Nuffnang Ads

Tuesday, May 29, 2012

Tan Sri Vincent Tan.. Antara pemegang saham Facebook..



Tan Sri Vincent Tan tidak mempunyai rancangan segera untuk menjual saham yang dimilikinya di Facebook kerana dia masih melihat nilai potensi dalam laman sosial nombor satu dunia itu. “Kami boleh menjualnya suatu hari nanti, tetapi kami mahu menyimpannya buat masa ini,” katanya kepada pemberita di luar majlis makan tengah hari Jawatankuasa Pro-tem Majlis Perniagaan Malaysia-Filipinan pada Isnin.

Saham Facebook ditutup Jumaat lepas pada AS$31,91, menurun 3.4 peratus pada hari tersebut dan 16 peratus di bawah tawaran awam permulaan (IPO) berharga AS$ 38. Ia telah disenaraikan pada 18 Mei lalu.
Timbul spekulasi bahawa Tan mungkin mencari peluang untuk menjual sahamnya di Facebook bergantung kepada prestasi saham.

Walaupun prestasi saham agak perlahan, tetapi beliau berkata masih ada nilai yang akan daripada menjual sahamnya itu.“Saya fikir ini hanya gangguan sementara bagi saham-saham Facebook. Mark Zuckerberg (pengasas Facebook dan ketua pegawai eksekutif) adalah orang yang bijak dan akan memberikan lebih banyak idea tentang bagaimana untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan (Facebook) dan saya pasti sahamnya akan berkembang baik," katanya.


MOL Global Bhd, di mana Tan mempunyai pegangan sebanyak 88 peratus di dalamnya, memiliki 3.5 juta saham dalam Facebook. Saham MOL di Facebook muncul sebagai pertukaran untuk paten daripada satu lagi laman jaringan sosial - Friendster, turut dimiliki oleh MOL. Berdasarkan harga IPO Facebook AS$38 seunit, MOL telah menetapkan sebahagian AS$133 juta (RM418.66 juta) bagi saham-sahamnya.

Bagaimanapun, berdasarkan harga penutup AS$31.91 pada Jumaat lepas, kepentingan MOL di laman rangkaian sosial kini bernilai kira-kira AS$ 111.69 juta (RM351.72 juta).




 Siapa Vincent Tan..??



Beliau antara Rakyat Malaysia yg terkaya...


Jenama diatas yg berniaga di Malaysia dibawah pegangan beliau..




Beliau juga pemilik Kelab Bola Sepak England.. Cardiff City..


* Bermula dari bawah untuk naik keatas.. bukan melihat keatas kebawah.. susah dahulu senang kemudian.. :D


Komen disebalik Hari Belia Negara 2012




Melabuh tirainya ahad lepas sambutan Hari Belia Negara 2012.. lokasinya tetap sama iaitu Putrajaya.. sasaran Kementerian Belia dan Sukan lebih ramai dari tahun lepas.. jika tahun lepas sasaranya sejuta belia.. tapi tahun ini Jutaan Belia dari seluruh Negara.. dan ternyata sasaran itu tercapai. 2.5 Juta belia dan bapak belia memenuhi Putrajaya.


Tahniah buat KBS yang berjaya menganjurkan satu event yang dianggap salah satu dari event terbesar di asia ini.. 5 hari Putrajaya yang sebelum ini gah sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan berubah wajah menjadi satu lokai untuk orang muda berhimpun.

500 program yang diaturkan dengan lebih 30 segmen yang memang tak habis berjalan kalau dok seharian.. daripada sukan bermotor sehinggalah ke segmen modal insan dan agama turun di atur untuk semua belia di Malaysia. penyertaan dari 13 buah negara lain seluruh asia juga turun menjadikan event ini meriah tak terkata.

Komen disebalik Penganjuran :-


- Terlampau banyak segmen dan percahan khemah yang terlampau jauh menyukurkan orang bergerak.
- Bas @ Tram yang disediakan adalah terhad.. menyebabkan pengunjung tertunggu2.
- Terlampau banyak pentas.. tak tahu nak tengok yang mana satu.
- Hari Belia Negara.. tapi ada kelihatan Bangla berusia yang berniaga Biskut dan Keropok Lekor.
- Kemalangan yang mengorbankan penonton untuk segmen drag race amat mengejutkan semua pihak.. semoga pihak penganjur lebih mengambil berat tentang aspek penganjuran.









Semoga tahun depan lebih meriah...!!! kalau bleh K-Pop tu tak payah la..

Amy Search masuk Umno.. berapa Umno bayar..??




Hari ini beberapa lagi artis menghantar borang masuk Umno.. jika sebelum ini ada yang mengatakan yang Amy lebih berpihak kepada pembangkang nampaknya silap.. beliau hadir ke Menara Dato Onn menyerahkan sendiri borang menyertai Umno bersama dengan Mus May, Radhi OAG dan Ibnu Reza..


Berapa agak nya kena bayar tu supaya diorg jadi Ahli Umno..?? tak mahal.. tak perlu gadai maruah bangsa.. hanya RM 1 jerk.. dan Umno tak bodoh plak nak kuar duit semata2 nak tarik artis join Umno.. cukup sekadar menerima ahli yang benar-benar yakin dengan parti dan cintakan bangsa..



Monday, May 28, 2012

Nizar Jamaluddin meroyan tak kena tempat...




Kenyataan bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin yang mempersoalkan pembidaan Tuanku Sultan Johor untuk nombor plat "WWW 1" semalam nampaknya bakal menjadi berita panas minggu ini, apa yang diupdate oleh bekas menteri besar yang digulingkan ini di twitter mendapat perhatian seluruh rakyat terutamanya rakyat negeri Johor.


Apa masalahnya dengan dengan si Nizar nie tak habis-habis nak meroyan tak tentu pasal.. nak kata kau tu hebat tak nampak tang mana pun hebat nyer.. jangan dok cakap tak tentu pasal takut esok buruk padahnya.. sedar diri tu sapa sebelum dok nak cakap bukan-bukan.. dok cakap tanpa fakta dok meroyan ingat boleh popular..


Bagi rakyat munkin apa yang Tuanku Sultan laburkan untuk no plat berkenaan nampak membazir.. tapi tak salah jika Tuanku mampu.. kita yang dibawah ni kena la fikir pula macam mana nak jadi senang dan menang.. jangan dok tengok orang menang dan senang kita jadi tak duduk senang..


Kenyataan balas Tengku Mahkota Johor aku rasa dah cukup membuatkan telur Nizar hilang dari pandangan mata beliau sekarang..!!!





Kes Ketua Pemuda Umno Kampar nie pun aku rasa sebab Nizar yg rasuk...






Sunday, May 27, 2012

Plat " WWW 1 " milik DYMM Sultan Johor



Senarai tender untuk No. Pendaftaran Plat kenderaan WWW yang dikeluarkan JPJ hari ini mengesahkan siapa pemilik siri No bertuah itu, didahului oleh DYMM Sultan Johor yang berjaya membida WWW 1 dengan harga RM520 ribu yang merupakan satu rekod baru dalam sejarah harga no. pendafatran kenderaan di Malaysia.

JPJ juga mengesahkan penjualan siri plat No. WWW mencatat sejarah sebagai penjualan yang paling tinggi dalam sejarah Jabatan berkenaan.


WWW 1 - RM 520.000.00

- D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

WWW 2 - RM 165,000,00

- Jubilee Harmoni Sdn. Bhd.

WWW 3 - RM 360,000,00

- One Power International Sdn, Bhd.
 
WWW 4 - RM 55, 000, 00

- Datuk Zarim Abd Aziz 
- Pengarah CIDB

WWW 5 - RM 220, 000, 00

- SPB YANG DIPERTUAN AGONG

WWW 6 - RM 135, 000, 00

- H Land Development Sdn, Bhd.

WWW 7 - RM 117, 810, 00

- TAI JA VUN

WWW 9 - RM 350, 000, 00

- ASPEN SUNRISE Sdn. Bhd.

WWW 10 - RM 74, 800, 00

- DATO' NG CHEN OON


Plat MCA 1 sebelum ini menjadi rebutan.. dijual RM 320 ribu..!!


Plat Pahang CCC turun mendapat perhatian sebelum ini...


WKL 1 - Turun menjadi isu hangat satu ketika dahulu..


Jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouriadalah pemilik no plat termahal didunia setakat ini RM 43.5 Juta hanya untuk no plat "1"..



Sekitar Hari Belia Negara 2012 Putrajaya



Berikut corat coret Sambutan Perhimpunan Hari Belia Negara 2012 at Putrajaya...























Tahniah KBS...!!


Konvoi Hari Belia Negara 2012



Sekitar Konvoi Perasmian Perhimpunan Jutaan Belia di Putrajaya minggu lepas melibatkan beberapa buah kelab permotoran di Malaysia, konvoi terdiri dari kelab kereta mewah dan bermotor berjalan dari Menara KBS sehingga ke Bulatan Perdana.

Mengetuai Konvoi adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr' Ahamad Zahid Hamidi dan  Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek






Kelab Alza turun melakukan Konvoi Promosi Hari Belia Negara 2012






Lebih 300 buah kereta dan motosikal berkuasa tinggi menyertai Konvoi ini..selain itu terdapat beberapa konvoi lain yang melibatkan kelab-kelab kereta tempatan yang turut serta memeriahkan sambutan Hari Belia Negara tahun ini.. Terbaik!!

Friday, May 25, 2012

Tokyo Skytree menara tertinggi di Jepun




Tokyo minggu ini menerima menara baru yang menjadi Menara Tertinggi di Jepun.. Menara pemancar Tokyo Skytree yang dua kali ganda lebih tinggi dari menara Eiffel di Paris menjadikan tarikan baru buat pelancong ke kota Tokyo.. 

Dibina setinggi 634 Meter Stokyo Skytree kini berada dikalangan senarai Menara tertinggi didunia dibina dengan kos USD 800 juta dollar menara ini dibina khas dari bahan yang mempu menahan gempa bumi pada kekuatan 8.0 skala richter..






hanya kurang 200 meter sahaja untuk menjadi menara tertinggi didunia mengalahkan burj khalifa di dubai..