Nuffnang Ads

Wednesday, February 29, 2012

Surat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel




Kerajaan semalam menyahut seruan pembangkang yang mempertikaikan surat yang diutuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr' Mahathir Mohammad kepada Perdana Menteri Israel semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lewat tahun 90-an. Langkah berani kerajaan dengan mendedahkan surat yang dianggap rahsia kerajaan ini kepada rakyat membuktikan yang kerajaan tidak pernah menyokong pembentukan negara Israel.

Berikut 3 pucuk surat yang dihantar kepada setiap Perdana Menteri israel semasa pemerintahan Tun Mahathir.








PERDANA MENTERI MALAYSIA
21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.

Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka.

Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD









PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.

Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.

Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.
Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.
Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.

Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.
Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.

Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.
Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.

Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.

Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.
Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.

Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.

Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.

Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.
Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.

Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.

Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.
Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.

Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.

Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.
Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD










PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini.
Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan.

Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel.

Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur.
Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel.
Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.

Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnya mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain.

Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh.
Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.
Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan.

Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen.
Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas

Dr Mahathir Bin Mohamad




 

Tuesday, February 28, 2012

Wordless Wednesday





Liyana Jasmay pun nak bertunang.. ape yang tinggal..??




Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 23, telah membuat pengakuan akan bertunang dengan jirannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan pada bulan depan.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, Liyana berkata dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya yang berusia 28 tahun itu.

"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan.

"Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-Allah tahun depan kami akan berkahwin," katanya.

Sebelum ini, Liyana yang popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta itu pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi Aizat Amdan.

"Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh.

"Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya," tuturnya.

Tambah Liyana, dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya tinggal berdekatan dengannya.

Dia juga bersyukur kerana walaupun lelaki pilihannya itu buka daripada kalangan orang seni, dia faham dengan alunan cara kerja Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM) ini.








 Selain Lisa Surihani.. Liaya lah pelakon baru yang paling gojes!!!


Credit mystar!!



 

Apple iPad 3 kemunculan yang ditunggu-tunggu..?




 Gambaran iPad 3 tak banyak beza pon!


Apple inc. Telah menghantar jemputan tetamu dari seluruh dunia bagi menghadiri satu perasmian model baru mereka 7 Mac nanti.. sudah pasti didalam senarai model yang akan keluar dan sedang kecoh diperkatakan ialah Ipad 3, apa pun pihak Apple masih merahsiakan identiti produk baru yang bakal mereka keluarkan nanti ini.

Akan tetapi naluri peminat gadjet seluruh dunia sudah dapat hidu akan Ipad 3 akan dilancarkan.. dah siap kaji dah apa perubahan yang bakal disediakan pada benda alah baru nie nanti.. Ipad 3 dikatakan tidak banyak bezanya dengan Ipad 2 cuma ada beberapa benda yang munkin di naik taraf untuk keperluan manusia hari ini.






Berikut adalah khabar angin mengenai Ipad 3 yang bakal dilancarkan.


Resolusi skrin dipertingkat

Resolusi 536 piksel - asasnya dua kali ganda resolusi iPad yang sedia ada. Hasilnya akan menjadi realisme yang lebih baik untuk permainan, video, gambar, dan e-buku.
Kamera yang lebih baik

Dengan pelancaran iPhone 4S hari itu menampakan Apple menitik beratkan ciri-ciri kamera yang berkualiti untuk pengguna.. hal ini juga bakal terjadi pada Ipad 3 dan dijangka lebih hebat dengan imej HD.



Pemprosesan Lebih Pantas

iPad 2 dan iPhone 4s sudah memiliki A5 ciri Apple. Jadi, apa perisian yang bakal dimiliki oleh Ipad 3..?? adakah A6, sudah tentu. Grafik yang lebih baik, kelajuan, dan kecekapan adalah faedah yang dijangka A6.
Itu sebahagian yang dapat aku kongsikan.. apa pun kita tunggu jerk lah kemunculan Ipad 3 nie dipasaran Malaysia tak lama lagi.. jangan dok bising dengar khabar angin macam iPhone 5 hari tu dah tu last2 yang keluar iPhone 4S.. hahahaa..


* Fakta : Apple dah menjual 55 Juta Ipad di seluruh dunia dengan hasil USD 35 Billion!!




iPad 3 Quad-Core Processor





Komen disebalik Adnan Sempit 2





Adnan Sempit 2 Filem Adnan Sempit 2


Dah lama gila rasanya aku tak update pasal filem.. ini bermakna selama itu jugaklah aku tak tengok wayang, jadi hujung minggu yang baru lepas nie aku berjaya juga tengok "adnan sempit2" cerita sambungan adnan sempit.

Secara keseluruhanya filem nie aku rasa memang terbaik!! dan sesuai ditonton seisi keluarga.. lawak baru dengan idea yang agak berlainan dengan filem yang pertama dahulu walaupun watak dan sambungan cerita tu nampak tak lari tapi penceritaan yang disampaikan itu betul-betul membuatkan aku kusyuk habis menontonya.







Sinopsis Filem Adnan Sempit 2

 

Mengisahkan mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? Semuanya akan terjawab dalam Filem Adnan Sempit 2.










Komen - komen rakyat Malaysia yang sudah menonton Filem ini :-



  2010reydean

 alhamdulillah,best..menghiburk
­an..dtg tengok beramai2.. sam macam biasa terbaek..intan bagus,along,angah..best,wawa..­i love you..haha..aku suka yana..baca kosmo arini dia kata suka makan jamu..pil rapat2 masa remaja.. tgk dalam filem pun dia jual pil rapat doktor romli... haha..yanaa.. marry me!overall.. terbaekkkk dari segi hiburann santai..enjoy



PinkRock258
dah tengok cerita nie tadi . sumpah best gilerr . hahaha ! pantun dyorg ..
machester lawan Phulhemnt ,
Awak dah salah pehem .. hahaha


  amo81015

 aku baru je tgk wayang cite ni tadi. memag best. lawak habis babe. korang tgk lah. aku yakin korang tak kecewa.


lopattike 

 Aku dah tengok ! memang best !! tak keterlaluan aku kata, filem second ni lebih best dari filem first dia. Toksah duk download illegal, pergi je tgk kat panggung. Aku jamin filem ni tak mengecewakan korang semua !!!....











* AKU KASI 4 BINTANG!!!


Monday, February 27, 2012

Kes Ustaz Dr Badrul Amin.. Mari bersangka baik..



Agak terkejut juga dengan kes melibatkan bekas penceramah yang popular dikaca tv suatu ketika dahulu ini.. kini setelah beliau berada dibarisan kepimpinan pembangkang memang tak keluar langsung dah muka dia kat TV.. aku pernah jumpa Ustaz nie dulu dalam satu Majlis Makan Malam.. nampak perwatakannya sebagai Penceramah memang tak hiloang lagi walaupun ciri kepimpinan PKR sudah mula terterap rapi disanubarinya.


Petikan Mstar


"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di Kuantan.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

"Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Namun pada pukul 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.


Mari bersangka baik..






 

Road Tour de Lisa : Gambar Majlis Persandingan

GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI



GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

Cantik kan!!!!

GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY

Pulut Kuning yang memang rare!!


GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY


Hak Milik Yusri KRU..!!


GAMBAR RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY



GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

Ibu Bapa Yusri..


GAMBAR RESEPSI YUSRY DAN LISA SURIHANI

Ibu Lisa yang sentiasa bersama beliau dimana beliau berada..





Terukir di Bintang'''









Yuna tercalon untuk Anugerah Nickelodeon Kids' Choice Award 2012



Yuna Zarai penyanyi yang sedang hangat dengan lagu Terukir di Bintang telah tercalon untuk ketegori Artis Pilihan Asia!! Sesuatu yang membanggakan buat Malaysia.





Yuna akan berentap bersama Wonders Girls dari Korea, Agnes Monica dari Indonesia untuk melihat siapa yang memperolehi undi tertinggi untuk memenangi anugerah itu nanti.





Nickelodeon Kids Choice Award merupakan Anugerah yang disampaikan kepada pemenang yang dipilih oleh penonton setia Nickelodeon yang sememangnya popular dengan kartun Spongebob.!





The 2012 KCA Nominees

Favourite TV Show
‘Good Luck Charlie’
‘iCarly’
‘Victorious’
‘Wizards of Waverly Place’

Favourite Reality Show
‘American Idol’
‘America’s Funniest Home Videos’
‘America’s Got Talent’
‘Wipeout’

Favourite TV Actor
Tim Allen
Ty Burrell
Alex Heartman
Jake Short

Favourite TV Actress
Miranda Cosgrove
Selena Gomez
Victoria Justice
Bridget Mendler

Favourite TV Sidekick
Nathan Kress
Jennette McCurdy
Jennifer Stone
Jerry Trainor

Favourite Cartoon
‘Kung Fu Panda’
‘Phineas & Ferb’
‘Scooby Doo! Mystery Incorporated’
‘SpongeBob SquarePants’

Favourite Male Athlete
Dale Earnhardt, Jr
Derek Jeter
Michael Phelps
Tim Tebow

Favourite Female Athlete
Kelly Clark
Danica Patrick
Serena Williams
Venus Williams

Favourite Book
‘Diary of a Wimpy Kid’ series
‘Harry Potter’ series
‘Hunger Games’ series
‘Twilight’ series

Favourite Video Game
Just Dance 3
Lego Star Wars: The Complete Saga
Mario Kart 7
Super Mario Galaxy

Favourite Movie
‘Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked’
‘Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2’
‘The Muppets’
‘The Smurfs’

Favourite Movie Actor
Jim Carrey (‘Mr. Popper’s Penguins’)
Johnny Depp (‘Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides’)
Daniel Radcliffe (‘Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2’)
Adam Sandler (Jack & Jill’)

Favourite Movie Actress
Amy Adams (‘The Muppets’)
Kristen Stewart (‘The Twilight Saga: Breaking Dawn, Part 1’)
Sofia Vergara (‘The Smurfs’)
Emma Watson (‘Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2’)

Favourite Animated Movie
Cars 2
Kung Fu Panda 2
Puss in Boots
Rio

Favourite Voice From An Animated Movie
Antonio Banderas (‘Puss in Boots’)
Jack Black (‘Kung Fu Panda 2’)
Johnny Depp (‘Rango’)
Katy Perry (‘The Smurfs’)

Favourite Buttkicker
Jessica Alba
Tom Cruise
Kelly Kelly
Taylor Lautner

Favourite Music Group
Big Time Rush
Black Eyed Peas
Lady Antebellum
LMFAO

Favourite Male Singer
Justin Bieber
Toby Keith
Bruno Mars
Usher

Favourite Female Singer
Lady Gaga
Selena Gomez
Katy Perry
Taylor Swift

Favourite Song
‘Born this Way’ (Lady Gaga)
‘Firework’ (Katy Perry)
‘Party Rock Anthem’ (LMFAO)
‘Sparks Fly’ (Taylor Swift)


Agnes Monica


Favorite Asian Act
Agnes Monica (Indonesia)
Charice (Philippines)
Yuna (Malaysia)
Wonder Girls (Korea)

Syabas Yuna..!!! korang apa tunggu lagi jom Vote Yuna!!!


Klik Gambar Yuna kat bawah nie untuk undi...



 







Will Smith dipertanggungjawabkan untuk menjadi host pada malam anugerah ini nanti yang dijangka diadakan pada 1 April nanti..

Thursday, February 23, 2012

Road Tour de Lisa : Hadiah dari seorang bos..




Memang bertuah kalau dapat bekerja dengan Pengarah Mejar David Teoh, kemulian beliau terhadap anak buahnya diambil berat dan kesanggupan beliau kongsi hasil yang beliau perolehi sangat mulia, Lisa Surihani antara anak diri beliau didalam dunia lakonan sehingga menjadi seorang pelakon wanita terbaik di Malaysia.

Dimajlis Pernikahan Lisa, David menghadiahkan seutas gelang tangan berlian buat Lisa.


Bertuahnya...


Credit to Oh Bulan


Road Tour de Lisa : Majlis Pernikahan Yusri & Lisa


Sedozen lagi gambar Majlis Pernikahan Yusri KRU & Lisa Surihani



Wedding Planner : DZMS Events
Location : Marriott Putrajaya
Theme : Winter Garden
Deco n Pelamin : KS Entourage
Lisa’s Dress : Cosry
Yusry’s Baju Melayu : Taufik Taylor
Hantaran : Cosry & ElizaElies Wedding
Official Photographer : Pretty Peektures
Official Videographer : Motion Peektures






























































 Credit Picture by

BlissCandid