Nuffnang Ads

Tuesday, November 30, 2010

disebalik ngangkung... sampai tercangkung...


preview movie terbaru ternakan David Teoh..
sudahkah korang menontonya..?? best..?? sesudah menontonya baru aku taw yang orang yang gila nak mintak nombor nie kena bercangkung!! memang tak masuk diakal.. tapi reality yang benar amat sukar dipercayai.. agak seram jugak ayat aku nie..


tabik bertingkat2 kasi sama David sebab berjaya menghasilkan satu filem yang memang menjadi tabiat orang melayu.. komedi seram yang ditonjolkan memang benar-benar kasi cuak sama aku.. sampai kadang2 rasa nak tutup mata pon ader.. pemilihan pelakon pada kali nie memang sesuai.. 


plot cerita yang mengisahkan 3 sahabat taik judi memang akan membuatkan kita insaf seketika.. kadang2 kita lupa akan rezeki yang halal itu amat bernilai dari rezeki yang kita kutip tanpa tahu akan halal haramnya..



pewatakan tok bomoh yang memang super saiya membuatkan orang satu panggung tercangkung!! Lan Pet Pet membuatkan filem ini bertambah komedi.. Angah Raja Lawak tidak kurang hebatnya.. nescaya tahun depan rezeki dia munkin bertingkat2.!!


bagi mereka yang belum menonton filem nie.. sila lah tgk kerana ianya berbaloi.. cerita tak lah berat mana tapi ia mudah difahami dan diterima akal.. semoga industri filem kita bertambah maju!!

NEXT MOVIE!!!!

 

musim berkhatan kembali lagi..!!! potong jgn tak potong...



Bila tiba musim cuti sekolah nie.. jangan cakap tok kadi jerk buzy.. tok mudim pon buzy gak menuai budak2 yang makin membesar.. hahaa sape belom sunat??? kalo pempuan tu tak per lah.. sunat mereka time kecik2 tak der la rase dan ingat ape2.. bagi hok lelaki nie yang gerun nie.. usia meningkat matanglah nak kena buang secebis kulit yang memang kalo boleh tak nak sunat!! hahaha..

* tgk muke dak tu.. hahaha...

ala rasa macam kena geget semut jerk.. tu lah ayat tak leh blah untuk meyedapkan mereka2 nie.. padahal hari2 kena lempang ngan mak korang tu lagi sakit taw..!! apa pun aku dah laluinya.. kire skang nie boleh la gelak kan budak2 yang belom sunat lagi kan kan kan... 

 * nie cara lama nie yang membuatkan larik lintang pukang nie..

kecanggihan dan kemodenan yang kita perolehi skang nie membuatkan kaedah untuk berkhatan tu jadi mudah dan tidak sakit lagi.. so pada budak2 sekalian jangan lah takut.. sebab ianya hanyalah sekadar lumrah hidup yang perlu korang lalui.. tak yah lah larik satu kampung.. wat malu jerk..!!


besok adik aku jugak akan menyertai hari menuai haha.. semoga dia tabah menghadapi peristiwa untuk pergi ke alam dewasa..

hantaran tinggi sebab harga lembu mahal..??


hantaran tinggi sebab harga lembu mahal..??
owh.. bolehkah diterima kalau hantaran tinggi sebab harga lembu mahal..?? apa kaitan lembu dalam  harga hantaran korang..?? yang sebenarnya lembu tidak bersalah dan tidak sama skali mempunyai kaitan dengan korang punya hantaran..

jangan jadikan ia alasan untuk menaikan harga hantaran.. nie nak kawin ngan orang atau lembu..?? tak payah lah cari alasan bodo camtu semata2 nak kan hantaran tinggi.. sebenarnya harga hantaran boleh dilihat dari pelbagai aspek.. jangan lah lembu dipersalahkan.. kesian lembu..



aku akan mengupas lebih lanjut aspek2 yang membuatkan hantaran korang tinggi di artikel akan datang so tunggu!!



calon pilihan hati mak mentua


hoyeh !! hoyeh !!

artikel rumahtangga kembali lagi
kali nie mau story pasal calon-calon pilihanhati mak mentua.. atau lebih afdal disebut calon-calon kesayangan mak mentua tak kira yang lelaki ataupun yang perempuan..

satu kepala

satu kepala bukan bererti satu kepala bercantum dengan mak mentua korang tu.. tapi mempunyai kesefahaman dan tabiat persis mak mentua.. ianya amat susah dicari sebab manusia nie perangai pelik2.. tapi bila satu kepala bersatu ianya sangat sempoi..hahaha..



rajin

rajin kah korang atau buat2 rajin.. atau belakon rajin nak mampos depan mak mentua..?? menantu yang rajin akan membuatkan mak mentua korang senyum dengan hati yang senang.. keistimewaan mereka yang rajin.. mak mentua korang pasti menjaja tabiat rajin korang kat kawan2 dia hahaha... jgn jadi rajinikhan savaji da boss sudeh!!!

* takyah la tunjuk rajin sampai carpet surau pon ko vacuum!!

pandai masak

yang nie memang susah nak jumpe.. ada tapi susah nak jumpe.. myb dalam 10 orang hanya terdapat 3,4 spesis jerk yang pandai masak!! kalau mak mentua suruh masak mula lah berpeluh satu badan macam dok dalam kandang buaya.. sebenarnya belajar memasak nie tak der la susah sgt pon..




pandai ambik hati

untuk menjadi menantu pilihan hati kena lah pandai ambik hati mak mentua.. korang kena selidik habis2 perangai mak mentua korang tu.. baru boleh buat rancangan yang menakjubkan untuk mengambil hati mak metua.. jgn main hentam kromo jerk.. nanti mak mentua perasan plak yang korang hanya berpura2 ambik hati.. nanti dia plak makan hati..



tak banyak songeh

ini boleh dirujuk pada tabiat satu kepala tadi.. bila satu kepala tidak timbul tabiat banyak songeh nie.. tapi bila tidak sefahaman ia akan membuatkan mak mentua meluat dan rasanya korang tidak diperlukan hahaha.. sila ubah sikap anda.. untuk mereka yang banyak songeh sila amalkan sikap bersabar dan pandai ambik hati..




WikiLeaks lebih hebat dari Pentagon


marathon menaip diteruskan lagi..
minggu ini merupakan minggu yang paling mencabar bagi Amerika Syarikat sebagai Polis Dunia yang digeruni oleh semua negara.. sebuah laman web WikiLeaks dengan beraninya mengamcam Kuasa Dunia itu dengan pembongkaran hampir 400 ribu fail sulit dari pentagon kepada umum.!!



tahukah anda yang Pentagon merupakan suatu Pusat Pentadbiran Amerika Syarikat.. dan merupakan antara Komplek Paling Canggih dan berkuasa didunia. segala maklumat tentang manusia dan kerajaan didunia tersimpan disana.. system pertahanan ketenteraan dan angkasa lepas amerika juga disana.. so.. jangan sesekali cuba menidakan kehebatan pentagon.




Hillary Clinton merupakan orang yang paling cuak didunia ketika ini


tapi WikiLeaks telah mengubah status pentagon menjadi reban ayam.. bila dengan beraninya membongkar maklumat sulit dari pentagon kepada semua orang.. sekalung tahniah untuk Julian Assange rakyat Australia yang brani membongkar semua maklumat itu.. 

Julian Assange


dengan pembongkaran ini barulah kita tahu yang Raja Arab Saudi tidak suka akan Iran.. dan bagaimana Amerika mengelarkan Perdana Menteri Russsia sebagai anjing dan President Perancis sebagai seorang yang berkulit nipis tapi belagak raja.

Beliau sanggup tengok negara islam jatuh!!!

apa yang boleh kita ambil kira berkenaan pembongkaran WikiLeaks nie..??.. haruslah diingatkan.. manusia mempunyai pelbagai cara untuk menjatuhkan manusia.. dan secanggih mana pun kita jgnlah kita mendabik dada terlalu tinggi sebab bakal ada yang lain lebih hebat dari kita...



Disebalik MAHA 2010

assalamulaikum
orait.. adakah korang2 semua sudah pergi kew expo pertanian yang digelar MAHA 2010 ..??
 
 
kalau belum pergi.. cepat2 ajak mak ayah korang pergi.. kalau boleh bawak la pakcik2 dan jiran tetangga skali kerana banyak benda best ada disana.

aku dah pergi dan berkampung disana selama 3 hari.. tiba masanya untuk aku komen.. lepas baca nie jangan plak korang takut nak pergi plak. aku rasa ada baik dan buruknya.. tapi bila buruk semuanya boleh diperbaiki.. tapi tak taw la.. datuk noh omar nak ker baca aku nyer blog..?/ haha.. komen ngomel jerk lah eh..

* nie laman sayur mardi.. semua jenis sayur ada kat sini..

mari aku cerita benda baik dahulu..

Disini korang akan mengenal akan bebagai2 bentuk tumbuhan yang korang akan pelik dan konpius sebab munkin selama ini korang cukup kenal dengan tumbuhan tu mengikut dengar jerk bukan tengok dengan kepala sendiri.
 
 
 * PM melancarkan benih padi terbaru.. padi nie anti ulat perosak..

dari bentuk sayur sampai lah ke pokok kelapa sawit dan geharu korang leh belajar di expo nie.. sape yg tak pernah tgk penyu secara live boleh datang sekarang sebab kat sini jabatan perikanan bawak ramai gak penyu hidup utk tontonan korang.. dugong pun ada.. ikan ape tah lagikan...
 
 * Penyu agar..
 
 * kepala otak kambing berjambul..??

 


lupakan bab ikan dan sayur2 itu.. sebenarnya expo ini lebih menjurus kepada pengenalan produk2 terbaru dalam pertanian dan juga penemuan2 terbaru dalam menambah baik baka-baka yang sedia ada.. dari pada padi sampailah ke ubi kayu semuanya telah di upgreat.. bayangkan ubi kayu besar peha korang!! kalo korang kurus banyangkan ubi kayu tu besar korang...
 

 * bagi mereka yang nak borong pokok.. motosikal ini sedia membawa benih2 anda ke kereta.. hehe
 
tu ubi kayu.. kalo tengok kambing plak jgn korang konpius antara kambing ngan lembu sebab kambing kat sini semua macam lembu.. dan lembu plak macam kambing..?? tak!! lembu stay macam lembu.. tapi ramai kata lembu kat expo nie cantik2.. aku konpius!! tang mana yg cantiknya lembu tu.. hahaha...
 
 * cantik tak lembu nie..??
 
* gambar aku rembat.. tapi ini kambing ok..
 
yang gila tanam bunga wajib datang.. banyak anak benih terbaik dari ladang terjual disini pada harga murah kiranya YES la nie year end sale.. nak jugak tu.. paling banyak bunga orkid.. macam2 bentu dan warna ada.. rambang bijik mata dibuatnya.. rasa nak semua lah!!
 
 
 
 
 
bazar makanan popular!! Hall D memang terbaik.. kat bazar nie disediakan kios2 makanan popular dari seluruh negara.. dan mereka2 yang berniaga disini adalah yang terbaik dari setiap negeri.. kalau dah terbaik sudah pasti merupakan yang tersedap.. daripada gulai ikan patin pahang sampailah kew satay tulang rembau ada disini.. memang best!!
 
 
keburukan..??

Tapak expo ini terlalu besar.. besar gile!! kalau sehari bejalan aku rasa tak kan habis.. lepastu.. korang kena naik bas persiaran.. ala2 bas kat zoo tu untuk ke sesuatu tempat.. bukan semuanya duduk sekelompok.. untuk tengok lembu dan binatang2 ternakan lain korang harus naik bas tu.. kalau nak ke rumah2 negeri2.. ala2 taman mini kat melaka tu.. korang kena naik bas lagi satu.. system dia ader dua bas.. nampak senang tapi kalo pertama kali datang memang gila susah.
 

 
parking kete.. cukup jauh..!! jauh dan penat dan panas.. diharap tahun yang mendatang ianya boleh diperbaiki.. kesian tgk orang2 tua2 bertongkat jalan jauh2.. tu baru nak gie tgk kambing beso lembu.. belum nak gie tgk orkid lagi.. silap2 tak sempat tgk orkid dah jalan..
 
 
gerai berniaga yang cukup banyak.. dengar cerita ada 2000 tapak org berniaga.. gila tak..?? macam2 diorg jual.. yang jual makanan asas tani tu boleh la terima lagi.. siap yang ada jual baju bundle tu agak pelik sket.. dah masuk dalam pertanian gak kah..?? 

akhir kata.. untuk korang2 yang belum pergi lagi.. aku nasihatkan.. pergi la cepat.. ada seminggu lagi nie.. 5 hb last.. masih berpeluang korang bawak anak bini, awek dan mak ayah korang berjalan dan mengenal benda2 yang tak kan korang jumpe tambah2 yang dok kat kl nie.. 


* agak2 korang dah berapa lama makcik nie tak jumpe ular..??


Sunday, November 28, 2010

Kuala Lumpur International Motor Show 2010



Kuala Lumpur International Motor Show 2010

kenduri kereta terhebat di Malaysia kembali lagi.. sape-sape yang hantu kereta ayoh lah ke PWTC pada 3 - 12 Dec 2010 nie untuk menyaksikan awek-aweks dan amoi-amoi yang gegel di Pameran Kereta paling besar di Malaysia nie.

Kalau 2 minggu lepas Carnival 2 Car di Jalan Duta berjaya menarik minat peminat2 kereta2 antik.. kali nie kereta sport tahap gaban akan mengambil alih. dan kalau Carnival 2 Car dia kasi hadiah moto modenas pada pengunjung bertuah.. KL Motoshow kasi kete bai!!.. kete ape..?? toyota prius ngan proton saga wok..!! moto pun ader kasi gak.. bukan satu bijik tapi 10 bijik lagi!! hayo!!

antara daya tarikan yang bakal menarik anda ke KL Motoshow nie ialah.. seperti berikut :-
 
* sape yang nak tgk kete badman live dari ladang harus datang!!


* Sape peminat megan fox memang wajib datang sebab.. kereta yang gatal nak mampos nie bakal berada di PWTC.

kena bayar tak..??


kena lew...

hari biase : RM 15 dewasa & RM 5 kanak2
hari cuti & minggu : RM 20 dewasa & RM 5 kanak2


setiap hari ada aktiviti yang memang tidak membosankan.. jadi pada adik2 yang tiada buat apa2 pergi leh mengenali kereta idaman anda sekarang..!!

berikut adalah gambar model2 yang bakal korang lihat di KL Motorshow nanti..

* sportrim 16 nie..





hehehe.. lawa kan..?? owh gambar kete..?? gie tgk sendiri la..