Nuffnang Ads


Tuesday, October 7, 2008

Menanti Suatu Jawaban

petang nie pak lah and the gang akan mengadakan satu mesyuarat yang akan menentukan kemana hala tuju beliau sebagai pemimpin.. adakah ia akan terus menerajui malaysia atau mengundurkan diri dan kasi kerusi yang beliau duduki sekarang kepada penganti beliau iaitu si botak najib..

semua ahli lembaga lembaga dari seluruh pelusuh negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan warna kulit akan berkumpul untuk mendengar penjelasan dari pada beliau.. rakyat jugak tertunggu-tunggu akan berita yang agak panas tapi memang sudah lama panas..

sedah pasti yang panas punggung mesti lah anwar ibrahim ini adalah peluang untuk beliau membuat satu lagi come back untuk meraih perhatian rakyat.. jadi bak kate ustaz abdul hadi awang ( kita tunggu dan lihat sahaja...)

bagi ramalan aku plak sebagai penganalisis politik yang tidak diitiraf.. memang melihat akan berlaku sesuatu yang mengejutkan.. dan munkin ada perkhabaran yang kurang senang bagi sesetengah ahli yang duduk dlm kerusi ahli lembaga itu nanti.

keaddan ekonomi negara dan dunia yang berada tidak menentu kini menjadi kan ia satu lagi cabaran dan peluang untuk seseorang untuk lepas tangan.. adakah pak lah akan meninggalakan putrajaya dengan keadaan negara yang kucar kacir..?? dengan ekonomi yang jatuh atau tenat..??

adakah najib akan mengambil alih pemerintahan dengan keadaan negara yang tidak selamat.. macam thailand..?? then ape pulak akan terjadi kepada pihak pembangkang yang sudah merampas separuh dari wilayah BN di malaysia..??

* hanya menanti sebuah jawaban....

Monday, October 6, 2008

azam lepas raye...

seminggu selepas menyambut syawal.. alhamdulilah semua nya berjalan lancar.. nak kate raya yang membosankan pun tak leh gak.. meriah gak la.. walaupun agak penat sebab dok berjalan jerk kan.. dah name nyer raye kena la berjalan kalo dok umah jerk tu bukan beraya name nyer...

solat hari raye disempurnakan dengan jayanya tahun nie.. wah gitu sebab tahun lepas aku tak sempat solat hari raye sebab bangun lambat.. alhamdulilah kali nie berjaya gak.. tapi yang lawak gile nyer di masjid kampung tu boleh lak tok imam nie dok gadoh pasal rakaat dan takbir time nak sembahyang tu.. kecoh gak sekejap masjid tu hahah ape pun tetap best. suasana yang hanya dapat dilihat setahun sekali sahaja..

selesai solat.. terus ke kubur tok wan.. tgk-tgk dah sepuluh tahun tok wan pergi.. teringat time tok wan ade dulu time malam raya dia selalu takbir bile malam raya kat umah.. sebab tok wan seorang yang kuat iman nya.. nak ikut org gie takbir tak leh sebab tok wan lumpuh jadi tok wan takbir sowang2 atas kerusi roda..( rindu tok wan ).

kini tok perempuan saja yang tinggal.. hurmmm.. tapi tok plak sakit.. terpaksa lah bergantung kepada proses hemodelisis <-- betul ker aku eja.. yang terpaksa dilakukanya 3 hari sekali.. parah gak dengar nya tu.. ini lah lumrah hidup yang patut kita tempuhi...



* hehehe sket2 sudeh.. cerita rahsia aku biar lah aku saja yg tahu.. buat semak jerk cerita kat owang lain.. zas!!!~