Nuffnang Ads

Sunday, May 19, 2013

Air Asia Untuk Dijual.. Harga Promosi








Model Kapal Terbang Air Asia untuk Dijual..


RM 16 Sebijik tak termasuk Pos..!!

Promosi Raya...!!

Pelbagai Design...


CALL @ Mesej 


011 - 23053573





Model Kapal Terbang Untuk Dijual




Dapatkan pada harga borong...!!

Pelbagai Saiz dan Design terkini...

Kualiti dijamin tahap Neolofa..!!

Call @ Mesej 


011 - 23053573








Air Asia sudah start lupa diri..




Memang tidak dinafikan Air Asia memang satu jenama dari Malaysia yang akan membuatkan rakyat Malaysia berbangga denganya.. di angkat sebagai syarikat tambang murah terbaik didunia beberapa kali sudah tentunya jenama air asia kini gah dan dikenali diseluruh dunia.

Perjalanan Air Asia dari mula berjalan sehingga menjadi antara salah sebuah syarikat penerbangan terbesar didunia memang sesuatu yang membanggakan..

Akan tetapi kini sudah ada cakap-cakap tidak elok timbul dari penumpang yang menaiki Air Asia.. apa kini Air Asia sudah cukup selesa berada dalam landasanya..?? Kelewatan.. Cas pelbagai.. servis tidak elok.. semuanya sudah mula menjadi amalan kakitangan penerbangan itu kini..

Kes Terbaru yang melibatkan Air Asia yang akan membuatkan Fire Fly atau Malindo Air untung selepas ini adalah :-



IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA USAH LEPAS TANGAN





Tuesday, May 14, 2013

Datuk Seri Farid Ridzuan antara Menteri Kabinet baru..??



Debaran menanti pengumuman senarai penuh barisan kabinet baru Datuk Seri Najib yang dijangka diumumkan lewat petang ini masih menjadi buah mulut orang-orang politik dan rakyat.. rata-rata yang beranggapan ada muka-muka baru yang akan diangkat menjadi menteri penuh kali ini.

Beberapa Nama yang disebut bakal duduk dikerusi menteri adalah :-

Datuk Seri Farid Ridzuan - Bekas CEO Kumpulan Media Prima ini dilihat cukup kukuh untuk disenaraikan dalam barisan kabinet baru Najib kali ini. beliau sebelum ini ditugaskan di jabatan perdana menteri untuk tugasan khas belia dan media baru bagi YAB Perdana Menteri dikatakan calon yg sesuai untuk mengantikan tempat Datuk Seri Rais Yatim selaku Menteri Penerangan.

Khairy jamaluddin - Ketua Pegerakan Pemuda Umno ini juga dilihat mempunyai peluang cerah untuk berada dalam barisan kabinet, kejayaan beliau mengekalkan kerusi perlimen rembau dengan kemenangan besar selain sokongan pemuda terhadapnya sudah pasti akan membuatkan beliau disenangi, antara jawatan yang disebut-sebut untuk beliau duduki adalah Menteri Belia & Sukan.


Antara nama nama lain yang disebut bakal kembali dalam kabinet adalah bekas menteri besar terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas menteri besar kedah Datuk Seri Mahazir Khalid. selain itu Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Salleh juga disebut2 bakal mengantikan tempat Datuk Raja Nong Chik untuk kerusi Menteri Pembangunan Waliyah.


Sunday, May 5, 2013

Herman Tino tewas.. Datuk Idris Haron bakal Ketua Menteri Melaka yang baru..




Majoriti penyandang kerusi P.095 Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bertambah dari tahun 2008 dengan kemenangan sebanyak 4,394 undi.

Noh memperolehi 20,548 undi manakala lawannya Mohamad Rashdi Deraman (PAS) memperolehi 16,154 undi.

Seorang lagi calon Bebas, Masrun Tamsi mendapat 340 undi.

Pada PRU-12, Noh menang dengan memperolehi 16,073 undi dan majoriti sebanyak 3,820 sahaja.




Manakala Adun Sungai Udang , Datuk Idris Haron disebut-sebut bakal duduk dikerusi ketua menteri yang baru bagi melaka setelah penyandang sebelum ini Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertukar kerusi di Parlimen Bukit Katil, walaubagaimanapun Mohd Ali Rustam tewas kepada Ketua Pemuda Keadilan.



Datuk Ismail Kassim disebut bakal Menteri Besar Perlis yang baru..




Adik kepada Datuk Seri Shahidan Kassim ini disebut-sebut bakal duduk dikerusi Menteri Besar setelah beliau menang di Kerusi DUn Tambun Tulang dengan majoriti 2481 undi menewaskan calon PKR Azhar Azmeir.

Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin Menteri Besar Johor yang baru..



Menang di DUN N43 PERMAS dan kemenangan BN di Johor akan membuatkan bekas Menteri Persektuan ini duduk di kerusi Menteri Besar Johor yang baru, nama beliau disebut-sebut sebelum ini setelah Tan Sri Abd Ghani Othman berpindah ke kerusi Parlimen pada PRU 13.


Datuk Mukhriz Tun Mahathir Menteri Besar Kedah Yang Baru..



Kejayaan Barisan Nasional merampas kembali kerusi Dewan Undangan Ngeri Kedah mengesahkan Datuk Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang baru, anak kepada mantan Perdana Menteri ini menang di kerusi yang beliau tandingi di N4 Ayer Itam dengan Majoriti lebih 2 ribu undi..

Sementara itu Bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abd Razak turut mengekalkan kerusi N20 Sungai Limau.





Saturday, May 4, 2013

PRU 13 : Ramalan 5 Mei..



Tinggal kurang 12 jam sahaja lagi waktu berkempen.. masuk waktu kritikal bagi calon-calon yang bertanding untuk bertemu rakyat sepuas-puasnya, tepat jam 11.59 minit malam ini segala bentuk kempen dan ceramah adalah diharamkan. 

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia akan mengambil alih suasana tanah air esok, hanya mereka sahaja yang berhak menjalankan aktivi mereka dan rakyat menjalankan tugas untuk membuang undi.

Tempoh 2 minggu berkempen secara rasmi yang diberikan oleh SPR sebenarnya cukup lama.. mana tidaknya.. kalau dilihatkan sejak 2,3 tahun lepas lagi parti-parti yang ada kat malaysia nie dah lancarkan kempen mereka, setiap hari ada saja ceramah dan kempenya.

Ramalan 5 Mei dari pandangan aku..


- Barisan Nasional akan kekal mentadbir kerajaan persektuan dengan kemenangan tipis.
- PKR dijangka menang besar untuk kerusi DUN.
- BN dijangka dapat merampas kembali Negeri Selangor 
- BN dijangka menang sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur.
- Pakatan Rakyat dijangka merampas kembali kerajaan negeri Perak.
- DS Anwar Ibrahim tewas di Permatang Pauh.
- Raja Nong Chik Menang kerusi Lembah Pantai
- Musam Musa dijangka menang di Putrajaya
- Pahang dilihat antara negeri yang akan di rampas oleh pakatan rakyat
- BN menang besar di johor
- Perlis dijangka akan ditadbir oleh PAS
- BN berjaya rampas kembali Kedah
- BN dijangka tewas teruk di Kelantan
- BN juga dijangka hilang banyak kerusi di Terengganu
- BN dijangka menang selesa di Negeri Sembilan dan Melaka
- Pulau Pinang dijangka kekal ditadbir oleh Pakatan rakyat
- Pakatan Rakyat juga dilihat mampu untuk menang beberapa kerusi di Sarawak dan Sabah
- Khalid Samad akan kekal di Shah Alam
- Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia di jangka menang di Kuala Kangsar


Antara Nama Besar

- Lim Kit Siang dijangka kalah menentang Abdl Ghani Othman
- Anwar Ibrahim tewas tipis di Permatang Pauh
- Datuk Ibrahim Ali tewas kepada Nik Abdul
- Khalid Ibrahim dijangka kalah di Perlabuhan Klang dan Menang di Bdr Tun Razak
- Khalid Samad kekal di Shah Alam
- DS Hishamuddin dijangka kalah



Apa pun ini hanya ramalan..




-

Friday, May 3, 2013

PRU 13 : Menjelang 24 Jam Terakhir..

Ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Mat Sabu di Pulau Pinang


Masuk 24 Jam terakhir.. kempen sudah sampai ditahap kemuncaknya.. 


Ceramah Rafizi di Pandan

Anwar di Kedah





Ceramah Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Pecah Rekod..!!




Kutipan hasil derma ceramah pakatan rakyat malam ini di Pulau Pinang akan menjadi satu rekod baru untuk siri ceramah umum pakatan rakyat dimana sehingga kini telah berjaya mengumpul lebih setengah juta ringgit!!

Di Esplanade, Pulau Pinang lautan manusia memenuhi kawasan itu bagi mendengar ceramah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
 
Malam ini menjadi malam yang terakhir sebelum fasa kemuncak malam esok..


HQ PKR di Damansara di Bom..??





Situasi terbaru yg baru diterima.. satu letupan terjadi di ibu pejabat PKR di Damansara sebentar tadi..

Update...





PRU 13 : Laporan Terakhir Sebelum Tumbang..




Tinggal kurang 48 jam lagi seluruh rakyat malaysia yang layak mengundi akan memilih kepimpinan yang mereka rasa layak untuk duduk dikerusi Yang Berhormat, PRU 13 yang dikatakan sebagai ibu segala pilihanraya bagi Malaysia menyaksikan persaingan sengit tak kira pada yang bertanding ikut parti atau jalan sendiri menjadi bebas.

Semuanya terletak ditangan rakyat, kuasa mutlak memilih siapa yang dirasakan mampu untuk membawa negara ini untuk satu penggal yang akan datang, menifesto parti yang dijaja oleh parti-parti sudah pasti akan diteliti oleh rakyat tak kira di bandar ataupun kampung perdalaman semuanya akan diambil kira.

Masuk di jam terakhir ini kempen nampaknya lebih panas dengan pelbagai bahan tidak kira yang sahih atau pun tidak dijaja oleh jentera-jentera parti bertanding untuk meraih undi, sehingga belum tibanya jam 11.59 malam 4 Mei 2013 kerja siang malam mereka selama ini akan berakhir.. segala bahan untuk berkempen haruslah dihabiskan secepat munkin.

Adakah Barisan Nasional..??

Untuk rekod 50 tahun yang lalu sememangnya kerajaan BN sudah serasi dengan rakyat malaysia.. membawa malaysia dari sebuah negara miskin yang tidak punya apa-apa hingga kini dikenali oleh seluruh dunia.

Perancangan dan Transfomasi yang cuba dilakukan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi iaitu menjadi negara maju menjelang sasaran tahun 2020 nampaknya tersusun rapi, akan tetapi jika mereka tumbang pada 5 Mei ini.. kemunkinan besar segalanya akan berubah.

Rakyat Malaysia dikatakan cukup muak dengan dombaan YB yang bila sudah menang tak nampak batang hidung.. tak semuanya lalai dalam tugas.. ada yang gitu bersungguh memikul tanggangjawab yang rakyat beri.. apa pun Rakyat berhak memilih.

Adakah Pakatan Pembangkang..??

Barisan pakatan dibentuk untuk mengubah menjadi satu kuasa yang cukup besar kini bukanya datang dengan sendiri.. kerja keras mereka menjadi pembangkang selama ini cukup mencabar. sekatan media dan pelbagai lagi fitnah yang cuba diberi mereka harungi dengan penuh dugaan.

PRU 13 akan menjadi ujian terakhir bagi kerja keras barisan pekatan pembangkang selama ini.. apa yang mereka juangkan akan ditentukan oleh Rakyat Malaysia, pada PRU 12 mereka merampas separuh dari negeri di Semenanjung dan ternyata mereka boleh mentadbir kerajaan, akan tetapi ada beberapa isu yang menimbulkan masalah dengan menifesto yang tidak tertunai barangkali mengoyahkan mereka untuk mencapai cita-cita mentadbir kerajaan persekutuan.

Ada apa dengan Bebas..??

Calon-calon bebas yang bertanding sudah pasti akan membuatkan satu-satu pertandingan itu menjadi sengit.. pecahan undi munkin berlaku, memang Malaysia ini negara demokrasi dan siapa sahaja yang menjadi Rakyat Malaysia berhak untuk bertanding dalam pilihanraya, akan tetapi untuk menarik hati rakyat bukan sesuatu yang mudah, rakyat kini bukan seperti 40-50 tahun lepas yang mudah terikut dengan kata-kata.

Harapan Rakyat Malaysia

Tidak kira siapa yang menang.. Rakyat hanya mahukan kesenangan dan keamanan yang selama ini dikecapi dikekalkan. kini dapat dilihat negara kita sudah mula dimasuki oleh bangsa-bangsa lain, peniaga-peniaga yang menjaja sehinggalah yang menguntip derma semuanya bangsa lain, kehidupan seperti bukan berada dalam negara sendiri cukup tidak menyenangkan.

Tidak kira siapa yang mentadbir kerajaan.. rakyat hanya mahukan sesuatu yang mampu memberi kenikmatan selain hidup yang selesa dan aman. kita negara merdeka dan berbilang bangsa.. boleh hidup aman dan bahagia itu saja sudah cukup untuk kita.. tak perlu kita ikut acuan negara lain untuk menjadi yang lebih perkasa.




Untuk semua Rakyat Malaysia.. Undian ditangan anda penentu masa depan anda di Malaysia.. Lakukan dan buatlah pilihan yang bijak..!!


Selamat Mengundi..!!






























Wednesday, May 1, 2013

Bekas Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim punya otak serupa lembu..??






Agak2 la nak ceramah pon.. jgn tunjuk sangat kebodohan tu..






Tun M turun Shah Alam buat kali kedua kurang dari sebulan..



Sememangnya aura kehadiran bekas perdana menteri ini disesebuah kawasan sudah pasti penuh dengan penyokong setianya tidak kira dimana beliau dibawa pasti penuh sesak dengan mereka yang sememangnya mengagumi bekas perdana menteri yang telah banyak membuat perubahan kepada negara.

Semalam untuk tempoh kurang sebulan beliau sekali lagi turun ke Shah Alam untuk berkempen untuk calon Perkasa atas tiket BN Datuk Zulkifli Nordin.. ternyata aura beliau bergitu ditagih..








Credit Photo : GAP