kuiah yang disampaikan oleh ustaz Azhar dan lebih 50 ribu yang menontonya secara online, satu titik perubahan yang besar bagi anak-anak muda dimana hampir 70% yang hadir adalah golongan muda.

Ustaz Azhar yang dilabelkan sebagai Ustaz Geng Muda ini sememangnya memberi satu fenomena baru untuk menganjak generasi muda untuk mendalami ilmu agama dengan lebih serius, kehadiran lebih 30 ribu jemaah semalam menjadikan ceramah beliau sebagai yang paling ramai dihadiri oleh jemaah, Masjid yang dibina sejak tahun 1993 itu hanya berkapasiti 14 ribu jemaah sahaja.. akan tetapi Ustaz Azhar telah memecahkan rekod kehadiran jemaah ke Masjid terbesar di Malaysia ini.






Sukar untuk kita saksikan kedua2 level penuh sesak begini..



Sebelum ini  Ulamak terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi berjaya menarik puluhan ribu jemaah hadir mendengar ceramah beliau ketika hadir ke Malaysia dua tahun lepas di Masjid yang sama, 







* Tahniah dan Syabas pada mereka yang hadir ke Masjid semalam.. anda mampu mengubah situasi islam di Malaysia.. semoga kehadiran anda dapat memberi satu sinar baharu untuk islam di Malaysia.