Nuffnang Ads


Thursday, July 23, 2009

TAG yang tertunggak dari Qistina

1. Bekas kekasih saya adalah..norazlina keh keh..dimana beliau sekarang :(

2. Saya sedang mendengar..Drama sebabak Din Beramboi

3. Mungkin saya patut..bersiap utk pulang sudah..

4. Saya suka..bile tak der keje nak wat!!!

5. Sahabat - sahabat baek saya..sudah mestinya budak gagak itam dan kaum2 sesyok.org dgn Nya.

6. Saya tak faham...bile agaknyer..?? hehehe..

7. Saya kehilangan..masa utk teruskan kerja ini...

8. Ramai yang berkata...hidup ini tak seindah biasa benar kah..??

9. Makna nama saya..hehe entah lew.. tok wan yg kasi name nie..mohd sofi lame2 ase sedap lak..

10. Cinta itu adalah..owh seorang member syok di Sabah.. dah kawin kowt hehehe..

11. Di sesuatu tempat, seseorang sedang..menutup pintu office...

12. Saya akan cuba..tak ambik budak comel yg nak wat kek malam nie.. malas!!!

13. Ayat selamanya membawa maksud....aaa.. ape erk..?

14. Telefon bimbit saya..hehe.. motorolla L6i & samsung SG550i

15. Bila saya terjaga dari tidur..mesti bibik kejutkan then suh anta tok gie wat dialisis..

16. Saya paling meluat apabila..org tu buat2 gedik!!!

17. Pesta/Parti adalah..sesuatu yang menenangkan fikiran..wolla!!

18. Haiwan paling comel yang saya pernah temui adalah...jojo kucing ku yang meninggal sudah.. so cute!!!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya..now~!! myb..!!!

20. Hari ini..banyak kerje.. besok tak taw lagi.. tak sabar nak tunggu ahad!!!

21. Malam ini saya akan..anta auntie gie bus stop!!!

22. Esok pula saya akan..solat jumaat kot.. keje..dll

23. Saya betul2 inginkan..ketenangan dan kebebasan!!!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..opss sorry bilik baru aku tak der cermin lagi hehehee...

25. Pusat membeli belah atau arked permainan..arked permainan..

26. Makanan Barat atau Jepun..chiken chop pilihan ku!!!

27. Bilik yang gelap atau terang..dua2 bleh.. tapi aku tido sambil on lampu!!! pc pun on!! sambil putar lagu sampai pagi!!!

28. Makanan segera adalah..sedap & mudah.. !!

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang..ok cyg..!!! kat FB sharkz..!!! wakakaka...

30. Siapa yang anda mahu tag?? siapa yang agak-agak rajin sila lah..!!

Thursday, July 9, 2009

uwarghh!!!!

assalamulaikum wbt...

pada satu hari ada seorang pemuda.... hahahaa.. perghh lama tak update siOt!!!!

nak mula dari mana ya..?? lufe dah nak cerita ape nie... ape yang terjadi bulan nie erk..??
erm.. rasa nya seperti bulan-bulan yang lepas dan akan mendatang rasanya sama jerk tak der yang special pon!!!! tapi aku suke gak la dapat tgk 2 movie yang boleh dikatakan best.. tranpomers..?? dah tgk beb.. kredit to poren kerana berusaha mendapatkan tiket utk GI Crew!! aku rasa tu satu usaha paling berjaya pernah si sengal nie buat.. ape pun cerita tu aku rasa cam boring la..tak sebest yang pertama dulu!!

cerita ke dua yang aku tgk...age ice ke ice age..?? ntah.. dah cerita yg ke 3 rupanya.. aku tak tgk lak cerita no 1 & 2 dia cam mana.. rupanya lawak tak ingat sampai 3 inci la mulut aku nie koyak..!!! wakakaka... best2!! ape tah lagi gie tgk pada malam tayangan perdana kan kan kan...

dan movie yang seterusnya aku nantikan sudah pasti la harry potter..tak sabar weih!!!! si ogy lak tak sabar nak tgk citer SETEM.!!! <-- dia banje nie weih!!!

dah la.. tak taw nak cerita ape lagi.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 2, 2009

wajah rahsia hati...

wah buat pertama kali nya dalam sejarah peradaban manusia aku letak gambar aku yg paling hensem dan paling forfular kat dlm blog.. ade aku kisah..??

jadi kali nie aku nak tulis ape pun aku tak taw.. yg aku nak tulis kset pasal aktiviti malam minggu aku yg lepas bersama gagak itam crew.. lama tak lepak sekali lepak ambek kau.. semua jadi burung hantu... tgk movie malam tu kol 1.30 pagi baru start memang aku terasa ngantuk jugak pada hari itu.. ntah lah tak taw kenapa..

ogy tak der balik kampung.. tapi aku tak cakap kat dia pun aku gie tgk wayang ngan GIC kalo dia taw.. mau aku dibuang daerah nanti.. harap kawan2 ku yg baca atau GIC tak kasi taw dia bile perjumpaan akan dtg.. wakakaka...

ha... penat lah.. dah la.. sambung nanti.. bye bye..

Thursday, May 7, 2009

Tiba - Tiba jer...

tiba-tiba jerk dah 6 mei 2009.. gilew betul lah... sekejap jerk masa berlalu.. esok lusa dah habis plak bulan mei.. sebulan dua lagi dah start puasa n raya.. taw2 kang hujung tahun.. ya allah cepat nya masa berlalu.. macam baru jerk lagi meninggalkan tahun 2008.

tak tahu apa perlu dibuat untuk menempuhi saat yang berlalu kian pantas ni.. terasa baru saja berlalu kenduri tupai.. tak sangka rupanya sudah berpeket2 kawan ku meninggalkan zaman bujang.. pertama kali lepak memang tgk semua cam dak sekolah tak sangka lak diorg dah kawen.. aku..?? jgn cerita la.. hahaha.. buat aimar selamat menjalani hidup baru sebagai suami.. buat yazzid selamat menjalankan persiapan untuk mendirikan masjid.. wah gitu..

kehidupan dijalankan seperti biasa, masalah atau cabaran hidup tu biasa la semua perlu ditempohi.. semua orang ada masalah masing2 jadi pandai2 lah menyelesaikannya.. tahniah gak buat ogy sebab dia dinaikan pangkat.. tak ku tahu lip lap lip lap dah setahun dia keje.. bapak ahh!! tak per pangkat naik..gaji naik jgn lak lupe kawanmu ini wahehee..

Liverpool..?? tahun nie tak macam tahun2 lepas sebb kegilaan ku terhadap bola sepak EPL makin menjadi2.. fanatik terhadap pasukan yg ku minati sejak dibangku sekolah sampai ke shahwat nya.. aku memberikan kepercayaan kepada liverpool utk menunjukan semangat juang.. tak per asal dok tangga ke dua pun ok lah.. janji dia menang semua baki perlawanan..

ape lagi nak tulis..??? dah la tu...

Kecoh Satu Negara DUN Perak akhirnya selamat dibuka

Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati secara rasmi pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.

Berikut perkembangan di Perak:

4.05pm Naib Presiden PAS Mohamad Sabu - yang ditahan semalam di Kuala Lumpur - dibebaskan jam 3.30 petang di mahkamah Tanjung Malim, Perak setelah magistret menolak permohonan reman pihak polis.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis dan disambut isterinya Normah Alwi dan seorang anak mereka di situ.

4pm Pemimpin PKR Tian Chua ditahan polis di belakang bangunan sekretariat kerajaan Perak sewaktu cuba menyambut kehadiran wakil-wakil rakyat Pakatan yang akan keluar dewan selepas perasmian sebentar tadi.

3.47pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah menamatkan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang dewan setelah menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam.

Baginda menyentuh pakej rangsangan ekonomi tetapi tidak mengulas isu-isu politik.

3.15pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN.

Baginda kemudian bertitah kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan).

Mohamad Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing.

3.13pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

3.12pm Kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita tetapi ADUN DAP itu tidak berada di dalamnya.

3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan.

Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

3pm Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang sedang ditahan polis di balai polis Sungai Senam di Ipoh, memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa beliau tidak pasti bila akan dibebaskan.

Beberapa lagi ahli parlimen - Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) dan Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parti Buntar) - juga sudah memberikan keterangan kepada polis.

Katanya, kira-kira 40 lagi turut ditahan pagi ini berdekatan bangunan DUN Perak yang menyaksikan persidangan genting bagi Pakatan Rakyat dan BN.

Difahamkan polis 13 orang orang setakat ini, tetapi jumlah mereka yang ditahan tidak dapat diperolehi. Usaha menghubungi polis gagal.

Seorang tokoh DAP Lim Kit Siang berkata 64 orang ditahan.

2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.

2.41pm Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", yang dilaporkan anggota polis mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.

2.35pm Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat.

Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan.

2.15pm Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan.

Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri di atas meja.

Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan.

Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan.


1.10pm Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.

Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.

12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi.

Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing.

12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang.

Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya.

Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan.

12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan.

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.

Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan.

Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar.

Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising.

11.59am Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak.

Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan sedang menunggu di dalam dewan. Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedang menunggu.

11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 04Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.

Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.

Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi.

11.13am Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.

11.01am Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry.

Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.

Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.

Dengan cepat Ganesan tampil dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."

Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.

Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah.

10.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 02Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya.

Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising.

Suasana tegang berlanjutan.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.

10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 01Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.

Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.

Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala.

Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.

Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap.

Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.

mujahid rawa10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut.

dr jeyakumar 180108Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.

9.55am Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar.

Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan.

Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.

Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan.

Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil.

ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.

Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain.

salahuddin ayub 019.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.

9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN.

Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu.

ampang mp zuraida arrested ipoh 070520099.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang.

Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh.

9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno.

Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.

9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis.

Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."

janice lee smiling arrested ipoh 070520098.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman."

Mereka juga melaungkan "daulat tuanku."

8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.

perak state assembly police blockade and arrest of opposition mps and ngo reps 070509 138.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.

Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak.

7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.


* TQ For Malaysiakini yang membuat liputan langsung dari Bangunan Perak Darul Ridzuan

Thursday, March 26, 2009

Diam seketika...

sorry guy's lama gile tak update blog aku nie.. kebusyan melada diriku nanti aku update eh...

ape pun thanks wat kowang yg rajin gile usha page aku nie.. budi dan jasa kowang tak akan aku lupakan...

banyak bende nak cerita tapi rasa nya sampai lusa tak habis kalo nak cerita...


tahniah buat eila n tetel kerana dengan sah nya telah menjadi suami isteri yang paling hebat berkapel kat plenet syok... sorry dan beribu2 ampun kerana aku tak dapat datang ke majlis makan free yang kowang anjurkan.. ape pun aku dah dapat kat pun jadi lah dah tak dapat makan nasi minyak kowang... tak per next time leh la wat repeat wedding tuk aku lak.. wakakaka...

tahiah gak buat member aku yang seperut dan seangkatan.. buat yazzid and cat selama bertunang semoga tunang yg diikat akan kekal sampai ke usia lanjut.. eh anak cucu la.. tak sangka lak perjumpaan time merdeka gath membuah kan hasil buat si boyot yang datang dari jauh.. hahaha.. sorry gak buat cat kerana jemputan dia aku tak turuti... huhuhu bukan disengajakan tapi ader yang lebih jeles untuk aku hadir di majlis pertunangan ko hahaha.. cewah..

wah tadi dah umum kan sapa juara yang menang dalam pemilihan umno.. memang gempak gak.. muke campur2.. harap2 ada la perubahan yang akan dilakukan oleh kepinpinan baru umno nanti..

buat polis gak tak lupa nak ucapkan selama hari polis yg ke 202.. semoga jasa mereka akan kekal sampai bila2 dalam membantras jenayah dinegara kita nie..

dan cerita bab af yang dah masuk minggu ke 3 nie rasa nya tahun nie konsep perubahan yang mereka buat nyata tak mengumbirakan... hampeh...pelajar sore best2 tapi tah mana silapnya jadi tak best plak... tak per lu pikir lah sendiri...

akhir kata.. buat sahabat2 aku.. thanks kerana sentiasa ingat kat hamba mu ini hehehe...


CHOPSS!!! LUPE...


buat peminat MU pasukan paling dikenali didunia tu... wakakaka kesian lak tgk... sebagai fan liverpool yang setia aku rasa amat berbangga dan berkembang buntut lah bile pasukan aku tu belasah kowang kat tempat kowang tu kan..suke woitt!!! buat abg moks jgn lah menceraikan bini anda kerana kekalah itu.. jgn risau ader 9 game lagi pilih lah nak kalah yang mana satu..


wassalam....wolla.



Wednesday, January 28, 2009

obama dan meat uncle hussien

berminggu aku menunggu untuk melihat obama untuk mengangkat sumpah sebagai president amerika, barack hussien obama memang mempunyai aura yang tersendiri yang berjaya menarik perhatian penduduk dunia akan kehebatan tokoh kulit hitam ini bersuara.

kesungguhanya untuk memulihkan amerika dari pada pandangan buruk dunia islam selain merapatkan hubungan dengan negara2 miskin juga menjadi perhatian seluruh rakyat dunia yang ingin kan sesuatu perubahan..

bila tgk cara amerika menyambut obama seolah2 meraikan sesuatu yang sudah lama yang ditunggu2.. george w. bush berjalan masuk ke bagunan capital dalam keadaan muka yang penuh serba salah kerana sepanjang 8 tahun pemerintahan nya beliau telah merosakan negara beliau sendiri. harapan dunia kini tertumpu kepada corak pemerintahan president amerika yg berkulit itam. semoga kerusi paling berpengaruh didunia itu akan menampakan perubahan pada seluruh dunia nanti..


meat uncle hussien


indi band underground yang selama ini dianggap peyanyi murahan menjadi perhatian bila lagu mereka menjadi juara lagu yg 23 baru2 ini..dengan cara yang tidak pernah berubah mereka menunjukan cara persembahan seperti mana persembahan yang menjadi kutukan pada mereka dahulu.. persembahan lagu untukmu yang menarik perhatian juri sudah dijangka oleh semua penulis media hiburan sejak peringkat separuh akhir juara lagu itu lagi..

apa pun pilihan aku tak menang si faizal tahir tetap berpuas gak dgn hatrik trofi yang dia menang, memang mamat superman ini mempunyai satu cara yang tersendiri seperti mana anuar zain.. pujian harus diberikan kepada beliau...




Wednesday, January 7, 2009

hari yang tak sempurna...

takut..seram sejuk dibuatnya.. rase leh jadi gile.. gile!!!
i hate today!!! shit!!! teruk!! teruk!! teruk!!

why why why... kenapa aku mcm nie.. ape salahku... ape yang tidak kena..
kenapa semua terjadi padaku.. kenapa perlu ku tempohi semua ini..
kenapa tidak orang lain.. kenapa mesti aku... kenapa orang lain boleh..
kenapa dan sampai bila..??

...................... agh!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 6, 2009

2008 Cute's 3logger Award..wolla~!!

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Terima kasih kepada dak musyuk (qistina) kerana dgn Award ini saya berasa saya adalah mawi yang sebenar-benarnya .. aku nak ucapkan terima kasih pada Sony BMG yang telah menerbitkan album saya.. pada RTM jugak kerna banyak menyiarkan carta2 hot saya.. tidak lupa pada geng gagak itam..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
- masih lagi mencari damai yang hilang...
- kepala keras a.k.a hard rock brain
- boros punya makhluk
- sejak masuk 2009 nie bertambah selera nak makan..
- kurang sudah beremosi wakakaka.. tak bleh bla!!!
- sayang akan teman2 gilak ku... qis..mama leen.. ringgo.. sharkz..poren..dll
- i hate!! shopping!!shopping!! ( ikut perempuan gie shopping) gilezzz bosan!!
- slalu hangout dan lepak dgn member..<-- tiru qis - hahahha masih single mingle ( dalam iman ) wachaaa~!! - seorang yang pendiam~!! pada dasarnya pada dalam nya luar biasa..


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

saya dengan hati yang ketat dan sendat memillih :-

- sharkz : penerima anugerah penulis blog paling pemalas kat ampang
- ringgo : penerima anugerah penulis blog yang paling suke pindah randah
- Qistina : penerima anugerah blog sebab dia kasi aku..aku kasi dia balik la hehe..
- Poren : penerima anugerah kembara blog sebab tak taw akan blog tetapi buat2 tahu
- Mama leen : penerima anugerah penulis blog paling hebat menonton wayang utk tahun 2008
- Dak moks : penerima anugerah khas bapa mithali daerah gombak
- Atoq : penerima anugerah Fun Liverpool Sampai mati..kih kih kih
- kimberly cun
- tok det
- jefri oii
- yus

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag

saya sudahi dgn maju lah sukan untuk sukan..assalmualaikum..

Monday, January 5, 2009

2009.. lucky numbers..?

selamat tinggal 2008

welcome to 2009..pergh lip lap lip lap dah 9 tahun memasuki tahun mellinium rasa cam baru saja diotak nie terbayang akan virus Y2K yang melanda system perkomputeran untuk memasuki tahun 2000.. rasa cam baru saja berlalu tahun 1999 yang menjadikan tahun yang paling panas bagi semua rakyat malaysia bila politik negara dihantui oleh krisis yang tidak disangka-sangka.

ape pun 2009 membuka tirainya seminggu sudah.. alhamdulilah.. tahun nie memang rasa lain macam sket bile sambut new year betul2 bunga api atas kepala.. penuh belerang bunga api tu jatuh kat muke, kepala masuk mata-mata habis.. tapi memang syok habis.. sambutan kat the curve damansara sememangnya amat disukai oleh kebanyakan org yang kaki sosia.. artis tak banyak pun ada pun band yg hanya popular time gig2 yang sama waktu dgnya saja.. ape pun kemeriah terubat bila faizal tahir muncul.. aksi bukak baju tak der.. tapi ader plak 2,3 ekor indon yang bukak baju time dia nyanyi tu.. rasa cam sambut new year kat jakarta plak..

persembahan diakhiri oleh artis yg digilai oleh kebanyakan pempuan atau amoi2 di mesia 'rain' nak tabik roller coster kat rain sebab nyanyi lagu datuk shiela majid malam tu.. sedap gak..!! ingat dok kat tempat posisi yang betul dah nak usha bunge api skali dia tembak atas kepala.. sungguh sohai.. ape pun tak mengecewakan.. time balik..?? jgn cerita.. datang 20 minit siap masuk parking kat tesco.. time balik 2 jam dok depan tesco lagi.. bertapa tak ku pikir sebelum ku dtg time tu..

ape pun 2009 akan membuka tirai peristiwa yang akan dihadapi oleh semua.. mulakan hari baru..azam baru dgn seadanya.. usaha yang tahun lepas tertangguh boleh la sambung tahun ini..
mana taw ader ong maa... wokay lah penat dah taip.. bye bye..