Nuffnang Ads


Thursday, January 31, 2013

Selepas Najib.. kini Anwar pula ke Gaza..



PKR hari ini menyampaikan sumbangan lebih 2 juta ringgit kepada rakyat palestin, majlis penyerahan sumbangan itu dilakukan oleh penasihat PKR datuk Seri Anwar Ibrahim di ibupejabat PKR di damansara..

Ingat pergi Gaza tadi.. hahahahaha...

Datuk Aznil Hj Nawawi..Tahniah



 Pengacara no 1 negara, Datuk Aznil Hj Nawawi hari ini dianugerahkan Pingat Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) semperna Hari Wilayah Persekutuan yang disambut hari ini.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Istana Negara di sempurnakan oleh kebawah duli Tuanku Yang Dipertuan Agong, Bekas menteri kerjaraya Tan Sri S. Samy Vellu mengetuai penerima pingat pada majlis itu.




Tahniah..!!



‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala



“Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.





Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.


“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.





Friday, January 25, 2013

‘Jangan ingat duit boleh beli hormat’ Saiful Nang bidas kenyataan Mak Liyana Jasmay



Kecoh hari ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Mak pelakon Liyana Jasmay tentang penyebaran gambar Pra Wedding anaknya yang tersebar meluar di internet dan akhbar.. orang yang disalahkan adalah jurugambar yang ambil..

CandidSyndrome International memang tidak asing lagi bab ambik gambar orang kawen.. dari dalam istana sampai seluruh dunia sudah dijajahi.. kenyataan pantas dari pemilik CadidSydrome kepada mak Liyana Jasmay..

Respon saya : Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.




BIAR SAYA CERITA DARI MULA…

Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).

Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana “overslept”. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.

Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)

Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.

Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.

Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.
Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?
Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.
Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).

Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi “Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”

Lalu saya jawap kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya”.

Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan
“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.

Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.

Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.

Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?

Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.

Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.

Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.

Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)

Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.
Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.


SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com




Memang terbaik penjelasan Saiful Nang... !!!



Tuesday, January 22, 2013

Pesawat Air Asia 1 Malaysia..




Tak dinafikan jenama 1 Malaysia sekarang sudah berada pada tahap yang bagus dan sudah dikenali diseluruh dunia.. jika dahulu ada pihak yang cuba memperbodohkan jenama 1 Malaysia ini dengan melemparkan cerita-cerita busuk dan kosong namun kini jenama 1 Malaysia bukan saja sudah menjadi pilihan rakyat berpendapatan rendah malah menjadi sebutan pelancong dan penduduk luar.

Tak kira apa jua produk atau perkhimatanya sudah pasti 1 Malaysia lebih popular dari yg lain.. apa benar..?? kalau tidak.. mana munkin Air Asia sanggup simbah cat 1 Malaysia untuk pesawatnya.. terbaik!!









Najib Tun Razak PM pertama ke bumi Gaza..!!






Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjadi Perdana Menteri Malaysia yg pertama menjejakan kaki di bumi gaza selain menjadi satu-satunya ketua kerajaan di Asia yang berani melepasi sempadan Rafah ke Gaza bertemu dengan Perdana Menteri Palestine.

Rombongan Datuk Seri Najib bersama isteri turut diiringi oleh Menteri Luar dan Menteri di Jabatan perdana Menteri turut melawat Universiti Al-Aqsa dan beliau dianugerahkan ijazah doktor kehormat.

Rata-rata, kedatangan Najib dan Rosmah bukan sahaja dikagumi oleh pemimpin dan rakyat Gaza malahan lawatan itu membuktikan bahawa pemimpin Malaysia mengamalkan sememangnya prihatin dalam membantu umat Islam di seluruh dunia.

 




 Credit Picture to : Perak Today




No Plat Cantek..!!



AES 1 

GIM115 - Awal Ashaari























Monday, January 21, 2013

kucing pun ade masalah.. apetah lagi ikan jaws.. anjing pun ade masalah.. ape tah lagi manusia.. lagi byk masalah...




Listen!! Listen!! Listen!!

Hiduplah kamu dengan cara kamu sendiri.. tak perlu meniru atau mengingkut akan rentak orang lain supaya kamu hidup senang.. cukup dengan gaya kamu tersendiri..

Kenapa perlu mencari masalah sedangkan diri sendiri juga penuh dengan masalah.. berapa banyak masa dah terbuang akibat dari masalah yang cuba ditimbulan dan berfikir pula untuk menyelesaikan.. jika tidak memberi faedah baik buat pekara yang boleh datangkan faedah.




Tuesday, January 15, 2013

#KL112 tak sampai sejuta..??




Aku agak konpius akan perhimpunan ini.. ada yang menyatakan ianya adalah gabungan Bersih 1.0 & 2.0 dan ada pula yg cakap ini perhimpunan untuk lancarkan kempen pilihanraya dari parti pembangkang untuk PRU 13..

Apa pun target dan canang-canang sebelum ini sejuta penyokong akan turun ke Stadium Merdeka nampaknya tak menjadi kenyataan.. hebahan umum sebelum ini yang cakap kerahan tenaga seramai 300 ribu dari Selangor saja pun nampaknya tidak kelihatan..

Stadium Merdeka yang dibina untuk kapasiti padat 30 ribu sahaja.. macam mana boleh sumbat sampai 1 juta orang.. kalau nak di tambah di tgh padang pon munkin busuk2 kira pun dalam 60-70 ribu orang saja..


Malas citer banyak.. layan saja gambar yg berjaya di kumpulkan ini..


Motip..?

At Masjid Negara..

Hati2 Makcik.. munkin makcik bakal didakwa kerana membawa anak ketika berhimpun..


Tidak seperti perhimpunan bersih sebelum ini.. susah betul nam lihat cina join sekali melainkan yg berpangkat dan berjawatan dalam parti saja.. yg banyak melayu.. berkopiah..




Golden Disk Awards 2013 - Demam K-Pop

Gila punya pentas..


Gambar terkini Golden Disk Awards 2013 at Sepang 


BAP tiba di KLIA.. apa ini BAP..?? haha

Di balai ketibaan KLIA...

Ramai nya K-Pop..!!

Peminat FT Island nampaknya awal sampai di Litar Sepang...








Golden Disk Awards 2013 at Litar Sepang malam ini..!!




Malam ini bertempat di Litar Antarabangsa Sepang bakal berlangsung Golden Disk Award 2013 anugeah muzik Korea yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peminat K-Pop seluruh dunia.. kehadiran ramai bintang-bintang K-Pop ke Sepang hari ini bakal menjadi peluang keemasan kepada peminat muzik korea di Malaysia.

KARA..

PENTAS UTAMA

Memang luas..

SUPER JUNIOR!!


HYUNA AT KL YAW!!!!