Nuffnang Ads

Wednesday, November 30, 2011

PAU 2011 : Hari Perasmian Perhimpunan.. Gelanggang dibuka...



Permulaan perjalanan..


Suasana di PWTC memang meriah.. dengan Jualan Mega!!



Tempat khas untuk mereka yang tidak dapat memasuki dewan..




Ucapan Perasmian yang banyak menyentuh akan sejarah lampau parti..




Puteri Umno dianggap sebagai salah satu cabang yang akan menjadi penentu kemenangan PRU13 nanti..



Ketua Pemuda menaikan bendera...




Ketua Puteri...










President Gerakan..



Kehadiran Tun M sangat penting...



President MCA...












Kehadiran Tun Abdullah dan Tun Musa Hitam...



Thanks!!
http://yuseriyusoff & Papagomo

Kukuh!!

Tragedi Jambatan Runtuh di Indonesia



Dikala seluruh rakyat Indonesia baru selesai meraikan kemenangan mengutip pingat emas yang banyak di halaman sendiri dari Sukan Sea 2011 negara itu dikejutkan dengan satu tragedi jambatan runtuh di Tenggarong. 

Jambatan sepanjang 710 Meter yang baru 10 tahun dibina itu tiba-tiba runtuh akibat dari kerja penyelenggaraan yang dilakukan. akibat dari runtuhan itu banyak kenderaan yang berada diatas jambatan ketika itu terjunam kedalam sungai mahakam.




Kerja penyelenggaraan yang dilakukan tanpa mengalihkan laluan kenderaan sedia ada menyebabkan banyak yang menjadi korban.





Struktur Jambatan dikatakan lemah setelah salah satu dari kabel sokongan jambatan putus.




Jambatan ini merupakan satu2 nya laluan yang menghubungkan kedua tempat yang dipisahkan oleh sungai mahakam.



 

Sehingga kini lebih 30 mayat telah ditemui.. dan dijangka lebih banyak mayat yang masih hilang..

 



Kedalaman sungai yang mencecah 50 meter menyukarkan operasi menyelamat dilakukan.


Tahniah buat keluarga mangsa..



Karmin - “The Little Band with a Big Sound”






Malas mau cerita.. layan saje!! memang terbhaekk!!!




Price Tag - Jessie J ft. B.o.B.

 








Look At Me Now - Chris Brown










Super Bass - Nicki Minaj











Party Rock Anthem - LMFAO










PAU 2011 : Text Ucapan Dasar President...




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,

Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden,

Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,

Ketua-Ketua Parti Komponen Barisan Nasional,

Dif-dif Kehormat,

Para Perwakilan, Pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.
MUKADDIMAH

Saudara dan Saudari sekalian,

Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.

Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.

Saudara dan Saudari,

Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.

Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.

Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.

Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.

Saudara dan Saudari,

Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.

Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.

Saudara dan Saudari,

Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

Saudara dan Saudari,

Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.

Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.

Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.

Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.


Saudara dan Saudari sekalian,

Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.

Saudara dan Saudari,

Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.

Saudara dan Saudari,

TAAT DAN SETIA

Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa’, apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.

Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.

Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.

Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.

Saudara dan Saudari,

CINTA DAN KASIH

Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.

Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.

Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.

Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.

Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.

Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga’ bisa Pak…

Saudara dan Saudari,

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.

Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.

Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?

Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.

Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.


Kudis yang meninggalkan parut...




Tajuk agak jijik untuk diperkatakan akan tetapi ini hanyalah cerita dikala boring dan idea yang tak ada untuk dikongsikan bersama.. korang pernah kena maki tak..?? atau di lemparkan dengan kata-kata kesat atau tidak senonoh yang membuatkan korang sakit hati dan ingat sampai mati..??

Mustahil la tak kan.. kadang-kadang ayat-ayat yang kita dapat itu akan menjadi motivasi kepada kita untuk kita membalas dendam bukan..?? tak pun kita akan pegang kata-kata yang kita dapat itu untuk terus membenci manusia yang pernah memaki kita.

Manusia memang berlainan perangai dan pesonalitinya kadang-kadang kita mudah untuk terima apa yang dicakapkan oleh kawan atau pun ahli keluarga sendiri.. akan tetapi pasti ada benda yang munkin kita tidak akan terima dan munkin juga kita terima teguran atau makian tertentu untuk kita ingat sampai bila-bila.

Baik buruk apa yang kita terima itu hanya diri sendiri sahaja yang tahu.. jangan pula kita membawa cerita kita kena maki tu satu Malaysia semua tahu.. 


sebagai contohnya 


 
" Ketiak kau bau siot! " 



Adakah kita akan pukul dan belasah orang yang cakap itu..?? atau kita diam dan perbetulkan apa yang diorg cakapkan pada korang..?? atau simpan dalam hati sambil berkata " Ketiak ko pun sama ". sebenarnya kita perlu siasat sama ada benar apa yang orang katakan pada kita itu dan cuba lah cari jalan penyelesaian yang terbaik.






" Muka kau nie asal 4 segi..?? "



Adakah kita akan tanya balik soalan yang kita terima itu pada ibu kita..?? atau menangis guling-guling sehingga lanjut usia..?? tak perlulah korang mempertikaikan apa yang telah korang miliki.. bersyukur dan terima seadanya sudah cukup untuk korang mendapat pahala dari menambah dosa yang tak tentu pasal.



Cinta Seluar Dalam..




Cinta pertama kali memang indah..
Tiada apa yang mampu menghalang perasaan cinta itu..
Kehadiranya ibarat satu mukjizat..
Akan tetapi untuk menjaganya supaya tidak longgar bukannya senang..


Cinta yang suci itu hadir dari dua hati..
Perasaan berkasih sayang itu tidak berperi..
Kadang kala sanggup melupa diri..
Sedar tak sedar memakan diri..


Cinta abadi itu jarang sekali..
Untuk mendapatkanya bukan mudah sekali..
Keyakinan yang ada belum tentu diperolehi..
Akan tetapi mudah untuk diakhiri..

Cinta monyet itu banyak cerita..
Permainanya banyak sekali...
Ibarat monyet mendapat bunga..
Sudah dapat tiada gunanya...


Tuesday, November 29, 2011

PAU 2011 : Lisa Surihani curi tumpuan...






Perhimpunan Pergerakan Wanita Umno yang panas hari ini ditambahkan lagi dengan kehadiran Pelakon Wanita Popular Lisa Surihani ke dalam dewan, kelibat beliau mencuri tumpuan lensa kamera wartawan yang berada didalam dewan merdeka.

Kehadiran Lisa ke Perhimpunan kali ini adalah kerana beliau telah dipilih sebagai salah seorang dari lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno sempena Perhimpunan kali ini. antara penerima lain ialah Suraya Abu Hassan yang juga Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Nur Izzati Zainal Nazeri - pemenang pingat emas Sukan Sea 2011, Katrina Ann Abd Hadi - dan Usahawan - Harlina Hamid.












PAU 2011 : Datuk Seri Sharizat mengamuk!!




Persidangan Perwakilan Wanita Umno hari ini panas dengan ucapan ketua wanita yang lantang mempertahankan jawatanya sebagai ketua wanita Umno dalam beberapa isu yang dibangkitkan pembangkang mengenai dirinya. aksi Sharizat di Persidangan kali ini cukup gah untuk membuktikan semangat kebangkitan Wanita sebagai salah satu cabang kuat untuk menghadapi PRU13.







Credit Video : Bro Minaq Jinggo

Charmian Chen diraba monyet..






Charmian Chen seorang pelajar dan model sambilan dari Taiwan menjadi terkenal sekejap akibat perbuatan sekumpulan monyet di kawasan Sacred Monkey Forest di Ubud, Bali. tindakan monyet disitu menarik baju yang tak berapa nak dipanggil baju menampakan buah dadanya kepada orang ramai menjadi topik hangat portal berita di Taiwan dan Amerika.









Gambar percutian di Bali bersama monyet itu telah membuatkan Charmian menjadi terkenal di dalam Internet.

Shida Harmi jelaskan mengenai Isu penyebaran gambar mesra bersama Khairul Fahmi...




Isu penyebaran gambar intim Penjaga Gol Harimau Muda kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat masih lagi panas.. dikala ramai orang masih mempercayai akan cerita-cerita tidak elok yang dibawa oleh mulut-mulut puaka yang sememangnya suka mencari bahan berita yang panas tanpa gaji.






Shida Harmi wanita terbaru yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Khairul Fahmi hari ini telah mengesahkan yang penyebaran gambar-gambar berkenaan bukan datang darinya.. malah mengetahui ianya datang dari pihak ketiga.

Beliau juga berkata masih berkawan rapat dengan Khairul Fahmi seperti kawan-kawan yang lain.. Gambar tersebut diambil ketika mereka dan rakan-rakan lain pergi karaoke.

Rotikaya telah berjaya mendapatkan Shida Harmi untuk ditemubual.. terbaik lah!!









Credit to : Rotikaya.com

The Şakirin.. Masjid tercantik didunia..



Masjid Sakirin di Turki ini tersangatlah indahnya.. walaupun ianya direka dengan gaya moden tidak kelihatan seni bina ukiran seni islam yang jelas akan tetapi aura ketenangan dan kesucian rumah suci ini jelas kelihatan.













 
Lampu inspirasi Air Mata Wanita..

 



Masjid yang siap dibina pada tahun 2009 ini menjadi antara masjid yang terbesar di Turki..

Gambaran hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2011



Persidangan terbesar bangsa melayu Malaysia membuka tirainya hari ini.. Taklimat tertutup President petang tadi membuka satu lembaran baru untuk mengerakan kesemua ahli untuk terus bekerja keras untuk menghadapi Pilihanraya ke 13 yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Bermulanya titik tolak arah tuju Parti UMNO untuk meneruskan legasi pentadbiran Kerajaan Persekutuan.. semuanya akan bermula dari hari ini. 

Berikut Gambaran sekitar PWTC :-







Ketua Wanita UMNO, Dato' Sri Shahrizat Jalil memakaikan selempang Noria Munirah Yakub dari Universiti Tun Abdul Razak pada Majlis Anugerah Nadi Negara


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan penutup Forum Antarabangsa bertemakan "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timb. Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama kepimpinan tertinggi UMNO menunjukkan kad keahlian UMNO yang baru pada Majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka


Ketua Wanita UMNO, Dato' Sri Shahrizat Jalil beramah mesra dengan penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Nadi Negara di PWTC


Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan para perwakilan Kelab UMNO Luar Negara selepas selesai sebuah slot forum pada Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara.



Sebahagian Pergerakan Pemuda dan Puteri yang menyertai raptai perbarisan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang diadakan di Plaza Merdeka.


Kakitangan PWTC sibuk menyiapkan tugasan-tugasan akhir dalam dan luar dewan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011


 Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu menerima beg perwakilan daripada urusetia Ibu Pejabat UMNO semasa pendaftaran sayap-sayap UMNO.










Misi Mempertahankan Bangsa Melayu!!