Nuffnang Ads

Tuesday, September 27, 2011

Yang Terbaik dari Youtube !!!

Berikut Video Terbaik pilihan aku di Youtube.. Korang kena dengar satu2.. pasti tidak mengecewakan korang!!!

 

Perfect - Jason Chen & Cathy Nguyen






Never Say Never - Jason Chen ft. Megan Lee






Moves Like Jagger -(Tiffany Alvord & Jason Chen)







"Just A Dream"- Christina Grimmie & Sam Tsui









Nanti aku cari lagi.. okay!!


Gambar Paris Hilton di Mumbai



Paris Hilton yang mengadakan lawatan ke Mumbai baru baru ini bagi melancarkan jenama beg tangan terbaru beliau disana hadir dengan perasaan yang sungguh teruja sekali.. kesukaan beliau terhadap India dapat dilihat pada gambar-gambar beliau dibawah.


Aku kekosongan idea untuk menulis blog.. jadi cerita2 cam nie jerk la kot mampu.. hahaha...


















:)

Boeing 787 Dreamliner.. Lagi Best..!!!




Syarikat Pembuat Kapal Terbang terbesar didunia minggu ini mengumumkan penghantaran tempahan yang pertama untuk model 787 Dreamliner kepada Syarikat Airlines ANA dari Jepun iaitu setelah tiga tahun pelancaranya.

Pelancaran model ini dilakukan selang beberapa hari sebelum Airbus melancarkan pesawat penumpang terbesar didunia A380 yang boleh membawa sehingga 700 orang..!! 

Apa yang membuatkan 787 ini best..?? ok.. pesawat ini tidak lah sebesar A380 kerana ia hanya mampu membawa lebih kurang 250 atau 300 penumpang sahaja.. yang menariknya mengenai pesawat ini ialah pengunaan minyak yang kurang.. dan simpanan minyaknya membolehkan ia terbang dari London ke Sydney tanpa henti.. dimana jarang sekali pesawat yang boleh lakukan..

Sehingga tahun ini sudah ada 890 bijik tempahan dimana hanya satu yang berjaya dihantar kepada pelangganya iaitu ANA airline.. hehehe...






Nie kat kilang pemasangan...






Nie time pelancaran dulu bulan 7 tahun 2007..






Kemasan tempat duduk yang rare..!!






LCD Monitor.. pertama kot didunia.. macam main game la bawak gamak nyer...






Pusat penyambungan.. antara badan dan ekor..





daripada 890 biji yang diorder.. hanya sebijik nie yang mampu disiapkan kini..





Dan menerimanya dengan tangan terbuka.. hehehe..




* kalau korang nak beli.. harga pesawat model ini dijual diatas jalan pada harga USD 180 juta seunit atau RM 540 Juta seunit on the road! hahaha..

O'Touch Laundry - Basuh baju ala Mr' Bean



Sekarang nie kehidupan kita banyak berubah.. dek arus kemodenan yang makin  moden dan kemunculan teknologi dan kesibukan mencari rezeki sampai kadang-kadang susah bebenor nak basuh baju.


Nah sekarang dah ade pun kedai dobi layan diri..!! jika korang ada masalah dengan mesin basuh dirumah atau mengalami masalah untuk sidai baju.. sinilah tempatnya.. peruntukan masa sejam sahaja untuk mencuci dan mengeringkan pakaian korang tu.. mudahkan!!!





 Inilah kedainya.. bangunan 3 tingkat nie semua dia punya.. area baru kat mentari sunway.





Kedai untuk lepak seisi keluarga.. hahaha.. ade TV, majalah semua disediakan..!! 






Ianya dibuka 24 Jam sehari.. jadi tak kira siang atau malam atau pun subuh korang leh basuh baju dengan senang hati..





Tu senarai harga.. korang hanya perlu bayar RM 10 untuk mencuci baju dalam mesin 14 Kilo siap kering dalam masa 1 Jam!!





Ini bukan suami kepada model diatas yer!! harap maklum..




Bile boring korang leh la lepak2 dalam mesin basuh yg kosong tu...


Monday, September 26, 2011

Gambar Marilyn Moore yang belum pernah dipertontonkan.. kini sudah boleh tonton





Gambar diatas munkin korang pernah tengok.. aksi kain terangkat dek tiupan angin yang menjadi ikutan para wanita yang sehingga kini belum ada yang mampu menandinginya. itu lah aura Marilyn Moore seorang penyanyi dan model kegilaan lelaki pada era beliau hidup.



 http://2.bp.blogspot.com/-3QMkUQUGxDc/Tca66gJedcI/AAAAAAAADsU/1rF1K5FKTOc/s320/MPP0784--Marilyn-Monroe.jpg




Kematian beliau pada usia 38 tahun disaat populariti beliau sedang memuncak sangat meninggalkan kesan hingga hari ini.. kini sudah hampir 50 tahun permergianya.. beliau masih lagi menjadi salah seorang wanita yang paling cantik didunia!


Dibawah adalah 4 keping gambar yang sudah lama disimpan oleh jurugambar AP Joseph Jasgur pada tahun  1946. tengok berapa lama gambar ini disimpan tanpa pengetahuan.. sehinggalah hari ini!!
















http://1.bp.blogspot.com/-ksF5rWN-Ie8/TVbKYCukWQI/AAAAAAAAAA4/9OLTB5ZNJJI/s1600/JasgurJoseph.jpg

Nie lah Joseph Jasgur bersama gambar yang beliau ambil 50 tahun yang lampau.. pergh!!



Aksi catwalk yang tidak harus belaku..



Tidak semua model yang berada dipentas tu sempurna.. tetapi ketidak sempurnaan itu tidak datangnya pada model itu juga.. atau munkin juga kecacat celaan sesuatu pertunjukan itu akibat dari fesyen atau design yang direka oleh pereka.. jadi sedikit gambar untuk malam yang hujan.. :)
















Baekkkk punya selit!! hahaha...



Friday, September 23, 2011

hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia..??




Hudud kini menjadi perbualan kembali dalam kancah politik tanah air. ini berikutan cabaran yang dikemukan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 





Sudah menjadi satu manifesto bagi Nik Abdul Aziz untuk melaksanakan hukum hudud di negeri kelantan 20 tahun dahulu dimana beliau berjaya merampas negeri itu dari Umno. kini selepas 20 tahun ianya masih belum menjadi realiti.







Banyak dugaan dan cabaran yang menghalang dari hukum hudud itu dilaksanakan. walaupun negara kita diiktiraf sebagai Negara Islam tetapi amat sukar untuk dilaksanakan.

Tidak semua Negara Islam didunia yang melaksanakan hukum hudud ini.





Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.



Dan antara kesalahan yang termaktub dalam hukuman hudud adalah seperti berikut :-
  1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
  2. Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  6. Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  7. Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.


Didalam negara kita yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum ini amat sukar bagi kita untuk melaksanakan hukum hudud itu menjadi nyata. kesepakatan yang perlu diambil oleh semua kaum untuk menentukan sesuatu tindakan atau perubahan menampakan jalan yang sukar bagi kita melihat Hudud dilaksanakan.
Adakah Kelantan boleh melaksanakan Hudud..??


Kelantan boleh melaksanakan hukum hudud jika mereka mahu.. tetapi mereka perlukan sokongan dari seluruh Rakyat Kelantan untuk melaksanakanya.. jika semua kaum di Kelantan seperti cina, india atau pun yang beragama siam restu akan hudud dilaksanakan.. tidak mustahil ianya menjadi kenyataan.


Lihat sahaja apa yang telah dilakukan oleh pemerintah di Acheh.. mereka tidak terikat dengan undang-undang di pihak kerajaan persekutuan malah melaksanakan hukum hudud itu bagi wilayah mereka sahaja. bagaimana mudah acheh melaksanakan hukum hudud..?? kerana populasi penduduk disana 95% adalah islam.. ianya mudah.. Kelantan..??


Jadi untuk melihat hudud dilaksanakan di Malaysia amat sukar.. walaupun ianya adalah satu yang ditentukan oleh Allah.





SKMM larang tayangan video 'Undilah' ..?? terlajak siar buruk padahnya...

 
 

Terlajak perahu boleh diundur.. itulah yang sering kita dengar.. dan itu jugalah yang sering kita lakukan.. bila dah buat baru nak berfikir.. biasala kan manusia.. mana tak pernah lakukan kesilapan.. apetah lagi untuk mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi.






Selepas adegan Filem Hantu Bonceng panas untuk minggu ini.. tiba pula kedengaran yang Video Klip "Undilah" yang mula tersiar sejak 2 minggu lepas kini dilarang pula siaranya.. sudah pasti ada pihak yang tidak senang hati dengan klip video tersebut. 


Banyak sangat pengkritik kat Malaysia nie..  apa pun komen aku mengenai klip video Undilah itu juga memang tidak elok untuk disiarkan.. eloklah.. nampak tak bagus pun ada.. bila memperlihatkan Menteri dan Timbalan Menteri terkinja-kinja menyanyi dan menyuruh orang supaya mendaftar mengundi.. hahaa.. Amerika pon tak buat cam nie untuk suruh rakyatnya mengundi.







Walaupun video ini kalau dilihat pertama kali nampak cool tetapi jika tengok berulang kali nampak langsung tak best!! walaupun ia mengumpulkan orang-orang ternama di negara nie.


Kalau korang yang belum tengok Video Undilah.. silalah tengok..








Justin Bieber tayang boxer!!!



Khas untuk wanita yang gilakan Dr Rozmey :D